BAB 3=>GERILA BAHAYA

0 0 0
                                        

           Seluruh squad mendarat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.Mereka semua mendarat di hadapan sebuah bunker markas usang.Misi ini bukan misi biasa.

"kita akan lawan makhluk yang merentasi imaginasi akal fikiran kita,sebab kawasan ini bukan kawasan biasa" kata Eddy,selepas melihat papan tanda BIOHAZARD dan RADIOACTIVE pada pagar masuk bunker tersebut.

"mungkin aku boleh lihat apa ada kat dalam sana guna kuasa manipulasi mimpi aku" kata Zakwan dengan yakinnya sambil meletakkan dua jari di sisi kepalanya.

         Zakwan terkejut selepas melihat sesuatu yang amat mengerikan yang tinggal didalam bunker tersebut.Ahli squad yang lain pun pelik melihat apa yang berlaku pada Zakwan.

"apa yang kau nampak,Zakwan?" tanya Tila.

"ada sesuatu dalam sana...aku tak tau apa benda tu...Tapi,benda tu memang sedang tunggu kita...dia tahu tentang kehadiran kita dari awal lagi..." terang Zakwan.

"benda ni kita tak boleh buat main...Kita dihantar ke sini tanpa strategi yang tepat...Apa yang kita ade hanya rancangan lama" kata Eddy pada ahli squad yang lain.

rasa takut menguasai diri mereka.Resah gelisah.

"aku rasa,aku ada rancangan..." kata Zakwan memberi pendapat.

"naice!!!" kata Akid

"apa rancangannya?" tanya Eddy.

"begini...Akid,kau pergi ke bunker tengah...matikan suis penanam.Eddy,kau pecahkan dinding atas bunker dan hidupkan suis perantara.Tila,kau bentukkan besi-besi ni jadi pagar penghadang dan kepung seluruh kawasan bunker" kata Zakwan menerangkan strategi mereka.

"kau pulak?" tanya Eddy.

"aku akan cuba hadap makhluk tu sendiri" kata Zakwan dengan perasaan takut.

"bahaya laa,Kau bukannya ada kuasa macam aku" kata Eddy dengan berlagaknya.

"makhluk ini lahir dari mimpi ngeri...Jadi,biar aku settlekan makhluk tu...Apa-apa hal aku nak Eddy tolong aku...Yang lain cuba panggil Anna secepat mungkin...Aku akan pastikan tiada siapa mati hari ni" Kata Zakwan.

"SQUAD...Mula..." kata Eddy kepada seluruh squad.

"apa yang kau buat tu Akid?" tanya Tila pada Akid.

"aku tengah fikir nama squad...Aku rasa nama ni sesuai sangat" kata Akid.

"apa dia?" tanya Tila

"XERO XERO" kata Akid.

"korang....Aku dapat rasakan sesuatu..." kata Zakwan.

"squad...Ready! kita akan mulakan operasi kita..." kata Eddy.

           Mereka mulakan langkah mereka ke dalam lapisan pertama bunker.Bunker itu terdapat 5 lapisan ruang.Setiap ruang menyimpan rahsia tersendiri.Mengikut rancangan Zakwan,Akid perlu pergi ke bunker satu lagi yang menyimpan bekalan kuasa ataupun ianya digelar bunker kuasa.Tugas Akid adalah mematikan bekalan penanam iaitu bekalan yang menggunkan tenaga bawah tanah supaya bekalan yang digunakan hanya bekalan bantuan.Tugas Eddy pula,dia perlu masuk ke lapisan kedua bunker,dan terbang keatas lalu pecahkan siling lapisan bunker kelima.Cara ialah cara untuk mengehadkan pergerakan makhluk tersebut supaya kerja mereka mudah.Tugas Tila pula perlu mengepung seluruh kawasan bunker supaya makhluk tersebut tidak boleh lari jauh.
Akhir sekali,Zakwan pula dia akan berbicara atau lawan makhluk tersebut secara bersemuka.

       Tugas mereka kali ni pasti amat mencabar dan rumit.Kerana mereka belum pernah menghadap makhluk mimpi ngeri seperti ini.Mahupun begitu,mereka masih belum mendapat gambaran jelas mengenai rupa makhluk tersebut.

        Langkah mereka agak rancak di awalnya...Tetapi gentar mereka yang membuat langkah mereka semakin perlahan dan lambat.

"jangan takut,teruskan jalan kita akan selamat..." kata Zakwan dengan penuh ragu.

"misi ini antara misi penting kita...Jangan hampakan squad yang lebih elite,kita kena tunjukkan yang kita ni professional dan terlatih" kata Tila pada ahli squad yang lain.

XERO XEROWhere stories live. Discover now