Alam Ghaib

9 0 0
                                    

Sudah sekian lama ibu Rohani sakit. Sakitnya itu amat pelik. Sudah 25 tahun ibunya sakit. Sakit misterius. Sudah ke doktor, pihaknya berkata bahawa ibunya normal. Tidak ada apa-apa komplikasi. Tetapi, ibunya lumpuh. Tidak boleh berbual.  Duit rawatan ibu Rohani yang ditanggungnya bagaikan daun-daun kering yang gugur pada musim luruh. Sudah diberitahu oleh saudara-mara Rohani untuk menyuruhnya pergi membawa ibunya berjumpa dengan orang pintar atau dukun. Tetapi, Rohani tetap degil kerana dia tidak percaya dengan perkara yang melibatkan alam ghaib ini. Dia hanya percaya kepada kuasa sains sahaja.

Rohani termenung. Dia sudah buntu. Dia tidak tahu apa yang hendak dibuatnya lagi. Dia melihat ibunya yang tadi bagaikan terkena sawan tetapi sudah tenang. "Knock knock", suara pintu yang diketuk oleh suami Rohani, Asyraf mengejutkan Rohani dari renungannya. Rohani pon mengadu pada suaminya "Ah macam mane, ape yang kite nak buat ni?."

Suaminya pun menjawab, "Saye rase kite bawak mak ni jumpe dengan satu orang pandai ni. Saye ade kenal satu orang ni. Dia kawan baik saya pun."

"Ape? Saye taknak lah. Saye mane percaye dengan perkara tahyul ni semue."

"Kalau kite tak ikhtiar sampai bile awak? Kite pun kene percaya dengan hukum ni bukan hukum sains jer."

"Ahhhhh yelah yelah bile nak bawak mak?"

"Harini dia boleh."

Mereka pun pergi ke kamar mereka dan salin untuk membawa ibunya.

Apabila sampai di hadapan rumah kawan suaminya itu, mereka pun mengangkat ibunya masuk. Kedatangannya disambut dengan tangan yang terbuka. Ibunya yang diletak di atas kerusi roda mula rasa menggelepah. Dia bagaikan kena serangan sawan itu lagi. Kawannya pun membacakan surah Ayat Kursi. Ibunya tiba-tiba berdiri dengan serta merta setelah sudah 25 tahun tidak boleh berjalan. Mulut ibunya terkumat kamit bagaikan sedang membaca mantra. Suasana di rumah itu menjadi huru-hara. Rohani dan suaminya berpelukan kerana takut.

Tiba-tiba, lampu ruang tamu terpadam dengan sendirinya. Suasana menjadi sepi sebentar. Setelah lima minit, lampu nyala kembali. Yang peliknya, ibu Rohani tidak ada di situ. Dia sudah ghaib. Kawan suami rohani itu pun menutup mata. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Dia dengan sekuat hati menepuk bumi. Tiba-tiba, bumi bagaikan bergegar. Pokok-pokok semua bagaikan ingin tumbang. Rohani dan suaminya berasa cemas. Lampu tiba-tiba mati lagi. Terdengar satu suara secara tiba-tiba. Suaranya agak garau. Suara itu bagaikan berbahasa arab. Kawannya itu pon melaungkan azan dengan kuat. Suara itu bagai menjerit sekuat hati. Tiba-tiba suara itu pun hilang. Lampu pun ternyala kembali dan keadaan yang tadi bagaikan hendak kiamat menjadi tenang kembali. Tiba-tiba, tubuh ibu Rohani muncul di hadapan mereka bertiga.

Keadaan ibunya tidak begitu baik. Dia terbaring di tengah halaman rumah itu. Nafasnya bagaikan orang yang nazak. Suami Rohani cuba pergi ke telinganya dan membaca selawat tetapu tidak ada apa-apa kesan. Kawan suami Rohani itu pun berkata "Ibu awak ni sebearnya sudah lama sepatutnya dia pergi. Saya bukan tuhan untuk menentukan ajalnya tetapi mengikut gerak hati, begitulah. Menurut pengalaman saya, ibu awak ni sebenarnya tidak boleh meninggal disebabkan semua amalan-amalan yang kurang baik dan jin-jin yang dipeliharanya bagaikan menahannya. Sekarang marilah kita sama-sama memohon pada Allah supaya ibu awak ni boleh pergi dengan keadaan aman dan tenang." Dia pun mula membaca Al-Fatihah. Dengan secara tiba-tiba, setelah selesai membaca, ibunya pun bagaikan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibunya pun berhenti bernafas dan telah pergi buat selama-lamanya. Matanya terbeliak. Kawan suami Rohani pun menutup kedua-dua kelopak mata ibu Rohani. Rohani dalam keadaan yang sedih pergi ke arah jasad ibunya dan menciumnya buat kali yang terakhir.

Cerpen-Cerpen Kisah SeramWhere stories live. Discover now