Nama aku Laxxie Jane. Orang selalu panggil aku Jane. Umur aku 22 tahun. Sekarang musim cuti semester dan aku akan balik ke rumah mak cik aku dekat Sarawak.
Aku anak tunggal dan mama dan papa aku dah meninggal dunia semasa aku berumur 2 tahun akibat kemalangan kapal terbang.
Semenjak mama dan papa meninggal, aku tinggal dengan adik papa iaitu anty Jassie dan suaminya iaitu uncle John.
Bagi aku anty Jassie dan uncle Jonh dah macam mama dan papa aku walaupun mereka selalu sibuk dengan tugas mereka sebagai seorang doktor tapi mereka tak pernah abaikan tanggungjawab mereka ke atas aku dan sebab tu lah aku sayang sangat kat mereka.
Anty Jassie dan uncle John tidak mempunyai anak akibat Anty Jassie beberapa kali mengalami keguguran.
“Jane, kau nak minum hot coklat tak. kalau kau nak aku boleh tolong buatkan untuk kau ’’ suara Vievien iaitu rakan serumah aku mengejutkan aku dari lamunan
“ emm, boleh juga. thanks Vie ” aku menjawap pertanyaan Vievien lalu berjalan ke ruang tamu
“ Jane, esok pukul berapa flight kau kalau pagi aku tak dapat hantar kau pergi airport sebab aku ada kerja ” Vievien berjalan kearahku sambil memberikan secawan hot coklat kepadaku
“ kau tak payah risau sebab aku dah call pakcik teksi tu tadi dan dia janji yang dia akan datang ambil aku pukul 8.30 pagi esok lagipun flight aku pukul 9 pagi” kataku kepada Vievien
“ kalau kau dah nak balik sini jangan lupa call aku tau. aku janji yang aku akan ambil kau kat airport” kata Vievien sambil menunjukkan muka comel dia
“ yelah, aku nak masuk tidur dah ni esok aku nak bangun awal lagi. good night ” belum sempat aku mengambil cawan bekas minumanku, Vievien terlebih dulu mengambilnya
“ takpa aku tolong kau cuci. kau pergilah tidur kalau kau terlambat bangun esok kan susah” kata Vievien lalu berjalan kearah dapur
******
“ Jane, teksi dah sampai mari aku tolong kau angkat beg” kata Vievien lalu mengangkat begku keluar dari bilik
“ aku pergi dulu Vie, kau jaga diri kat sini dan jangan lupa call aku tau” kataku setelah membuka tingkap kereta
“ emm, yelah. kau pun sama jangan lupa call aku kalau kau dah sampai sana nanti. bye” kata Vievien sambil melambaikan tangannya kearah aku
Aku telah selamat tiba di lapangan terbang Miri. aku cuba untuk mencari kelibat anty Jassie tetapi gagal. aku mengambil telefon bimbitku dari dalam beg sandangku lalu mendail nombor telefon anty Jassie
“ hello, mama Jassie kat mana? Jane dah sampai kat airport ni tapi tak nampak pun mama kat sini”
“ sorry sayang. mama tak dapat ambil Jane kat airport la sebab ada emergency kat hospital ni tapi mama ada suruh papa pergi ambil Jane tadi mungkin dia tengah on the way ke sana”
“ kalau macam tu nanti Jane jumpa mama kat rumah la. bye mama” kataku lalu memutuskan talian
Tidak selepas aku memutuskan talian. Aku terdengar namaku dipanggi lalu menoleh ke belakang.
YOU ARE READING
Laxxie Jane
Romance" kau ni memang tak pandai nak berterima kasih. dah la aku yang selamatkan kau" -Yordan Libanon " okey fine. terima kasih sebab dah selamatkan saya" -Laxxie Jane Pertemuan yang tidak dijangkakan telah menyatukan dua jiwa. Perbezaan status dan ke...