5 orang pelajar perempuan melangkah masuk ke dalam kelas 5 Vicres. Apa maksud disebalik nama Vicres? Tak ada. Saja nak nampak glamour gitu.
"BIDADARIZ! KENAPA KAU BALIK MALAYSIA HAH?!" Kelihatan seorang perempuan dengan rambut dreadlock mengamuk di dalam kelas. Habis meja tunggang terbalik.
"Well if it is not Sarah, leader of The Pari Pari," Ari menepuk tangan sinis.
"Palotak hampalah The Pari Pari. Nama group kami Pariz Pariz lah! Dasaq memori ikan emaih!" Amelia, ahli TPP berjiwa padi menyepak kerusi di hadapanya.
"Tsk. Macam ni ke korang sambut kedatangan korang. Tak rindu?" Dianne tayang muka sedih.
"Haih of courselah rindu." Farah, seorang lagi ahli TPP bersuara. "Sebab tulah kitorang buat parti selamat datang untuk korang." Sambungnya lagi. Tangannya menunjuk ke arah meja kecil dibelakang yang penuh dengan kek dan makanan.
"Ehh tiberr," Faiz Roslan mencelah.
Kelas yang bising menjadi senyap. Rupanya guru sudah masuk.
"Kenapa kelas bersepah ni? Macam mana nak belajar? Selain The Bidadariz, sila kemas kelas!" Ujar Puan Yati tegas.
"Aikk TPP yang sepahkan kitorang pulak yang kena kemas?"
"Dimanakah keadilan Puan Yati??"
"Tiberr!"
Rungutan pelajar kelas 5 Vicres tidak diendahkan.
"Tenang semua!" Harry Potter bangun dari tempat duduknya. Ya Allah Author kot ye pun..
"I got this." Ujar Harry. Kayu sakti dikeluarkan daripada poket seluar.
Kemudian diletakkan di atas meja. Harry mula mengangkat kerusi yang terbalik.
"Aik? Kemain I got this tadi? Magicnya mana?" Lucy, ahli TPP keempat menggaru kepala.
"Sejak bila aku nak buat magic? I got this tu maksudnya I got my kerusi and my mejalah. You all get lah yalls punya takkan Iolls lak nak kemaskan???"
"Tiberr huhuhu," Faiz menangis mengenangkan dirinya yang dipaksa masuk fiksyen yang penuh ketiba-tibaan ini.
"Oh by the way saya ahli TPP yang kelima." Nyata Rania apabila sedar part dah nak habis tapi belum sempat perkenalkan diri lagi.
YOU ARE READING
Bidadariz vs Setanz
Teen FictionSelepas kegagalan cinta paling klise meraih sambutan, saya kembali ke dunia wattpad untuk mencuba lagi. Setelah menganalisis, membuat hipotesis, mengisi penjadualan data, saya dapati keklise-an adalah terlalu umum untuk diterima masyarakat. Oleh it...