Qyra termenung di dalam biliknya mengingati apa yang telah diluahkan oleh Haziq tengah hari tadi. 'Apa aku nak buat ni?hmp.. Owh ya baik aku minta pendapat tyra' tanpa berlengah Qyra terus mencapai phonenya kemudian mendail number sahabatnya itu.
"Assalamualaikum tyra.. " ucap qyra sebaik saja tyra menjawab callnya.
"Waalaikumussalam qyra.. Kenapa call aku malam malam buta ni? Tak tidur ke apa kau ni.. Kacau aku nak tidur je lah aiyerrr" bebel tyra geram kerana dia paling pantang apabila tidurnya diganggu.
"Alaaa tyra sorry lah.. Aku ada nak minta pendapat kau ni.. " balas qyra pula.
"Hah apa dia yang penting sangat ni cik qyra oii sampai tak boleh nak tunggu esok kat pejabat? "Dengus tyra.
"Kau ingat lagi tak dengan haziq? " soal qyra.
"Yaa kenapa ngan dia?" soal tyra pelik. Dia tau qyra pernah minat kat lelaki yang bernama haziq tu dulu waktu mereka masih berada di UK.
"Tadi dia ajak aku pergi lunch.. Then dia luah kat aku yang dia dah lama minat aku... And yang paling aku terkejut.. Hujung minggu ni dia nak bawa aku jumpa ngan family dia.. Macam mana ni tyra? Apa aku nak buat? Aku pun tak tau aku patut pergi ke tak.. " terang qyra panjang.
"What? Waaa babe ni maknanya kamu memang jodoh ni!!! Dah kau suka dia and dia pun suka kau.. Nak tunggu apa lagi? Pergi je lah.. Haduh kau ni.. Benda senang pun nak kasih susah tu kenapa? " tyra yang tadinya baring bertukar posisi kepada duduk sebaik sahaja dia mendengar apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Dia pun tidak tau kenapa dia yang terlebih excited.
"Lah kau ni.. Aku takut lah kalau family dia tak suka kat aku.. " jawab qyra pula.
"Tak cuba tak tau sayang oii.. Kau nie cantik qyra.. Lemah lembut lagi.. Sopan lagi...then bekerjaya.. Apa yang kurang kat kau? Takde qyra.. U such a perfect girl u know? Aku yakin family haziq pasti akan suka kau nanti.. Dah tak payah nak pening pening.. Kau pi amek wudhu sekarang and buat solat istikharah.. Minta ngan Allah petunjuk.. Kalau betul Haziq tu jodoh kau.. Semua urusan pasti akan dipermudahkan olehNya. " hampir putus nafas tyra memberi pendapatnya yang panjang lebar itu.
"Okay tyra.. Thanks yahh nie lah aku sayang kau ni.. Kau selalu bagi pendapat yang positif.. "Jawab qyra. Dia berasa sangat bersyukur mempunyai sahabat seperti tyra yang sentiasa menyokong dirinya.
"It's my pleasure babe.. Tapi esok belanja aku makan ahahaha.. Sebagai ganti kau kacau tidur aku malam nie.." jawab tyra berseloroh.
"No problem babe.. Esok kau nak makan sampai gemuk pun takpe.. Aku belanja.. Hahahaha... " balas qyra pula.. Dia tau sangat perangai tyra yang memang tak suka tidurnya diganggu tu.
"Yeshhh.. Okay lah gudnite.. Jangan lupa istikharah tau.. Assalamualaikum.. " balas tyra pula.
"Waalaikumussalam" balas qyra dan terus mematikan panggilan.Tanpa berlengah qyra terus menuju ke toilet untuk mengambil wudhu dan terus solat istikharah bagi meminta petunjuk dari yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Sewaktu pagi di pejabat
Knock knock...
Pintu pejabat qyra diketuk..
"Come in" ucap qyra.
"Heyy babe.. Cuba kau cerita kat aku dari A sampai Z macam mana kau dengan haziq boleh lunch sesame then main luah luah bagai tu" seloroh tyra sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat sahabatnya itu.
"Kau punya pasal lah ni tyra.. " qyra mendengus sambil memandang tajam sahabatnya yang berada di hadapannya itu.
"Apesal aku pula ni? " berkerut kening tyra mendengar jawapan dari qyra.
"Kemarin dia call aku.. Dia ajak aku pergi lunch.. Aku pun tak tau kenapa tiba tiba je..mula mula tu aku tolak dengan alasan aku nak gi lunch ngan kau.. Tapi haziq bagitau yang kau sudah keluar lunch ngan hafiz.. Dah tu aku nak bagi alasan apa lagi hah? Yang kau ni pun satu juga.. Keluar lunch tak bagitau aku tu dah kenapa? Nak aku bagi perang dingin ke apa? " terang qyra panjang lebar bernada geram.
"Laaa.... Begitu rupanyaa.. Ahahahahaha sorry lah tyra.. Aku tak sabar nak jumpa ngan hafiz... Ahahaha maklumlah rindu.. " balas tyra sambil ketawa.
