Aku duduk termenung di balkoni bilikku. aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja lalu aku mencari nombor Madam Leena
“ hello, selamat pagi”
“ boleh saya bercakap dengan Madam Leena”
“ selamat pagi. Jane tak payahlah panggil anty Madam, panggil je anty Leena”
“ anty Leena, Jane nak bagitahu yang Jane dah bersedia.”
“ bila Jane boleh jumpa anty dan di mana Jane boleh jumpa anty” tanyaku ke pada Madam Leena
“ Jane boleh jumpa anty sekarang juga. anty ada dekat rumah sekarang. Jane tengok kad yang mama Jane bagi kat belakang tu ada alamat rumah anty”
“nanti Jane sampai. Jane call anty ye. anty ada hal sekarang”
"so see you later” kata Madam Leena lalu dia memutuskan talian
Setelah selesai berbual dengan Madam Leena. aku terus ke bilik persalinan untuk menukar pakaian
aku memakai jeans hitam dengan blause berlengan panjang berwarna hitam dan skaf rambut berwarna merah.
setelah selesai. aku berlari menuruni tangga
“ Mak Tom, Jane pergi dulu ya” kataku lalu masuk ke dalam kereta
****
“ hello, anty Jane dah sampai depan rumah anty ni”
“ okey kejap lagi anty keluar”
selepas aku mematikan telefon. seorang wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan keluar dari dalam rumah
“ hai Jane, masuklah. buka je gate tu. gate tu tak berkunci”
aku membuka gate lalu masuk ke dalam
“ mari duduk sebelah anty sini” katanya sambil memandang wajahku
“ emm, sayang pergi main sana dulu ye. mummy ada benda nak dibincangkan dengan kakak Jane. kejap lagi mummy datang okey” kata anty Leena lalu mencium budak perempuan yang duduk di atas ribanya.
setelah dicium oleh mummynya. budak perempuan itu berlari masuk ke dalam sebuah bilik
“ Jane, anty nak Jane tahu bahawa menjadi seorang spy adalah tugas yang sangat berat terutamanya bagi seorang perempuan jadi anty nak Jane belajar tentang seni pertahanan diri”
“Jane tak perlu risau sebab semua spy dibawah bimbingan anty boleh ajar Jane” katanya sambil memegang tanganku
“ Jane akan buat yang terbaik” kataku lalu tersenyum
“ anty akan bawa Jane pergi ke sebuah pulau iaitu tempat persembunyian kita atau lebih dikenali sebagai pangkalan kita” katanya lalu membawa aku ke bilik bacaannya“ dan cara yang dekat untuk pergi ke sana adalah melalui bilik ini” katanya lagi setelah dia menutup pintu bilik lalu menguncinya
Setelah anty Leena mengunci pintu bilik bacaannya.. dia menuju ke meja yang terdapat sebuah lampu meja di atas meja tersebut lalu anty Leena menekan suis lampu meja
secara tiba-tiba juga rak buku anty Leena bergerak ke hadapan dan di belakang rak buku tersebut terdapat sebuah pintu rahsia
“ mari” kata anty Leena lalu berjalan masuk ke dalam pintu rahsia tersebut
aku mengekorinya dari belakang. setelah aku masuk tiba-tiba aku terjatuh ke dalam sebuah lubang yang sangat besar dan menggelosor ke bawah
aku menjerit sekuat hati tidak lama selepas itu. aku terjatuh ke dalam air. aku merasakan badanku seperti ditarik keluar dari air oleh seseorang
YOU ARE READING
Laxxie Jane
Romance" kau ni memang tak pandai nak berterima kasih. dah la aku yang selamatkan kau" -Yordan Libanon " okey fine. terima kasih sebab dah selamatkan saya" -Laxxie Jane Pertemuan yang tidak dijangkakan telah menyatukan dua jiwa. Perbezaan status dan ke...