OY 14

4.2K 169 22
                                        

Khai P. O. V

Aku tolak pintu cafe perlahan, tapi masih menghasilkan bunyi 'Ting' hasil  daripada loceng yang diatas pintu. Aku perbetulkan kaca mata berwarna biru aku dan aku menghampiri kaunter untuk membuat pesanan.

Siap sahaja pesanan aku iaitu ice caramel latte, aku terus menuju kearah meja diletakkan di tepi dinding. Aku duduk seorang. Topi diatas kepala sengaja aku tidak tanggalkan. Sesekali aku jeling meja yang diduduki sepasang kekasih, dihadapan meja aku. 

"Sayang... I have something to tell you." Suara perempuan yang membelakangkan aku, menarik perhatian aku. Aku memasang telinga untuk mendengar.

"Apa dia?" Suara si lelaki pula membalas.

Ini lah tujuan aku datang ke kafe ni. Ingat senang aku nak tinggalkan Syakila macam tu je. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Biarlah aku tak diundang pun, sekurang nya aku tahu dia selamat depan mata aku.

Keadaan berubah sunyi tiba-tiba. Tidak ada perbualan diantara mereka berdua. Aku teguk iced caramel latte aku, menunggu perbualan mereka berdua bersambung.

"What!?" Tiba-tiba sahaja suara Hisyam meninggi.

"Awak jangan nak tipu saya!" Aku nampak Wajahnya mulai memerah. Aku masih diam ditempat aku. Takkan nak masuk campur pula, nanti pecah rahsia Naya aku oleh Syakila.

"Awak ingat Sya nak main-main ke dengan benda macam ni?" Mendatar sahaja suara Syakila. Hisyam tersandar lemah dikerusi.

Aku pula, alih pandang ke kaunter kafe. Taknak lah nampak sangat aku curi-curi dengar perbualan mereka.

"Aku tak percaya!" Hisyam menumbuk meja kuat. Aku ikut terkejut. Banyak mata mula memandang kearah mereka, termasuk aku.

"Sayang!" Tegur Syakila.

"No!  Aku tak percaya. Aku tau, kau mesti ada affair dengan budak Khai tadi tu kan. Korang dah terlanjur, lepastu kau buat cerita kau kena rogol. Betul kan!? "

"Nonsense, apa awak merepek ni Hisyam!?  Sya tak buat lah semua benda tu. Sya masih waras lagi nak fikir. Tolong lah fikir logik sikit, atas sebab apa Sya nak ada affair dengan Khai? Hah?"

"Bullshit!  Perempuan mana yang tak terpikat bila nampak lelaki hensem macam dia tu?  Kau pun sama je dengan perempuan-perempuan dekat luar tu, gatal! Murahan! " Marah Hisyam.

Fuyoo! Hisyam puji aku handsome. kau ada? 😏 Menyempat~

"Hisyam!!! Mind you language." Tengking Syakila, dan terus menampar pipi Hisyam. Aku terkedu.

"Kurang ajar!" Hisyam menyinga, dan terus berdiri sambil mengangkat penumbuknya tinggi.

Aku pantas bangun dan menolak tubuh Hisyam kuat sehingga dia terundur. Semakin menyinga wajah Hisyam bila nampak aku. Aku melindungi Syakila yang masih terduduk.

"Ini yang kau kata tak ada apa-apa?  Bullshit!" Hisyam meramas rambut dia kasar, nampak serabut.

"Kau! kau datang sini nak tunjuk hero depan dia? Hah!? "Hisyam menolak-nolak bahu aku. Cuba untuk menegangkan suasana. Aku tersengih sambil membuka cermin mata biru aku.

"Kau salah faham ni. Aku bukan nak tunjuk hero, tapi tak baik lah kau pukul perempuan. Girlfriend kau pula tu." Nada suara aku masih lembut, tak nak suasana lebih berapi.

"Pegi mati lah dengan girlfriend kau tu. Aku tak ada girlfriend murahan macam dia ni." Hisyam menunjuk Syakila.

"Bro, jaga bahasa tu. Dia cakap benda betul. Buat apa dia nak tipu."

"Kau dengan dia sama je! Dah berseronok, lepastu nak aku bertanggungjawab. Betul kan? Pegi mampus lah kau dengan perempuan sundal ni!"

Bukk!!!

Sekali libas je aku bagi Hisyam dah terduduk. Aku menghampiri dia, untuk membelasah lagi, tapi terasa ada tangan yang menahan lengan aku. Aku pandang tepi aku, Syakila menahan bersama juraian airmata dia.

"Kau ambil lah dia, aku tak nak perempuan yang dh kena tebuk macam dia ni. Sundal!"

Aku pandang Hisyam tajam. Aku tepis tangan Syakila dan terus menghampiri Hisyam yang baru hendak bangun. Aku tarik kolar bajunya dan terus tolak dia kedinding, kuat.

"Aku belum selesai dengan kau Hisyam. Tapi hari ni aku maafkan kau. Kalau lepas ni airmata Sya jatuh sebab kau lagi, sampai lumpuh aku kerjakan kau." Ugut aku dan terus melepaskan cengkaman pada kolarnya.

"Dan ini, sebab kau bagi dia menangis hari ni." Tangan aku pantas menumbuk perut Hisyam, dan dia kembali terduduk. Mengaduh kesakitan.

Aku berpaling lalu mencapai tangan Syakila, dan menariknya keluar daripada kafe. Beg tangannya sempat aku sambar. Syakila terpaksa menurut langkah aku.

"Kita balik!" ucap aku apabila kami menghampiri motosikal milik aku.

"Taknak!" balas Syakila, masih dalam tangisan. Genggaman tangan kami dilerai.

"Sya, tolonglah jangan degil. Kita balik Sya." Pujuk aku.

"Kenapa awak datang? Kan Sya dah kata tak perlu. Tengok apa dah jadi?  Awak makin keruhkan keadaan, awak tau tak?" Tiba-tiba sahaja Syakila menengking aku.

Aku meraup wajah, tidak percaya dengan ucapan Syakila. Bukan ucapan terima kasih sebaliknya aku di tengking. Aku menyabarkan hati aku.

"Sya, kita balik dulu. Awak tenangkan diri awak, kita bincang benda ni elok-elok." Aku masih cuba memujuk dengan nada yang lembut.

"Answer me, Khai! Kenapa awak datang!?" Syakila masih dengan amarahnya.

Aku jadi rimas!

Aku menggenggam penumbuk aku, lalu perlahan-lahan aku menghampiri Syakila. Mata aku tajam memandang dis. Semakin lama semakin hampir sehinggakan dia terundur hingga ke dinding bangunan.

Kedua tangan aku lekapkan kedinding, mengepung Syakila yang lebih rendah daripada aku. Mata bulat nya terkebil-kebil apabila jarak kami hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi. Tubuhnya mengeras, dapat aku agak. Hanya desahan nafas kami berdua yang kedengaran...

Bersambung😝😝😝😝

Jangan luoa vote n komen😣

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang