Bab 4

1 1 0
                                    

Bunyi jam loceng mengejutkan aku. aku mengeliat di atas katil lalu mencapai telefonku yang berada di atas meja bersebelahan dngan katilku.

jam menunjukkan pukul 8 pagi

“alamak aku dah lambat” omelku sendirian lalu berlari ke bilik mandi

Setelah selesai mandi, aku memakai baju T dan seluar pendek berwarna putih. aku melepaskan rambut panjangku yang kerinting dan memakai skaf berwarna putih

selesai sahaja aku bersiap, aku turun ke bawah sambil membawa bagasiku dan kotak barang keperluanku

“ morning, Mak Tom” kataku kepada Mak Tom yang sedang menyediakan sarapan

“ morning Jane” jawab Mak Tom sambil tersenyum memandangku

“sedapnya sarapan pagi ni” kataku lalu duduk

“Jane makan lah dulu. Mak Tom nak ambilkan barang papa Jane yang tertinggal” kata Mak Tom kepadaku

Aku makan mee goreng yang dimasak oleh Mak Tom sambil menyanyi lagu Shower nyanyian Becky G

“suara siapalah tu, merdu betul” tiba-tiba suara seorang lelaki sedang memerli aku dari ruang tamu

aku tidak mengendahkan teguran suara tersebut lalu sambung makan

“ehh, kenapa tak sambung nyanyi lagi” perli suara tersebut lagi

aku sudah tidak tahan lagi. aku meletakkan suduku di tepi lalu berjalan menuju ke ruang tamu

Setelah aku sampai di ruang tamu kelihatan seorang lelaki menggunakan baju T berwarna hitam dan berseluar slack berwarna hitam.

aku mengambil handbagku dan barang-barangku untuk di masukkan ke dalam kereta. aku mengangkat barang-barangku lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta

setelah selesai meletakan barangku ke dalam kereta aku berjalan menuju ke dapur

“ Mak Tom, Jane pergi dulu ya. malaslah nak duduk lama-lama kat rumah ni. banyak langau” kataku dengan suara yang sengaja di besarkan sedangkan Mak Tom hanya berada di depanku

“ yelah, bawa kereta tu elok-elok” kata Mak Tom lalu memelukku

“ bye Mak Tom” kataku lalu berjalan keluar dari rumah

“takkan dengan Mak Tom saja kau ucapkan selamat tinggal”

“ ehh, bunyi langau mana pulak ni. rimas la” kataku sambil membelakangi Yordan

“langau pun jadilah asalkan kau gembira” katanya lagi

“dahlah malas saya nak layan awak pagi-pagi ni” kataku lalu berjalan menuju ke keretaku

“ Laxxie Jane” katanya sambil memegang tanganku

“ lepaskanlah tangan saya dan saya ingatkan awak lagi. Saya tak suka orang pegang tangan saya” kataku dengan marah

“sorrylah, aku tak berniat nak buat kau marah” katanya kepadaku

“ Yordan Libanon, saya nak awak tahu yang saya tak suka awak sejak kali pertama kita jumpa. ”

“Saya benci awak sebab awak selalu cari pasal dengan saya dan hari ni awak dah rosakkan mood saya. dah lah hari ni tiba-tiba saja hujan” kataku sambil memandang kearah langit lalu membuka pintu kereta

“aku minta maaf kalau kehadiran aku selalu buat kau marah” kata Yordan lalu menahan aku dari masuk ke dalam kereta

“maafkan aku” katanya lagi lalu memegang tanganku

aku memangdang wajahnya lalu menarik tanganku dari dipegang olehnya

“saya takkan pernah kalah dengan awak” kataku sambil menekan dadanya beberapa kali lalu menolak tubuhnya dari mendekati aku

Laxxie Jane Where stories live. Discover now