Satu minggu kemudian...
Khai P. O.V
"Kenapa tiba-tiba ajak lepak luar malam-malam macam ni? Hah babe?" Tanyaku sambil memandang tasik buatan universiti yang hanya diterangi cahaya lampu taman disekelilignya. Ni kalau tak ada tiang lampu tepi kerusi yang kami duduk ni, maunya duduk dalam gelap.
Mesti korang ingatkan kerusi yang pertama kali kami duduk sama-sama dulu tu? Ala~ yang kes lepas aku bertumbuk dengan Faisal tu... Yang Syakila tolong tuamkan ais kat pipi aku ni. Ingatkan? Hah, sekarang ni dah jadi kerusi favourite kami. Tempat kitorang dua selalu lepak bila free.
"Dari tadi senyap je. Ke saya tengah dating dengan hantu ni?" Aku jeling dia yang sedang menyandarkan kepala pada bahu aku yang dilapisi baju sejuk berwarna biru. Serta merta dia bangun menjegilkan mata kearah aku.
"Mulut tu jangan celupar sangat boleh tak?" Marah Syakila lalu menampar bahu aku tempat dia bersandar tadi. Aku tergelak. Cepat-cepat aku tarik semula bahunya, dan menyandarkan tubuh dia pada bahu aku seperti tadi. Cumanya kali ini aku kekal memeluk bahu Syakila.
"Ala... Gurau pun salah." Ucap aku sambil menggosok lengannya cuba untuk memujuk. Suasana kembali sunyi, hanya ditemani bunyi-bunyian kenderaan dari luar universiti sahaja yang menampar gegendang telinga kami berdua.
"Khai."
"Hmm..."
"Polis dah dapat tangkap orang tu tak?" Aku terkesima. Soalan tidak kuduga daripada Syakila.
"Tak, belum lagi. Polis masih cari dia. Kita cuma boleh tunggu je. Sabar ye sayang." Aku mencium atas kepalanya, cuba menyalurkan ketenangan mungkin. Entahlah~
Terasa kedua tangannya melingkar dipinggang aku. Memeluk aku lebih erat.
"Khai."
"Ye?"
"Esok temankan Sya."
"Nak pegi mana?"
"Jumpa Hisyam."
Aku terus tarik tangan aku dari memeluk bahu Syakila. Syakila turut bangun dari bersandar dengan tubuh aku. Tegak memandang aku.
"Nak buat apa?" Jelas nada cemburu aku keluar. Tipulah kalau aku tidak cemburu.
"I want to tell him everything. Dia perlu tahu apa yang dah jadi pada Sya." Balas Syakila.
Aku pandang Syakila lama.
"Awak rasa dia boleh ke terima awak?" Ya! Aku tahu soalan aku kasar, tapi itu kebenarannya kan? Jelas airmuka Syakila berubah, terasa dengan soalan aku agaknya.
"He will. Sya cintakan dia, dia cintakan Sya. Kami dah janji untuk terima baik buruk sesama kami. Sya tau, dia takkan tinggalkan Sya sebab benda remeh macam ni." Penuh tegas Syakila meyakinkan aku.
Aku tersenyum meskipun hati aku perit untuk menerima luahan Syakila tadi.
'Sya cintakan dia, dia cintakan Sya.' Berulang-ulang ayat itu bermain dikepala aku.
"Dah kalau itu yang awak kata, saya ikut je. Saya kan hunny bunny awak." Ucap aku lalu mencubit geram pipi Syakila.
"Thank you, Khai." Syakila Lantas memeluk aku kerana terlalu teruja dengan jawapan aku. Aku cuma mampu berpura-pura gembira. Korang pastinya faham, bukan?
*****
Keesokan harinya...Syakila P. O. V
Semakin kami menghampiri kawasan kafe tersebut, semakin hati aku berdebar hebat. Risau, resah, takut semua dah bersatu.
Terasa Khai membrekkan motornya, menandakan kami telah pun sampai. Waaaa... Rasa nak balik kolej semula, tak nak jumpa Hisyam.
"Sya, dah sampai ni. Menung apa tu?" Tangan Khai menepuk paha aku yang dilapisi seluar jeans, menyedarkan aku. Cepat-cepat aku turun dari motor.
Aku bergerak ke depan Khai, lalu mengambil beg tangan aku yang berada pada bakul motor Khai.
"Thanks, jumpa petang ni." Ucap aku dan terus pusing menghadap kafe.
"Kalau ye pun tak Sabar nak jumpa dia, buka lah dulu helmet atas kepala tu."Aku tepuk dahi. Macam mana boleh lupa!
Tangan aku ditarik semula untuk menghadap dia. Nampak dia tengah tahan gelak. Aku pula terkulat-kulat pandang kaki. Malu~
Khai Bantu membukakan helmet yang masih melekat diatas kepala aku. Aku betulkan rambut aku sambil memandang cermin sisi motor Khai.
"Sure tak nak saya temankan?" Tanya Khai untuk kesekian kali. Err... Sebenarnya pagi tadi aku ubah keputusan, yang aku Akan berjumpa Hisyam seorang diri. Bila aku kata macam tu, biasalah Khai dengan kedegilan dia. Hmmm... Akhir sekali, dia kata dia nak tolong hantar dan ambil aku sahaja. Nak tak nak, kena lah terima.
"Tak apa, lagipun Mesti dia akan ajak dating sekali. Kitorang pun dah lama tak keluar sama. Takkan lah nak bawa Khai sekali nanti. Kacau daun je." Ucap aku, tergelak. Tapi dalam hati tuhan je tahu betapa risaunya aku.
"Okay fine, kacau daun ye. Takpelah, dating lah puas-puas. Saya balik dulu." Rajuk Khai dan mula menghidupkan enjin motor.
"Eh, eh... Sya Gurau je lah. Jangan lah macam ni." Tangkas aku menahan lengan Khai. Khai jeling aku.
"Ala~. Mana dah hunny bunny Sya yang comel tu? Dah tak comel sekarang." Ucap aku cuba memujuk. Tapi macam tak jalan je. Dia masih jeling aku. Alamak!
"Sayang!" Kedengaran satu suara garau memanggil aku. Aku terus berpaling menghadap suara tersebut, begitu juga Khai.
"Kenapa tak masuk lagi? Panas kat luar ni. Eh! Ini siapa?" Jelas nada suara Hisyam berubah cemburu terpandangkan Khai yang duduk diatas motor.
"Khai." Balas Khai lalu menghulurkan tangan. Dahi Hisyam berkerut memandang aku, meminta penjelasan.
"Sayang, Inilah Khai yang sayang selalu cerita tu. Ingat tak nombor yang sayang bagi dulu tu. Nombor dia lah." Cerita aku. Riak wajah Hisyam aku tak dapat nak baca. Hisyam pandang semula Khai yang masih kekal menghulur tangan.
"Jomlah sayang, kita masuk. Panas dekat luar ni." Ajak Hisyam lalu menarik tangan aku. Sempat aku memandang Khai yang kembali menarik tangannya, perlahan. Aku menjadi serba salah.
Tanpa sempat aku melambaikan tangan, Khai bergerak meninggalkan kawasan kafe. Aduh! Antara dua persimpangan. Kawan atau boyfriend?
... Vote pliss!!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...