"Banyaklah kau punya rindu.. Korang tu baru bertunang.. Tak payah lah nak rindu bagai.. Belum halal lagi kot... " balas qyra sambil menggerakkan bola matanya ke atas sebagai tanda menyampah.
"Aku tau lah tak halal lagi.. Tapi tak salah kan rindukan tunang sendiri.. Kau tunggulah nanti rasa rindu and cinta bagai.. Lagipun tak lama lagi kau nak jadi tunang encik Haziq kann? " perli tyra.
"Hoii! Sedap je mulut kau nak kata aku bertunang ngan dia ya! Taknak lah aku belanja kau lunch nanti" ucap qyra dalam nada mengugut.
"Hahaha mana la tau kan mulut aku masin.. Aku tak kira.. Kalau kau tak belanja aku.. Aku resign ni.. " balas tyra membalas ugutan.
"Kau nie tyra.. Tak habis habis merepek.. Yelah tak payah nak mengada resign resign bagai.. Lunch nanti aku belanja.. But now.. Jangan ganggu aku nak buat kerja.. Silakan keluar cik tyra.. Pintu kat hujung sana tu ye... " balas qyra sambil menunjuk ke arah pintu..
"Amboii.. Menghalau ye.. Hambek kau" balas tyra sambil melontar pemadam ke arah qyra kemudian berlari keluar menuju ke mejanya sambil ketawa. Puas hatinya dapat mengenakan sahabatnya itu.
"Aduhh! Kuang ajaq punya budak... " laung qyra dari pejabatnya.. Dia tau sangat perangai tyra yang takkan dapat hidup kalau sehari tak kenakan dia..'hmp nasib kau lah qyra dapat sahabat senget macam tu' monolog qyra lalu menyambung kerjanya yang tertunggak tadi.Di restoran(lunch time)
Selepas dia dan tyra memesan makanan.. Mereka berdua bercerita tak henti henti.. Namun tiba tiba phone qyra berdering memainkan lagu hijrah cintaku by rossa.
"Assalamualaikum " ucap si pemanggil sebaik sahaja qyra menyambut panggilan.
"Waalaikumussalam" balas qyra dengan hati yang berdebar. 'Ehh kenapa pula aku nak berdebar ni.. Haduh' qyra berkata dalam hati.
"How about this weekend?" soal haziq ingin mengetahui kepastian.
"Errr.... " qyra teragak Agak nak kata ya atau tidak.
"Qyrana Umayrah? How about this weekend? I'm asking u and please answer me" soal haziq lagi.
"Okay I ikut... " balas qyra masih teragak Agak.
"Okay malam ni I bagitau kat parents I.. On sunday, I ambi u kat rumah u jam 10.. Jangan ubah fikiran ya.. " balas Haziq.
"Inshaallah... Tapi i nak pakai baju apa? " qyra masih bingung.
"U pakai je apa apa sebab u tetap akan cantik.. Yang penting tutup aurat" balas haziq sambil memuji gadis kesayangannya itu.
" okay okay.. Tapi I ada syarat" balas qyra pula.
"Syarat? What is it? " soal Haziq.
"Sebelum I jumpa Family u.. U mesti jumpa family I dulu.. Sabtu ni kat rumah I.. Malam ni I bagitau parents I.. Agree? " jawab qyra.
"Okay no worries.. I will be there but can u tell me the time?" soal Haziq tenang.
"On saturday at 12:00 tengah hari" jawab qyra.
"Alright wait me okay? " balas Haziq tersenyum bahagia di hujung talian.
"Okay see yah.. Assalamualaikum" balas qyra dan menamatkan panggilan.
"Waalaikumussalam" balas Haziq. 'Ya Allah aku mohon kepadamu permudahkanlah segalanya untuk kami.' Haziq berdoa di dalam hati."Haaa sape tu? Haziq ke? " soal tyra laju sebaik sahaja melihat qyra menamatkan panggilan.
"Yelah sape lagi." balas qyra..
"Waaa maknanya kau serious lah ngan dia ni? " seloroh tyra.
"Inshaallah kalau ada jodoh" balas qyra pendek. Dia serahkan semuanya kepada yang diatas sana. Kalau ada jodoh pasti tak ke mana.
"Waaa tak sabarnya aku nak tengok kau kahwin.. Apa kata kita buat majlis sesame.. Nak tak? Mesti Best punyaa!! " seloroh tyra pula.
"Ishh kau nie.. Dah lah.. Jum makan.. Rezeki dah depan mata ni.. Makan lah dulu pastu baru kau sambung merepek.. Aku lapar ni.. " balas qyra mengelak. Dia belum berharap apa apa lagi sebab dia takut dia akan terluka nanti kalau terlalu berharap. Cukuplah dia serahkan kepada yang Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui.
YOU ARE READING
Complicated Love
Romance"Aku sayang kau qyra.. Tapi kenapa kau pilih dia? Apa kurangnya aku dengan dia? Aku lebih lama kau kenal. Tapi kenapa dia juga yang menjadi pilihan hati kau? " - Hazmin Asyfar "Aku takkan biarkan kau bahagia dengan dia! Kalau aku tak dapat miliki d...