Rinduku Untukmu

4 0 0
                                    

Hati ,
Aku tahu kenapa kau begini
Aku tahu penyebab kau jadi begini

Hati ,
Betulkan aku jika aku salah meneka
Sebenarnya kau rindu bukan ?

Kau rindu akan perhatiannya
Kau rindu akan senyumannya

Malah ,

Kau rindu akan kehadiran dirinya
Betulkan aku hati andai tekaanku ini benar salah

Hati ,

Andai benar apa yang aku katakan tadi
Inginku ingatkan pada dirimu

Bahawa ,

Dia bukan untuk mu .

Terimalah kenyataan itu
Penjara hatinya telah terisi
Terisi lebih awal dari sangkaan kau hati

Dia ibarat kapal yang belayar jauh
Entah dari mana asalnya sekadar berhenti di pelabuhan hanya untuk melepaskan lelah
Dan pelabuhan itu diibaratkan kau hati

Aku nasihatkan kau hati
Berhentilah mengejar dia
Kau juga tahu hal ini
Jadi , berhentilah
Tiada guna untuk kau

Hati ,

Aku tahu itu tak mudah bagi kau Melakukan hal itu tak semudah seperti yang aku bicarakan

Kerna itu ,

Seandainya kau rindu
Seandainya kau dibebani dengan rasa rindu yang hampir meragut dirimu sendiri

Kau berdoalah kepada Tuhan
Kau mintalah pada-Nya untuk menenangkan jiwa kau
Dari dibebani dengan rasa rindu itu

Berdoalah agar rindu yang kau tanggung itu dapat dia rasakan juga
Hantarkanlah rasa rindu itu kepadanya melalui Tuhanmu
Insyaallah kau akan tenang

Salurkanlah rasa rindu itu dengan cara yang baik .

" Surat Cinta Untuk Kamu "Where stories live. Discover now