Khairul Adam
Sebaik sahaja Nizam meninggalkan kami, muka aku mula berpeluh. Apa taknya , aku belum sedia lagi untuk benda-benda macamni. Pandangan aku kabur walaupun sudah memakai cermin mata.
Amelia pandang aku, aku tengok bawah. Aku tengok dia, dia pandang bawah. Sekejap-sekejap dia membetulkan tudungnya yang agak singkat. Keadaan sangatlah janggal antara kami selama beberapa minit. Ni lah masalahnya kalau aku jumpa perempuan. Aku jadi awkward. Aku malu sebenarnya nak tengok muka dia. Disebabkan aku bersekolah di sekolah menengah lelaki sejak tingkatan 1 , aku langsung tak pernah bercakap dengan pelajar perempuan sebelum ni.
Untuk seketika, aku membetulkan cermin mataku dan masih memandang hujung kasut aku.Kalaulah aku boleh pinjam diri Azrul sekarang ni kan bagus , sebab Azrul sangatlah pandai bercakap dengan perempuan. Tak hairanlah macamana dia boleh ada 3 girlfriend.
Okey, aku boleh buat ni. Cakap jelah dengan dia Khai. Tengok je muka dia.
"Err.. aku Khairul." badan aku mula bergetar. Tapi pandanganku masih dilantai kedai tersebut semasa bercakap dengan dia. Sedikit pun aku tidak memandang Amelia.
"Sorry ? apa dia? " Amelia terus memandang muka aku yang masih memandang ke bawah. Dari situ, jarak diantara muka aku dan Amelia terlalu dekat. Aku dapat melihat dengan jelas muka Amelia.
Tiba-tiba dia menghadiahkan aku senyuman menampakkan sebaris giginya yang dipagari dengan braces.
Jantung aku apa lagi, berdegup laju macam baru lepas kena kejar hantu.
Muka dia...
comel sangat.
Aku perasan yang muka aku mula membahang. Cepat-cepat aku mengangkat muka dari pandangan Amelia yang hampir membunuh jantung aku.
Gila weh tak pernah lagi aku tengok muka perempuan dekat macamtu. Hati aku masih bedegup laju macam nak tekeluar dari dada aku. Minda aku berputar dan , aku rasa dunia seperti terumbang-ambing buat seketika.
Amelia terus tergelak kecil apabila melihat reaksiku.
"Muka kau , merah betullah." Amelia menekup mulutnya dan tertawa kecil.
Aku apa lagi, tambah merahlah muka aku tengok dia gelakkan aku. Malu weh, aduh aku tak tahu nak apa nak buat apa dan bagaimana nak menghadapi situasi begini.
"Nak tisu tak? Muka kau masih ada tepung tu." Kata Amelia lalu menghulurkan aku sekeping tisu dengan lembut.
Perlahan-lahan aku ambil tisu tu dari tangan dia. Entah kenapa, aku rasa jari dia cantik sangat. Kukunya diwarna dengan pewarna biru terang. Lama aku tengok tangan dia. Lamunanku tersentak apabila Amelia kembali menegurku.
"Aku tahu nama kau, Khairul kan? Khairul Adam."
Hati aku macam nak tercabut bila dia sebut nama aku. Apa dari mana dia tau nama aku ni ? Ni mesti antara Nizam , Azrul atau Hairi yang bagitau ni. Aku tak syak Arif sebab dia ni jenis pendiam dan pandai simpan rahsia.
Aku masih terdiam setelah Amelia kembali bersuara sambil mengelap muka aku yang putih melepak disebabkan tepung gandum ni. Aku tak tahu nak jawab apa. Aku tengok belakang , semua mata tengah tengok kami berdua. Tengah tunggu aku buat move.
"Khai , cakap jelah dengan dia ! pussylah kau ni !!" Azrul menjerit separuh berbisik kearahku.
Nizam pula memberikan isyarat untuk aku teruskan perbualan dengan Amelia.
Hairi dan Arif pula pandang aku sambil tersenyum-senyum.
Okay , benda ni dah mula buat aku tekanan. Peer pressure. Aku masih malu nak berhadapan dan bercakap dengan Amelia.
YOU ARE READING
Bukan Prince Charming
Teen Fiction❝ Take her to the moon , make her happy for me okay ? ❞ Based on untrue story.