Chapter Four

14 1 0
                                    

     Qyra melihat dirinya di hadapan cermin.. Dia mengenakan dress berwarna softblue dan juga tudung bawal chiffon berwarna dark grey. Qyra jenis gadis yang natural tanpa make up. Dia lebih suka memakai krim biasa dan lip balm sahaja. Bagi dia itu sudah memadai dan selesa. Kemudian dia memyembur minyak wangi favouritenya.
    Selesai bersiap. Dia mencapai handbagnya dan terus turun ke bawah untuk menunggu kedatangan Haziq. Sebaik sahaja dia turun ke bawah.. Dia melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang bercerita dengan papa dan mamanya.. Dari belakang dia sudah tahu siapa lelaki itu.
     "Haaa... Tu dah siap dah anak dara kita bang... " ucap Datin Umaysha sebaik sahaja melihat qyra menuruni tangga.
     Kemudian lelaki tersebut menoleh kearahnya.
     "Haaa baguslah tu dah siap.. Ni haziq dah tunggu kamu lama dah.. " balas Dato Qashaf..
      "Ehh u kata jam 10..sekarang baru jam 9:45.. Awalnya datang? " soal qyra kepada haziq.
       Haziq mengalihkan pandangannya bagi menjaga pandangan seperti yang disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w.
    "I datang awal supaya kita dapat gerak awal.. Hehe.. " balas haziq pula.
     "Owh... Asal tak panggil qyra ma? " soal qyra kepada mamanya pula.
      "Haziq kata tak payah.. Dia tak nak qyra kelam kabut nanti. " jawab Datin Umaysha sambil tersenyum memandang haziq.
      "Haaa pergilah gerak.. Nanti parents haziq tertunggu tunggu pula. Tak baik biarkan orang tua menunggu" arah Dato Qashaf..
     Qyra mengangguk lalu terus menyalami mama dan papanya itu.. Selepas meminta diri mereka berdua bergerak ke arah kereta mercedes benz milik Haziq.

    "U okay tak?" soal haziq memecahkan kesunyian.. Gadis itu membuatkan jantungnya berdegup tak mengikut rentak.. Dia berusaha menjaga pandangannya kerana gadis tersebut memang mampu melemahkan iman setiap lelaki yang memandangnya.
    "Okay.. " balas qyra pendek.
    "Dont worry lah.. My parents sporting tau.. Adik I pun pasti sukakan u. .. Tapi adik saya yang bongsu tu takda la.. Dia tngan belajar kat UK sekarang. Harap harap nanti bila majlis perkahwinan kita dia dah balik lah. " ujar Haziq.
     "U adik beradik berapa orang? " soal qyra..
      "Lima" jawab haziq.
      "U anak ke berapa? " soal qyra . 
      "Ketiga" jawab haziq.
      "Boleh I tau tak nama nama adik beradik u? " soal qyra sambil memandang kearah haziq seketika.
      "Kakak sulung I nama dia Humairah Asymira, abang I pula, Heirfhan Asymar, adik lelaki saya Hazmin Asyfar and the last one is Hanis Asyiqah.... My mum is Asyura and My dad is Hasyim" balas haziq panjang.
       "Hazmin asyfar adik u? " terkejut qyra mendengarnya.
       "Yaa.. Why?" soal haziq pelik.
       "Owh.. Erm nothing" qyra berdalih.
       Haziq pelik dan memandang sekilas gadis itu. Dia diamkan sahaja kerana tidak mahu memaksa gadis itu menceritakan benda yang dia tak sedia nak cerita.
     
