Chapter 8

16 1 0
                                        

  Aira berasa pelik apabila Ziara memerhatikan lelaki itu beredar. Terdetik di hati dia . ' Siapa lelaki itu pada Ziara'

   "Ai,boleh tak kau masuk kelas dulu. Aku nak pergi tengok cikgu mana tak masuk" kata Ziara tiba tiba. Tapi suaranya kedengaran sayup.

  Aira mengangguk mengerti lalu meninggalkan Ziara. Ziara kemudiannya mengatur langkah ke tandas. Mukanya disimbah dengan air. Tiada sesiapa di dalam tandas itu. Zaira mengeluh.

  "Dia bukan sapa sapa bagi aku . Dia crush aku tahun lepas je. Buat apa nak sedih " Ziara cuba memujuk hatinya. Dia keluar dari tandas dan pergi ke bilik guru untuk memeriksa guru yang tiada atau tidak masuk kelas.

Sampai sahaja di papan penyataan . Dia mencari nama kelasnya dan masa .

[  Puan Azizah  4Sastera   Mm  ]
[  Puan Azizah  4Sastera   Mm  ]
[  Puan Azizah  4Sastera   Mm  ]
[  Encik Faruk  4Sastera    Pai   ]
[  Encik Faruk  4Sastera    Pai   ]
[  Puan Habibah   5 Sains  Sn    ]
[  Puan Habibah   5Sains    Sn   ]
[  Encik Daud        3 K2      Bm   ]
[  Encik Duda        3 K2       Bm  ]
[  Piam Huan         3 K4      Sv    ]

'Cikgu tak masuk. Baguslah . Tak de kepala.aku serabut dengan Math.' Zaira tersenyum. Dia beredar untuk masuk ke kelas.

  Dia memberitahu kelasnya bahawa selepas waktu rehat tiada cikgu yang akan masuk. Sekelip mata sahaja kelasnya telah kosong.
 
"Bukan kelas aku kalau tak ponteng" kata Zaira selamba. Terdengar gelak kecil dari belakang. Gelak dari lelaki yang langsung dia tidak mahu lihat.

  "Macam mana" kata lelaki itu . Zira menjongket bahunya. "Camtu laa. Tak boleh nak handle dah" kata Ziara tenang. Tapi hatinya didalam memberontak.

'Tolonglah jangan cakap dengan aku' hati Ziara merintih. "Woi Faiz! Kau buat apa kat sini? Cikgu kita dah masuk!" seseorang memanggil Faiz pergi.
   Dengan pantas Faiz keluar dari kelas Ziara sambil mengukir senyumam kecil sebelum pergi. Ziara menutup muka malu.

------------------------------------------------

Vote dan comment

 

Second LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang