WAN! Wan! Mana kau?"
Jeritan kuat yang mampu menggegarkan satu rumah menyebabkan dia yang baru saja keluar dari bilik air terkejut.
Alahai! Apa lagi ni? Dah la mabuk semalam masih tak hilang. Pagi-pagi Hud dah memekak. Rasanya semalam, Hud jauh lebih mabuk daripada dia. Siap kena papah naik ke bilik.
"Woi, Wan! Cepatlah!"
"Apa benda kau ni? Pagi-pagi lagi dah memekak la!" Dia yang baru menghabiskan anak tangga terakhir pandang Hud yang sudah kemas berpakaian.
"Kereta mana kereta?"
"Hai, tanya aku. Manalah aku tahu. Kereta kau. Lagipun semalam naik kereta aku kan."
"Masalahnya kereta kau pun tak ada. Dan lagi satu, semua kereta tak ada." Hud senyum pandang dia.
Senyuman yang buat matanya terbeliak. Seakan-akan tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Tak ada?"
"Ya."
"Semua?"
"Yup?"
"Termasuk kereta-kereta uncle?"
"Bila aku cakap semua. Semualah! Garaj kosong kut!"
"Kau biar betul!" Terus Izwan berlari. Hati mula terdetik sesuatu.
Haih! Takkanlah!
"Eh! Betullah tak ada!" Dia masuk semula ke dalam rumah. Pandang Hud yang tengah duduk bersantai atas sofa sambil menilik skrin iPhone miliknya.
"Aku dah cakap. Kau tak percaya."
"Habis tu kau relaks semacam aje. Kenapa?"
"Kenapa apa? Entah! Mungkin pekerja pergi basuh ke. Servis ke. Jaga kereta tu semua bukan kerja aku." Selamba Hud menjawab.
"Weh gila! Kut ya pun nak pergi servis, takkan semua sekali. Ada tujuh biji kereta kut. Agak-agaklah."
Sungguh! Dia benar-benar dah cuak. Jantung dah berdetak laju gila.
"Dah tu? Takkan kena rompak kut! Guardtak buat kerja ke?"
Dia labuhkan duduk bertentangan dengan Hud. Kepala sudah terlintas sesuatu. Tapi risau kalau apa yang ada di benaknya bakal menjadi kenyataan.
"Kau tengah onlineke?"
"Ya? Kenapa?" Hud pandang dia tanpa riak.
"Cuba cek akaun kau." Arah dia.
"Nak buat apa? Beli kereta baru?" Hud tersengih.
Mungkin lucu mendengar arahan dia yang sedikit tidak masuk akal. Memang kedengaran tidak masuk akal sebab Hud tidak tahu apa yang bermain dalam kepala dia.
"Aku suruh kau cek tu, kau pergi ceklah!"
Hud sekali lagi pandang dia. Kali ini dengan riak tidak puas hati.
"Eh! Cepatlah! Cek sajalah."
"Yalah! Yalah!" Hud akhirnya mengalah. Dia pula sekadar menunggu dengan penuh rasa debar.
Tiba-tiba dia tengok dahi Hud berkerut-kerut. Tidak lama selepas itu mata lelaki itu pula terbeliak.
"Kenapa?" Dia menyoal. Jantung makin berdegup kencang.
"Tak boleh masuk."
"Apa maksud kau tak boleh masuk?"
Hadui! Matilah dia. Rasanya apa yang dia rasa ni memang betul-betul dah terjadi.
YOU ARE READING
ORKED BUAT HUD - SHA IBRAHIM
RomanceYang 'hantu' itu Hud, itu persepsi Orked terhadap lelaki itu pada pertemuan pertama mereka. Gelaran itu diberi kerana Hud makan di tengah hari di bulan puasa. Bagi Orked, dia tidak menganggap Hud sebagai musuhnya, dia cuma tidak sukakan lelaki itu...