Di rumah family haziq

      "Assalamualaikum ummi..Abah... " ucap haziq sebaik sahaja melihat ummi dan abahnya berada di hadapan pintu.
      "Waalaikumussalam... Nie ke qyra?" soal Datin Asyura sambil tersenyum memandang ke arah gadis disebelah anak lelakinya itu.
      "Ya auntie saya qyra.. " jawab qyra lalu menyalami tangan wanita yang hampir seumuran dengan mamanya.
      "Waaa.. Patutlah haziq suka sangat ngan qyra.. Rupanya cantik orangnya" ujar Dato Hasyim.
      Qyra tertunduk malu mendengar pujian tersebut.
      "Ehh mari lah masuk... Tak payah panggil aunti ye.. Panggil ummi je.. Lagipun tak lama lagi nak jadi menantu ummi dah kan" ucap Datin Asyura lagi.
       "Baiklah ummi " balas qyra sambil tertunduk dan senyum.. Dia bersyukur kerana dirinya dapat diterima dengan baik oleh ummi dan abah haziq.
        "Duduklah dulu yaa... Ummi panggil kak long dan abang ngah kamu dulu.. Dorang kat ruang tamu atas tu"ujar ummi kepada qyra dan haziq.
       Qyra dan haziq mengangguk.
   "Qyra anak Dato Qashaf kan?" soal Dato Hasyim.
    " yaa.. " jawab qyra pendek sambil melihat ke arah abah haziq.
    "Abah ngan papa qyra dulu pernah belajar sama sama kat UK. Tak sangka pula kami bakal jadi besan.. " ujar Dato Hasyim sambil ketawa bahagia.
     "Owh ya ka abah? Papa tak bagitau qyra pula... Hehehe" balas qyra tersengih..
     Tiba tiba kak long dan abang ngah turun bersama pasangan masing masing.
    "Zahra mana kak? " soal haziq kepada kak longnya..
    "Dia tengah tidur kat atas.. Baru je hehe" balas aira.
     "Nie qyra yah? " soal aira dan terus duduk di sebelah gadis itu dan diikuti oleh iparnya wawa.. Manakala suaminya dan angah duduk di sebelah haziq.
     "Ya kak. " jawab qyra sambil bersalaman dengan kakak haziq dan juga kakak ipar haziq.
     "Ummi mana? " soal Dato Hasyim kepada heirfhan. 
     "Tu ha ummi turun dah" jawab heirfhan sebaik sahaja melihat umminya turun tangga.
     "Kejap yaaa ummi buatkan air untuk semua" ujar Datin Asyura pula.
     "Biar Qyra tolong ummi" jawab qyra lalu terus mengekori Datin Asyura ke dapur.
     Semua orang di dalam ruang tamu tersenyum lalu memuji muji qyra.. Haziq tersenyum melihat gelagat keluarganya..
   
     "Qyra dah lama ke kenal ngan haziq? " soal Datin Asyura ketika dia melihat Qyra membancuh nescafe. Dia kagum dengan sikap gadis itu.
     "Lama juga ummi. Dulu haziq senior qyra waktu belajar kat UK. " balas qyra sambil tersenyum memandang Datin Asyura.
      "Owh... Haziq tu anak yang baik.. Ummi harap qyra dapat menjaganya seperti ummi ya.." balas Datin Asyura sambil memegang tangan qyra dan tersenyum.
      "Inshaallah ummi.. Qyra akan cuba sebaik mungkin.. Tapi rasanya ummi perlu bantu qyra lah.. Hehhe.. " balas qyra dan memberi senyuman manis kepada bakal mertuanya itu.
     "Okay marilah kita ke ruang tamu" ajak Datin Asyura.
    Qyra mengangkat dulang minuman manakala ummi mengangkat dulang kuih muih. Kemudian mereka letakkan di atas meja yang berada di ruang tamu rumah itu lalu duduk kembali di tempat mereka tadi.
     "Jemputlah minum.. Qyra yang buat air ni tau.. Bukan ummi" pelawa Datin Asyura kepada ahli keluarga lain.
    "Waaa " ujar Dato Hasyim dan terus mencapai gelas tersebut.
    "Sedapnyaaa... " ujar semua ahli keluarga haziq.
   Qyra tersenyum lalu menjawab. "Takdelah.. Biasa aje.. " ujar qyra merendah diri.
    "Kalau macam nie punya sedap.. Mesti lepas kahwin nanti haziq ni naik berat badan berkilo kilogram..ahahahaha" ujar heirfhan bersahaja.
    "Ya lah kan macam abang ngah baru dua bulan kahwin berat dah naik 5 kg" perli haziq pula sambil ketawa.
    Semua yang berada diruang tamu turut tergelak sama melihat gelagat angah dan haziq itu.

    "Assalamualaikum " ujar hazmin.
   "Waalaikumussalam " semua yang berada diruang tamu menoleh kearah hazmin.
   "Haaa sampai pun hazmin. Okay jum kita makan tengah hari semua.. " ujar Datin Asyura lalu bergerak ke meja makan mereka sekeluarga.
Dan diikuti oleh yang lain. Hazmin menjeling tajam kearah Haziq yang tersenyum bahagia.

    

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Complicated LoveWhere stories live. Discover now