Chapter One

12 2 0
                                    

     'Waa cantiknya pejabat ni.. Pandai pula papa hias ikut cita rasa qyra' Qyra bermonolog sendiri sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia merupakan akauntan dan juga merangkap Naib presiden di The Blossom Hotel milik keluarganya itu.
    Knock knock..
Tiba tiba seseorang mengetuk pintu pejabatnya dan membuatkan dia menoleh ke arah pintu yang memang tidak bertutup dari tadi.
    "Macam mana pejabat baru? Ok tak? Papa minta tolong Kak Myra hiaskan pejabat kamu ni mengikut cita rasa kamu. Kamu suka ke tak? " soal Dato Qashaf kepada anak gadis kesayangannya itu.
    "Owh papa rupanya.. Ya pa.. Qyra suka sangat. Terima kasih pa. Sayang papa muah! hehehe" balas Qyra dengan manja sambil ketawa kecil tersengih sengih.
    "Haa.. Baguslah kalau kamu suka. Papa nak kamu focus dengan urusan hotel nie sebab papa rancang next year papa dah tak nak dah masuk office ni. So papa nak kamu yang gantikan tempat papa sebagai CEO hotel ni. Boleh kan? '' terang Dato Qashaf panjang lebar.
    "Inshaallah pa.. Qyra akan berusaha untuk bantu papa" balas Qyra sambil memberikan senyuman kepada papanya yang tersayang.
    "Owh ya sebelum papa lupa. Ni papa tak urus lagi tau secretary kamu. Papa bagi peluang kamu pilih sesiapa saja yang kamu suka. Terpulang dengan keselesaan kamu tapi yang penting dia seorang yang boleh diharap. " kata Dato Qashaf lagi.
      "Owh yang tu papa tak payah risau. Qyra dah uruskan pun. Qyra dah call dia semalam suruh dia masuk kerja hari ni. Maybe kejap lagi kot dia sampai. " balas Qyra lagi.
    "Siapa orangnya? " soal Dato Qashaf lagi.
    "Athyra Sumayyah" jawab Qyra pendek.
    "Owh tyra.. Okay la tu. Papa percaya kalau tyra. Lagipun keluarga kita dan keluarga dia dah lama dah kenal. So papa pun dah kenal attitude tyra tu serba sedikit. Okay lah papa masuk office papa dulu. Kalau ada apa2 tanya je papa okay? " Dato Qashaf memberhentikan perbualan mereka anak beranak di situ dan terus berlalu selepas mendengar jawapan "baiklah" daripada Qyra.

    Qyra mengerling jam berjenama swarovski di tangannya yang menunjukkan pukul 6:45 pagi. 'Huh masih awal rupanya. Patutlah tyra tak sampai sampai lagi. ' monolognya dalam hati.
    Knock knock.
   "Qyra!! Thanks lah ambi aku bekerja dengan kau ahahaha. Tapi papa dah tau belum? " sergah tyra sebaik sahaja dia masuk ke pejabat sahabatnya itu.
   "Ya Allah tyra. Kau ni tak reti nak bagi salam ke? Buat terkejut aku aje. Kalaulah aku ni ada sakit jantung, dah lama dah aku pengsan kat sini tau" bebel Qyra panjang lebar sambil menggosok gosok dadanya yang sakit dek kerana terkejut di sergah oleh sahabatnya itu.
     "Hehe sorry.. Aku excited sebenarnya dapat kerja sama sama ngan kau ni.. Ehh jawab lah soalan aku tadi. Papa tau ke dok aku kerja sini cik Qyra oiii".. Balas tyra pula.
    "Kau jangan risaulah.. Semua sudah settle kalau aku yang uruskan.. Papa dah tau pun dan dia setuju. " jawab Qyra sambil mengangkat kedua tangannya ke bahu.
    "Ahahahaha poyo lah kau Qyra. Ye lah ye lah. So now i'm going to stay infront of your office right? Okay bye... " balas tyra dan terus berlalu pergi tanpa mendengar balasan qyra.
    "Memang terbaik lah kau jadi pekerja cik tyra oii.. Main bla je suka hati dia.. Hadoi nasib kau lah qyra oii dapat sahabat mereng macam tu" bebel qyra sendiri lalu terus menyambung kerjanya semula.

Waktu lunch

    Secara tiba tiba handphone qyra berdering minta diangkat.
   "Hello Assalamualaikum? " kata si pemanggil iaitu Haziq Asyraff.
   "Ya waalaikumussalam. Kenapa ziq?" soal qyra kerana pelik apabila nama lelaki itu terpampang di screen handphonenya sebagai pemanggil.
    "Hari ni first day u masuk kerja kat hotel family u kan? " soal haziq.
   "Ya tapi macam mana u tau pula ni?" soal qyra pelik.
    "I tau lah.. Btw jum lunch.. I ambil u" ajak haziq.
    "Ehh takpelah.. I nak lunch dengan tyra ni. " balas qyra cuba mengelak.
     "Tyra dah pi lunch dengan Hafiz tadi. I baru je nampak diorang keluar." balas haziq lagi.
     "Seriously? Dia tak bagitau I pun. " balas qyra sambil keningnya berkerut. Sakit pula hatinya dengan perangai sahabatnya yang sorang itu.
    "Yaa i'm serious. Okay now I dah kat bawah ni. U turun lah. I tunggu u kat kereta I. Kita lunch sesama ye cik Qyrana Umayrah" balas haziq lagi.
    "U dah kat bawah? Hmpp ye lah ye lah. U pakai kereta apa?" qyra terkejut dan malas nak berdalih lagi dia menyoal haziq pula tentang kereta yang dipakai oleh lelaki itu.
    "I pakai audi tt i yang warna hitam ni. I tunggu u okay.. Cepat sikit tau" balas haziq lagi.
    "Hmp ya lah.. Jumpa kat bawah. " qyra terus mematikan panggilan dan terus berjalan keluar dari pejabatnya menuju ke lif untuk turun.
  
