Bab 1

22 2 2
                                    

"Am, cikgu bukannya tak nak terima adik kamu bersekolah di sini, cuma..." kata-kata Guru Besar tergantung, cuba untuk mengatur ayat yang dapat kami fahamkan.

"Adik kamu tak pernah ke tadika. Cikgu tak dapat nak terima mana-mana pelajar yang tidak mendapat pendidikan awal.Maafkan cikgu, Am. Bawa adik kamu pergi,"sambung Guru Besar.

Abang Am memandang aku. Kekecewaan jelas terpancar pada wajah sucinya.Aku pula hanya dapat tersenyum sehingga menampakkan gigi.

"Terima kasih, cikgu"
"Jom Aina,"ajak Abang Am.
"Jom!"kataku dengan nada suara yang agak teruja.Aku mula mengangkat kaki dari situ.Namun, dalam masa sesaat takdir hidupku berputar 360 darjah.

"Cikgu,"panggilku.
"Ya,"
"Nama Cikgu...Cikgu A...ri...fin bukan?"tanyaku sambil membaca tag nama miliknya, pinta kepastian.
"Ya, betul.Kenapa tanya?"giliran Cikgu Arifin untuk menyoal.

"Tapi dekat papan ini tulis Ali...fin. Nama cikgu dah nak dekat dengan nama Dolphin.Hahahaha,"ketawaku tersembur.
"Aina, kenapa cakap macam itu?Minta maaf sekarang,"tegur Abang Am. Sepantas itu, aku menekup mulutku agar ketawaku terkawal.

Walaupun ketawaku hampir berhenti, satu ketawa besar masih jelas kedengaran pada telingaku lalu aku berpusing tubuh memandang pemilik suara itu.

"Hahaha...Cikgu salah!Cikgu salah.. hahaha...Kamu memang layak...Mari sini,"dalam ketawa Cikgu Arifin dia sempat berkata-kata.

"Aina tunggu di luar.Am masuk sebentar,"arah Cikgu Ariffin.
"Baik cikgu,"hampir serentak kami adik beradik menjawab.

Lebih kurang 10 minit aku menunggu di luar akhirnya, Abang Am keluar daripada bilik Guru Besar dengan senyuman yang meleret pada bibir merahnya.

"Woi!"tegurku.
"Wu wui!"sapa Abang Am.
"Seriuslah?!"tanyaku tidak percaya.
"Adik dah boleh pergi sekolah lepas ini!"Abang Am separa menjerit ketika menyampaikan berita itu.
Alhamdulillah!

BEGINILAH AKU MEMULAKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN AKU...
SEKARANG AKU DIGELAR CALON PT3...TAHUN INI AKU BERUMUR 15 TAHUN...DAN DI SINILAH KISAH HIDUP AKU YANG BAHARU BERMULA...

DI SAAT INI, BARULAH AKU TAHU BETAPA LEMAHNYA DIRIKU. SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MAMPU MELALUI UJIAN YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH KEPADAKU KALI INI

RAMAI DARIPADA KITA YANG SENTIASA 'TERLUPA' JANJI MANIS KITA KEPADA ALLAH SWT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT...UNTUK TERUS MENTAATI DAN MENYEMBAH-NYA...

JADI, MARILAH UNTUK BEBERAPA MINIT...KITA MENADAH TANGAN BERDOA DAN BERSYUKUR KEPADA ILLAHI KERANA MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK JANTUNG KITA BERDEGUP, MASIH MEMBIARKAN KITA BERJALAN-JALAN, MENGURNIAKAN NIKMAT YANG SECUKUPNYA.

JIKALAU ENGKAU SEPERTIKU...DIMANA TIDAK TAHU APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH JATUH DITIMPA UJIAN ALLAH JADI MARILAH KITA BERDOA AGAR ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN UNTUK KITA BANGUN DAN BANGKIT DARIPADA KEJATUHAN ITU...

AMIN😊

Itu hanyalah pesanan kecil daripada saya...Harap tak terasa dan ia berkesan sentiasa...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siapa Kata Rindu?Where stories live. Discover now