49

2 1 0
                                    

Ikut mu aku yang salah,
Biarpun sebenarnya aku sebaliknya,
Aku diam menahan amarah,
Kerana takut menggores raga,
Lantas tercipta sengketa,
Namun kau menghina diriku,
Membicarakan aku seorang pengecut.

Tidak sedarkah kau,
Kau menunding jari ke arah aku,
Melarikan dirimu dari si realiti,
Yang mengejarmu seakan tiada henti.

Larilah,
Selagi kau punya waktu,
Kerana aku tahu,
Kau akan tersungkur jatuh,
Tersilap langkah semasa berlari.



Calitan Hati📝Where stories live. Discover now