Bab 2

2.3K 74 1
                                    

Tiga hari kemudian,


"Sayang, pegang Lydia kejap. Abang nak pergi ambil troli." serah tangan Lydia kepada Laila. Laila pun terus mencapai tangan kecil molek itu. Sampai sahaja Hairul bersama troli tersebut barulah mereka berjalan masuk.

Ini pun sebab Hairul mengajak Laila pergi membeli barang-barang untuk persiapan Ramadhan nanti. Lagi dua hari je lagi, mereka akan menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah itu. Bulan yang dikatakan sangat mulia dan sebagai orang Islam perlu berebut-rebut untuk mengumpul pahala. Insyaallah.

"Jom abang, kita masuk tempat ikan-ikan tu dulu." pinta Laila.

Berderet jenis-jenis ikan yang segar di atas tempat yang disediakan itu. Rambang mata pun ada. Ingat rambang mata bila pergi shopping je ke? Tak, okey!

"Abang, masukkan Lydia dalam troli tu kejap."

"Haa? Nak buat apa?" tanya Hairul dengan pelik.

"Jangan banyak tanyalah. Letak cepat." Hairul pun ikut sahaja arahan dari isterinya itu.

"Okay sekarang nii, bak telefon abang. Cepatt.. cepatt"

"Pulak dah?" sekali lagi, Hairul turutkan sahaja. Telefon yang baru sahaja keluar dari poket terus dirampas oleh Laila. Licik sahaja jarinya membuka telefon Hairul. Hairul ada juga tengok-tengok apa yang bininya lakukan. Laila membuka app perakam suara. Lalu,....

Telefon didekatkan dengan mulut Laila.

"Ambik ikan merah 4 ekor, ikan kembung 6 ekor, pastu ambik udang sikit, sotong sikit. Jangan ambik sampai satu kilo pulak eh.. lepas tu jangan lupa ambik ikan siakap seekor tapi yang tu kena ambik yang besar sikit okay. Okay ni last, ikan pari. Abang tengok dulu diorang potong macam mana tau, kalau besar ambik dua tiga je. Kalau kecik ambil lima potong okay? Kalau tak tahu sangat, tanya orang. Jangan malu jangan segan. Okay dah" Laila terus menghela nafas panjang.

"Ap..apa.. apani?" terkelu tengok bininya yang bercakap tanpa henti itu tadi. Ingat ni Book of Record ke untuk bertanding nafas siapa paling panjang??

"Sorry bang. Saya nak pergi tandas ni.. urgent sangat.. okay bye! heee" terus Laila memaniskan muka kepada suaminya. Selepas itu, berdesup tinggalkan suaminya bersama anak mereka Si Lydia itu.

Patut lah beria saja suruh Hairul letak Lydia dalam troli. Rupa-rupanya, ada udang disebalik burger. Cehh!!

Telefon yang masih berada di tangan Hairul mula bergetar. Melihat panggilan tersebut adalah dari isterinya. Langsung sahaja panggilan itu diangkat.

"Haa ada apa?" tanya Hairul dengan pelik.

"Saya lupa tadi, okay, nanti abang tengok balik rakaman yang saya buat tadi.. lepastu abang tolong carikan ehh... hee.. bye.. sayaaaangg abang!" terus tertutup panggilan tersebut.

Sekali lagi.... Hairul tercengang...

Ada-ada ja perangai bininya itu..



..................................



Apabila semua bahan yang di'order' oleh isterinya tadi telah siap. Dia pun membwa semua bahan tersebut ke tempat penimbang.

Cinta Dari Abang Bomba 2Where stories live. Discover now