💫 Chapter 4

43 0 0
                                    

Amelia Liyana

"Erm..sorri aku nak jumpa Nizam kejap."

Belum sempat aku menjawab , Khairul sudah pun berlari ke arah Nizam dengan cemas.

Aku memandang wajahnya dengan keliru. Merah betul mukanya saat bersua dengan diriku. Tidak aku menyangka yang Khairul seorang yang sangat-sangat pemalu orangnya. Hatiku masih turut berdegup dengan kencang semasa berhadapan dengan Khairul tadi. Tanganku berpeluh dan pipiku masih belum hilang kehangatannya. Aku menggenggam kuat kedua-dua tanganku.

Nampak sangat ke yang aku ni macam stalker bila aku tahu nama penuh dia ? Oh tidak ! aku tak sepatutnya bagitahu yang tahu nama betul dia. Kenapalah aku ketawakan dia tadi ? mesti dia tambah malu ! Salah ke aku ketawa ? Aku tak pernah berhadapan dengan dia sebelum ni. Bila aku fikirkan balik , nampak betul situasi ni bagai perigi mencari timba ! Aduh , betul ke tindakan aku ni sebenarnya ? Fikiranku mula gusar apabila melihat tindakan Khairul tadi.

Keruan di hatiku semakin bertambah. Perasaanku mula bercampur risau berserta malu.

Kalau macam ni lah keadaannya , agaknya... apa first impression Khairul terhadapku selepas aku bercakap dengannya tadi ?

'Eii gatalnya perempuan tu.'

'Macamana dia tau nama penuh aku ? creepy stalker betullah '

Aku mula dihantui dengan anggapan-anggapan yang mungkin Khairul tengah fikirkan sekarang. Terngiang-ngiang suara Khairul meluah sebegitu kepada Nizam di mindaku. Tapi , macammana kalau dia fikir aku macamtu ? Aduh , aku patutnya tunggu 2-3 bulan lagi baru bercakap dengan dia. Patutnya aku beri dia lebih ruang dan masa lagi. Kenapalah aku ni terburu-buru sangat ? Salah aku ke ? Keresahan di hatiku semakin bertambah.

"Huh ," Setelah lama nafasku tidak disedut dan dihembus dengan betul , akhirnya aku melepaskan keluhan berat. Stupid Am. Stupid Am. Stupid Am ! Aku menggenggam kuat lenganku sebelum menekup wajahku. Malu , itu yang kurasakan sekarang. Teruk betul aku ni.

Aku mengangkat muka dan melihat Nizam dan Khairul masih bercakap. Riak wajah Khairul tidak menunjukkan dia begitu gembira.

Aku lihat pula kearah rakan-rakanku yang sedang bercerita dengan Azrul dan Hairi. Hmm , tidak hairanlah mengapa mereka semua mengelilingi Azrul. Arif pula kulihat duduk keseorangan di sebuah meja sambil bermain dengan telefonnya.

Namun , seorang pun tidak memandang kearahku. Tidak ada seorang pun dari kawan-kawanku yang bertanya tentang keadaanku setelah kejadian tadi. Aku mengetap bibir dan pandanganku jatuh ke lantai.

Walaupun sekarang aku di tempat yang mempunyai ramai orang , jauh di sudut hatiku , kurasakan begitu sunyi. Entah mengapa , di mana sahaja tempat yang kupergi , tiada yang dapat mengisi kekosongan dalam jiwaku. Beginilah yang kurasakan setiap hari sejak ibubapaku berpisah semasa aku berumur 15 tahun. Selama tempoh tersebut , aku mula mengenali Azrul apabila Nizam dan rakan-rakannya kerap kali pergi ke kedaiku selepas solat Jumaat. Dari situlah , aku merasakan ada seseorang yang aku boleh habiskan masa bersama tanpa rasa jemu , iaitu Azrul Hakimi. Mungkin kerana sifatnya yang friendly dan goofy itu mengisi kekosongan di hatiku. Aku pun mula-mula tidak menyangka yang Azrul memulakan perbualan denganku dahulu.

Tapi , itulah. Hidup bukan selalunya indah. Walaupun dialah lelaki pertama yang pernah menyinggah di hatiku , namun dia bukanlah yang terakhir. Tidak lama selepas itu , aku berpisah dengan Azrul , dan sejak itu , aku tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki .Ya , tidak ramai yang tahu aku pernah bersama dengan Azrul semasa di tingkatan 3. Meskipun begitu , hubungan kami tidak terputus begitu sahaja. Jauh sekali menyimpan dendam antara satu sama lain. Kami masih berkawan sampailah sekarang. Mungkin disebabkan cebisan kenangan yang Azrul tinggalkan pada diriku semasa aku pernah menjadi miliknya dulu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Prince CharmingWhere stories live. Discover now