Di dalam kereta Haziq.

   "U nak lunch kat mane?" soal haziq memecahkan kesunyian.
   "I ikut u je" jawab qyra pendek dan pandangannya masih tidak beralih daripada memandang ke luar tingkap kereta itu.
   "Okay kalau macam tu kita lunch kat restoran kawan I nak? " soal haziq lagi.
   "Okay" balas qyra pendek.
  Haziq tersenyum melihat qyra yang sangat dingin orangnya. Dia sangat mengenali sikap gadis itu. Qyra seorang yang peramah dengan perempuan namun dia bersikap sangat dingin dengan lelaki kerana dia ingin menjaga ikhtilat. Dan sebab perangai gadis itulah yang telah membuat hatinya ingin memiliki gadis yang bernama qyrana umayrah binti dato qashaf ini.

Di restoran kawan baik haziq.

  "Assalamualaikum bro.. Waaa datang dengan awek ke?" soal Farid kepada Haziq apabila dia melihat haziq masuk ke restorannya bersama seorang gadis yang sangat cantik bertudung bawal labuh melepasi bahu.
   "Waalaikumussalam.. Ehh tak lah.. Dia nie qyra.. Junior aku masa belajar kat ACCA dulu. " balas haziq pula.
   Qyra hanya diam membisu dan sekali sekala senyum apabila matanya bertemu dengan mata lelaki yang bernama Farid itu.
    "Owhh begitu rupanya.. Okay baiklah.. Sekarang korang pergi pilih tempat duduk dulu then nanti aku sendiri akan ambil order korang. " terang farid sambil memanjangkan tangannya ke arah tempat duduk sebagai tanda mempersilakan.
   Tanpa berlengah haziq mengangguk dan terus berjalan mengambil tempat duduk dan diikuti oleh qyra.
   Setelah beberapa minit berlalu. Farid sampai untuk mengambil order mereka.
    "Korang nak order apa?" soal Farid.          "I want a lamb chop and latte" jawab qyra.
   Farid mengangguk dan dia menoleh ke arah sahabatnya pula.
  Faham dengan pandangan Farid. Haziq terus berkata " aku macam biase lah.. Kau ni macam tak kenal aku. "
  "alaa aku saje je tu nak tanya kau.. Manalah tau nak ubah selera ke apa.." jawab farid pula memerli sahabatnya.
   "Hahaha elok kau cepat. Aku lapar ni. Kang aku makan kau baru kau tau" balas haziq pula dengan gurauan.
   "Haha ya lah kejap" jawab farid lalu bergerak ke kitchennya.
  Qyra yang menjadi penonton tergelak kecil melihat kerenah dua sahabat tersebut.
   Haziq yang terdengar gelak kecil itu tersenyum memandang qyra yang duduk dihadapannya.
   "I ada benda nak tanya U ni." Haziq memecahkan kesunyian antara mereka.
  "Apa dia? " soal qyra sambil memandang Haziq.
  "Hujung minggu ni U free tak?" soal Haziq.
   "Erm tak pasti lagi lah. Kenapa? " balas qyra.
   "I nak bawa u jumpa dengan family I.. I nak kenalkan u dekat ummi dan abah I. I dah lama simpan perasaan dekat u so I rasa tak baik kalau I simpan lama lama. Jadi sekarang I nak berterus terang dengan u dan I nak halalkan hubungan kita ni. I harap sangat u setuju" terang haziq panjang lebar dengan hati yang berdebar.
  Qyra terkejut mendengar luahan lelaki yang bernama Haziq Asyraff itu. Dia tidak tahu hendak berkata apa kerana mulutnya seperti tidak mampu untuk bergerak. Dia terdiam seketika sebelum bersuara. "U ni biar betul? Kenapa tiba tiba aje? N kenapa u pilih hari ni untuk luah? U dah fikir betul betul ke? Kita bukannya rapat sangat pun takkan lah tiba tiba aje u nak bawa i jumpa keluarga u?" soal qyra bertubi tubi.
   "Qyrana Umayrah binti Dato Qashaf. I'm serious n I tak main main. I dah fikir banyak kali dan I nak halalkan perasaan I ni dekat u." balas haziq serious.
  Qyra masih rasa seperti dia sedang bermimpi. Ya memang dia juga memiliki perasaan yang sama dengan haziq. Namun dia tidak menyangka yang Haziq juga mempunyai perasaan sama sepertinya. Dia tahu dan sangat tahu tentang sikap haziq yang boleh diakatan hampir perfect itu. Dia juga tidak menyangka dalam beribu gadis yang tergedik dengan haziq.. Dia yang menjadi pilihan hati lelaki itu. 'Ya Allah betulkah dia jodoh ku? Kalau memang dialah jodohku. Aku mohon kepada mu permudahkanlah segala urusan kami ya Allah' monolognya dalam hati.
  
 

Complicated LoveWhere stories live. Discover now