5 orang gadis menyeret beg bagasi mereka di atas lantai lapangan terbang itu, sedia untuk pulang ke tanah air. Mereka yang berjalan penuh yakin di dalam satu kumpulan sedikit sebanyak menarik perhatian orang ramai.
Gadis yang paling hadapan, Ariana menghentikan langkah. Kawan-kawannya di belakang turut sama terhenti. Ariana pusing ke belakang.
"Girls. Dah 3 tahun kita menetap kat sini. Aku pun tak tahu apa kita buat kat negara orang ni tapi cerita macam ni opening dia sepatutnya macam nilah. So are you ready?" Tengku Ariana memandang rakan-rakannya satu persatu.
"Kami sentiasa ready, Tengkujuh Ari-"
"JANGAN SEBUT NAMA PENUH AKU BAHALUL!"
Maka, terbanglah mereka berlima meninggalkan Tanah Jawa.
Ye. Jawa. Kau expect apa?
* * *
5 buah kereta sport meluncur masuk ke perkarangan Exelite Academy. Semua pelajar berkerumun, ingin melihat empunya kereta. Seorang gadis berambut ikal mayang keluar daripada kereta paling hadapan. Dia memerhati sekeliling.
"Mana kereta-kereta lain?" Gadis itu agak keliru.
"Akak ni contestant pesta kereta tu eh?" Tengku Ariana dan the Bidadariz yang baru sampai guna bas Selangorku menegur gadis empunya kereta tersebut.
"Ha. Ini bukan Roxy Avenue ke?"
"Oh Roxy Avenue kat Kelate kak. Ini Selangor."
"Ye ke?"
"Ye."
Dengan penuh janggal, gadis itu masuk kembali ke dalam kereta dan memecut keluar dari Exelite Academy bersama 4 kereta lain.
"Eh! Tu kan Bidadariz!"
"Sejak bila diorang balik?"
"Habislah kita.. the coldest angels has returned."
Semua mata memandang ke arah pelajar lelaki botak yang bercakap seorang diri dari tadi. Menyedari bahawa fakta dia merupakan die hard fans Bidadariz telah busted, si botak itu perlahan-lahan menghilangkan diri akibat malu.
"Okay girls. Jom. We will rule this school again." Tengku Ariana dan 4 rakannya melangkah masuk.
YOU ARE READING
Bidadariz vs Setanz
Teen FictionSelepas kegagalan cinta paling klise meraih sambutan, saya kembali ke dunia wattpad untuk mencuba lagi. Setelah menganalisis, membuat hipotesis, mengisi penjadualan data, saya dapati keklise-an adalah terlalu umum untuk diterima masyarakat. Oleh it...