Bab 11

1.8K 61 3
                                    

Sampai sahaja kami di Rumah Tok Yah, kelihatan beberapa orang sedang mengacau dodol dan juga membakar lemang. Nak dikatakan cerita, semua anak beranak Tok Yah akan berkumpul pada hari raya setiap tahun. Sangat meriah disini kalau mengikut tahun-tahun sebelum ni. Kami pun disambut gembira oleh mereka setelah kereta masuk dalam kawasan luar Rumah Tok Yah.

Pemandangan sini tidak kurang hebatnya, terbentangnya sawah padi di hadapan rumah, ada sungai, jauh dari jalan raya, tak bising dan rasa nyaman lagi. Udara pun selamat untuk disedut, jauh dari bandar yang penuh dengan asap-asap kenderaan. Fuh.



LAILA POV

Setelah aku dan Hairul mengangkat kesemua beg kedalam bilik. Kami berdua terus keluar rumah untuk menolong apa-apa yang patut. Turun sahaja dari tangga rumah, terus Hairul pergi ke tempat membakar lemang. Baru nak ikut Hairul tetapi memandangkan asap dan panas di situ. Aku mengalah dan pergi ke tempat mengacau dodol.

"Lela.. hangpa tolak mai sini pukui berapa tadi?" tanya Mak Lang yang sambil mengibas-ngibas mukanya.

"Ohh.. kami bertolak pukul 7:30 pagi tadi. Gerak sekali dengan papa" jawabku dengan sopan.

"Aikk.. pasaipa Pak Ngah mai dulu.?" tanya Mak Lang dengan pelik.

Aku tersenyum. "Biasalah Mak Lang, Hairul saje ajak jalan pusing-pusing dulu tadi. Tu yang lambat tu" balasku sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Hang dah berapa orang anak dah?" kini, Mak Tam pulak yang mengutarakan soalan kepada aku. Mak Tam yang sibuk mengacau dodol itu berhenti mengacau semata-mata ingin tahu jawapan dari mulut aku.

"Ohh.. yang itu.. Lydia sorang je anak kami MakTam." jawabku dengan segaris senyuman..

Soalan seperti itu, nak sangat aku elakkan. Bukan apa, dah kalau Lydia seorang sahaja yang menjadi penyeri rumahtangga kami. Aku dan Hairul dah cukup bersyukur dikurniakan seorang anak seperti Lydia.

"Ooh patutlah, hangpa tak pergi ke klinik ke check? Mana la nak tau kalau..."belum sempat Mak Tam menghabiskan ayat. Hairul terlebih dahulu memotong ayat tersebut.

"Mak tamm.... suami Mak Tam panggil suruh pi sana. Benda ni, biar Hairul yang kacau. Kesian Mak Tam kacau dodol ni dari tadikan Mak Tam kan." celah Hairul secara tiba-tiba.

"Betui ka Pak Tam hang cari Mak Tam. Mak Tam tak dengaq pun dia panggil tadi" duga Mak Tam. Setahu dia, memang tak dengar pun yang suaminya yan panggil.

"Betull.. atau Mak Tam yang kena pi check telinga tu kat klinik dulu ni?" balas Hairul lagi.

Aku menahan tawaku dari meletus melihat gelagat Mak Tam ni. Kan dah mendapat dengan Hairul. Sekali gus dapat pakej ke klinik menerima rawatan telinga. Hahahaha.

"Isyhh hang ni. Dah lah.. ambik ni. Mak Tam pi sana dulu." serah pengacau dodol itu kepada Hairul. Kemudian, jalan melenggok menuju kearah suaminya..

Aku tahu yang Hairul saja suruh Mak Tam pergi dari situ. Nak tolong aku daripada menjawab soalan cepumas dari Mak Tam. Padahal entah betul atau tidak yang Pak Tam tu memanggil isterinya tadi. Apa-apa pun, terima kasih abang bomba ku. Muah

Hairul yang memandang ku terus buat tangan thumb up. Aku mengangguk dan membalas jugak thumb up kepada Hairul. Kami sama-sama ketawa. Mak Lang yang perasan dengan tindakan kami terus bertanya kami dengan pelik. Segera kami menggeleng menyatakan tiada apa-apa yang berlaku.

Cinta Dari Abang Bomba 2Where stories live. Discover now