Wan Dazrin and Faiz Roslan

49 7 7
                                    

Ok kat sini aku bersifat neutral. No offense.

Aku bukan haters Wan Dazrin or haters Faiz Roslan.

Aku juga bukan die-hard-fans Wan Dazrin atau Faiz Roslan.

Sejujurnya aku adore Wan Dazrin, yang walaupun telah tamat program Dai'e, beliau masih giat dalam usaha berdakwah. Tanpa ragu atau gentar, begitu lantang bersuara. Tanpa sombong atau bongkak, tunduk memohon maaf andai tersalah kata.

Dan sejujurnya juga, aku adore Faiz Roslan. Video-video parody yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia juga tertawa, menjadi penghibur semua. Dan jujur aku cemburu, sebab ye la Faiz Roslan ni kalau jadi perempuan macam lawa jek macam seksi jek. Aku yang perempuan ni pun macam kentang.

Tapi bila sudah ada yang bersuara mengatakan HARAM hukumnya bagi seseorang lekaki menyerupai perempuan hatta untuk PARODY sekalipun, maka kita di sini kembali kepada Allah semula.

Hukum haram itu bukannya dijatuhkan oleh manusia yang biasa-biasa, tetapi ALLAH sendirilah yang menetapkannya, cuma sama ada kita tahu, tak tahu atau PURA-PURA tak tahu.

Ya Wan Dazrin bersalah kerana tulisannya yang kedengaran sepeti ugutan, tetapi Faiz Roslan juga salah kerana setelah peringatan diberikan, dia masih lagi tidak mahu berubah, bahkan membuat parody yang lebih teruk lagi.

Dan kita juga bersalah kerana tidak mahu melihat kepada kebenaran.

Berhenti menyokong Faiz Roslan dengan menghentam Wan Dazrin. Berhenti mengagungkan Wan Dazrin sehingga mengaibkan Faiz Roslan.

Jadilah neutral kejap.

Renung kembali salah masing-masing.

Apa-apapun, tahniah Wan Dazrin kerana berjaya menegakkan syariat.  Mungkin cara tulisan itu dipengaruhi amarah tatkala melihat maksiat. Cuba kawal emosi sendiri. Ya, netizen memang cepat salah sangka, tetapi kita boleh mencegah salah sangka tersebut.

Faiz Roslan, jangan takut berubah kerana takut akan pandangan orang lain. Takutlah pada pandangan Allah. Jangan sampai satu saat Allah menuturkan "Walatukallimu!" yang bererti jangan engkau berkata-kata lagi, yakni tiadalah Allah mendengar engkau memperhujahkan kebaikan, lalu teruslah dimasukkan ke neraka.

Be neutral, be safe.

Jaga diri anda sepanjang Ramadhan.

Hinalah aku andai tiada sebarang kebaikan yang aku bawakan.
Rugilah kamu andai tiada sebarang kebaikan yang kamu ambil pengajaran.

Sekian.

Written by :
9








IDGAF. I Give Perli.Where stories live. Discover now