BAB 1=>EJEN MALCOVIC

1 0 0
                                    

Zakwan berlari dgn pantas menuju pintu kayu yang terkuak besar...dia tersadung akibat lantai kayu yang berlubang...Bayangan yang mengejarnya tadi kini sudah berada tepat dihadapan mukanya....Zakwan sudah mengagak inilah pengakhirannya....Lembaga tadi menghayunkan tangannya ke muka Zakwan...Segalanya sudah berakhir...

&&&&&&&&&&&

Zakwan,seorang pemuda yang bekerja sebagai 'mat despatch' di sebuah syarikat milik datuknya.Zakwan hidup dalam sederhana sedangkan keluarganya hidup dalam kemewahan.Keluarga mereka mempunyai sebuah rumah agam persendirian.Walaupun begitu,Zakwan tidak suka hidup dengan harta keluarganya yang melimpah-ruah itu.Dia lebih suka hidup berdikari tanpa sebarang kongkongan daripada keluarga tercinta.Zakwan selalu diberi tawaran kerja oleh ayahnya sebagai CEO di syarikat milik ayahnya tapi dia menolak,dia lebih suka berusaha berbanding diberi kongkongan.

Suatu hari,sewaktu sedang melakukan penghantaran,Zakwan didatangi oleh seorang lelaki yang mempunyai gaya ala ala bodyguard mempunyai paras rupa seperti anak kacukan inggeris-melayu.Lelaki tersebut menggelarkan dirinya sebagai Ejen Malcovic.Seperti yang dijangkakan,memang anak kacukan inggeris-melayu.

"kau Ahmad Zakwan? ada perkara yang perlu dibincangkan dengan kau" kata lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Ejen Malcovic.

"Apa yang penting sangat tu Encik? saya ada banyak kerja lagi ni" kata Zakwan sebagai alasan untuk melarikan diri.

"aku kata penting,jadi ianya penting....Kau jangan cuba nak mengelak....Benda ni akan selamatkan kau,Keluarga kau,dan dunia ni nanti" kata Ejen Malcovic sambil mencengkam lengan Zakwan yang ingin melarikan diri dari awal lagi.

Zakwan tidak tahan dengan perangai lelaki itu.Lalu,Zakwan melepaskan sedas tumbukan padu tepat di muka Ejen Malcovic itu,tapi seperti ianya tidak memberi kesan...Ejen Malcovic membalas tumbukan itu dengan sedas lagi tumbukan padu,tetapi tumbukan milik Ejen Malcovic lebih kuat dan lebih padu...
Zakwan terkejut dengan kekuatan tersebut...

"kalau kau nak tahu tentang semua ni....Kau tunggu,aku akan ceritakan semuanya" kata Ejen Malcovic.

"kekuatan yang aku ada ni,bukanlah kekuatan sebenar aku.Aku dapat semua ni lepas aku dijadikan bahan eksperimen untuk projek yang sangat bernilai...Projek tu digelar sebagai JINX SQUADRON PROJECT...Projek tersebut adalah projek untuk mencipta tentera yang lebih berkuasa...tetapi,yang menjadi masalahnya ialah seorang jutawan mafia telah membeli secara paksa projek untuk kegiatan jenayah yang merbahaya....aku adalah bahan eksperimen yang terlepas,dan ini amanah daripada Dr.Ahmad Zainuddin Xavier...Seorang pencipta formula penting dalam projek ni...Dia suruh aku cari kau untuk sertai misi ni....aku harap boleh terima tawaran ni...Ianya penting...Sebab kau adalah target penting dalam projek tu." terang Ejen Malcovic tentang misi sebenar dia.

"apa yang aku dapat kalau aku join misi ni...?" tanya Zakwan

"itu aku akan terangkan dalam pesawat nanti" kata Ejen Malcovic

"pesawat...?" terkejut Zakwan mendengar kata-kata Ejen Malcovic.

sewaktu di dalam kereta vgt milik Ejen Malcovic untuk ke lapangan terbang...

"kau akan ceritakan segalanya...Kat aku nanti,aku tak mintak banyak...." kata Zakwan melepaskan perasaan ingin tahunya.

"apa yang kau nak tahu...? setahu aku,aku dah ceritakan semuanya...Kau masih tak puas hati lagi dengan misi ni ke? Ouh ya,minta maaf layan kau dengan kasar tadi..." kata Ejen Malcovic.

"Itu aku dah maafkan,lupakan tentang itu.Aku cuma nak tahu,apa sebenarnya kepentingan aku? apa peranan aku dalam semua ni....Dengan siapa aku akan bekerjasama?" tanya Zakwan.

"kau pasti akan teruja bila aku akan bagitahu tentang itu..." kata Ejen Malcovic.

XERO XEROWhere stories live. Discover now