Kringgggg..... Kringgggg..... Kringgggg.....
Bunyi jam loceng di atas meja sudut di tepi katil Nasha berbunyi tidak henti-henti. Tapi Nasha sedikit pun tidak sedar dari mimpinya. Posisi badan masih sama, tidak berkutik langsung.
"Nasha!!! Bangun sekarang!!! Kamu tak pergi kerja ke hari ni?" Puan Naimah menjerit dari ruang tamu.
Namun, Nasha masih tidur dengan lenanya sambil memeluk bantal busuknya yang berwarna merah itu. Puan Naimah geram kerana anak bongsu perempuannya itu tidak menyahut langsung.
Puan Naimah segera menaiki tangga menuju ke bilik anak perempuannya itu. "Berkunci pulak pintu anak dara aku yang seorang ni." Puan Naimah terpaksa turun semula ke bawah untuk mengambil kunci pendua.
"Astaghfirullah hal adzim! Nasha Ilaina!!! BANGUN SEKARANG!!! Kenapa dengan kamu ni. Kamu masuk kerja pukul 9.30 pagi kan. Bangun cepat!" Puan Naimah melepaskan geramnya.
"Dah pukul berapa, mak?" Nasha masih mamai.
"Sha tengoklah sendiri dah pukul berapa" Puan Naimah masih geram dengan anaknya.
Nasha mencapai jam locengnya. "Baru pukul 9, Mak. Awal lagi. Sha still mengantuk ni. Lagi 10 minit Sha pergi mandi. Sha nak sambung tidur kejap." Nasha pejam mata.
"Bertuah punya anak. Kamu masuk kerja pukul 9.30 kan? Kenapa nak sambung tidur lagi?" Puan Naimah pelik akan perangai anaknya itu.
'Mak ni kan. Awal lagi ni. Kenapa suruh Sha bangun? Baru nak tidur lama sikit. Malam tadi stay up tonton drama The Great Seducer. Inilah padahnya. Susah gila nak bukak mata aku ni.'
Nasha membuka matanya malas. "Sha masuk kerja pukul 10.30 hari ni, Mak. Seminggu ni, Sha shift pukul 10.30 pagi pulak. Sha nak sambung tidur kejap je, Mak." Nasha memejam matanya semula.
"Amboi! Jangan nak mengada sambung tidur. Tolong Mak buat kerja. Bangun mandi sekarang!" Puan Naimah menggoncang badan anaknya dengan kuat dan berkali-kali.
'Aduh, Mak. Sha baru nak sambung tidur. Jangan lah goncang badan Sha kuat sangat. Hurm... Kena bangun jugaklah macam ni. Mengantuk gila mata aku ni.'
Nasha bangun tidak rela. Nasha mencapai tualanya dan segera masuk ke dalam bilik air.
Puan Naimah keluar dari bilik anaknya dan bergerak turun ke bawah untuk menyambung kerja-kerja rumah yang tergendala kerana mengejutkan anak daranya yang bertuah itu.
Next
Laju Nasha menuju ke kereta Perodua Axianya. Nasha menoleh sekilas ke arah jam tangannya. "Dah pukul 9.55. Kang kalau tiba-tiba jalan jem, mahu aku lambat sampai ke tempat kerja aku. Kena pecut kejap lagi" Nasha berkata sendirian.
Nasha membuka pintu pagar rumahnya. 'Maklumlah pintu manual. Kena buka sendiri. Bukan macam orang kaya, pakai remote control. Tekan button on, pagar terbuka. Tekan button off, pagar tertutup. Aku ni nak tekan apa. Tekan dahi sendiri gamaknya.'
"Nasha!!! Fuhhh... Nasib baik kau tak pergi kerja lagi" Sheila muncul dengan tiba-tiba di sebelah kiri Nasha.
"Masya Allah.. Terkejut aku. Kau ni kan, Sheila. Tak reti nak beri salam ke apa?" Nasha mengurut dadanya perlahan.
'Makcik seorang ni nak bagi aku kena serangan jantung muda-muda ni ke? Aku belum kahwin lagi tau! Eh, tiba-tiba fikir pasal kahwin ni dah kenapa? Pelik-pelik je aku ni.'
Sheila tersengih macam kera busuk. 'Dia ingat dia lawalah tu tersengih-sengih. Aku luku kang. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Hehehehe..'
"Sorrylah, Sha. Aku risau kau dah pergi kerja. Itu yang aku excited gila nampak muka kau sampai terlupa nak beri salam."
Nasha menggeleng kepalanya. "Kenapa kau cari aku pagi-pagi ni. Kau tak kerja ke hari ni?"
YOU ARE READING
Encik Suami Mr. Hati Beku!!
RomansaNasha Ilaina - Seorang ejen insurans. Mempunyai ramai secret admirer tetapi dia buat tak tahu saja. Dia tidak suka bercouple. Dia lebih suka bercinta selepas nikah. Matlamat hidupnya yang paling utama adalah membahagiakan keluarganya dan memiliki se...