BAB 2=>SQUAD,SEDIA

1 0 0
                                        

Jam 1435
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Zakwan bersama Ejen Malcovic baru saja tiba setelah 2 jam perjalanan.Mereka berjalan ke arah sebuah pesawat persendirian berwarna hitam.Kelihatan beberapa orang yang berdiri di hadapan pintu pesawat itu,sepertinya mereka menunggu kehadiran Zakwan dan Ejen Malcovic.

"SQUAD,SEDIA!!!" teriak Ejen Malcovic memberi arahan kepada kumpulan yang berada di hadapan pintu pesawat tersebut.

"SEDIAAAA!" teriak kumpulan tersebut menyahut seruan Ejen Malcovic.

Pada asalnya,Zakwan tidak percaya bahawa Ejen Malcovic merupakan ketua squad tersebut.Selepas melihat aksi tersebut,dia juga merasakan bahawa dia akan bersatu dengan squad tersebut.

"SQUAD!!! perhatian...Kamu semua,perkenalkan Zakwan...
Dia adalah the chosen of the project...Dia adalah ahli yang dipilih oleh Dr.Zainuddin sendiri...Bantu dia...Dia mempunyai kuasa 'dream traveller'...Dia perlukan latihan untuk mengawal dan menggunakan kuasa dia...Jadi,bantu dia....FAHAM?!" terang Ejen Malcovic kepada squadnya.

"FAHAM TUAN!!" teriak mereka semua.

Zakwan terkejut dengan ucapan Ejen Malcovic.'Sejak bila aku ada kuasa?' bisik hati Zakwan.

"ouh ya Zakwan,aku lupa nak bagitau kau tentang siapa sebenarnya kau...Tapi,aku tak ada masa nak terangkan...Jadi,untuk jawab semua persoalan kau,kau kena terus melakukan tugasan pertama kau bersama squad...Aku akan hantar kau dan squad kau untuk melakukan operasi" kata Ejen Malcovic sambil menyerahkan sut squad dan peralatan menyelamat.

"kami semua ada kuasa...Tapi,berbeza-beza laaa...Nama aku Eddy or alter-ego aku META....Kuasa aku kekuatan 10 ekor gajah afrika,boleh terbang,dan kepantasan super-sonik...Or orang panggil superman of south...Kulit aku kalis peluru...Selamat berkenalan!!" Eddy memperkenalkan diri sambil menghulur tangan untuk berjabat tangan.

Zakwan menyambut huluran tangan Eddy dengan seikhlas mungkin.

"yo...!nama aku Akid,atau kau boleh panggil aku KID...macam biasa,aku ada kuasa jugak...Kuasa aku kepantasan kilat!..aku laju dan bergerak dalam perubahan masa...NICE TO MEET YOU BRO!!!" kata Akid dengan riangnya.

datang seorang perempuan kearah mereka

perempuan tadi berjalan ke arah Zakwan...

"Zakwan,right?" tanya perempuan tadi.

"ya,saya" kata Zakwan.

"nama saya Tila,or lebih dikenali sebagai LADY-T...aku mutan penukar molekul kental serta mengawal besi,welder kononnya" kata perempuan tadi memperkenalkan dirinya kepada Zakwan,dan menggelarkan dirinya sebagai Tila.

"saya pulak Anna...Saya pengawal aturcara kumpulan dan kawalan data serta sistem maklumat komputer pasukan...
Semoga kita bekerjasama dengan baik..." sampuk seorang perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai Anna.

"sekarang kau dah kenal ahli pasukan kau,Zakwan?" tanya Ejen Malcovic tanpa disedari kehadirannya.

"sudah..." kata Zakwan.

"bagus" kata Ejen Malcovic.

pintu pesawat dibuka oleh Ejen Malcovic,angin graviti membuat keadaan jadi semakin riuh.

"SQUAD SEDIA!!! INI ADALAH MISI PERTAMA ZAKWAN...JADI,KAMU SEMUA BANTU DIA...FAHAM??!" kata Ejen Malcovic dengan nada terjerit kerana risau pasukan tidak dengar semua arahannya.

"FAHAM TUAN" sahut seluruh squad.

"semoga berjaya" kata Ejen Malcovic.

Seluruh squad melakukan terjunan.Seorang demi seorang terjun dari pesawat.Akhir sekali yang melakukan terjunan ialah Zakwan.Manakala Anna tidak perlu terjun kerana dia hanya pengawal aturcara sahaja.

Zakwan tidak pernah rasa sebegini,rasa yang amat asing dari diri dia,dia terasa amat penting,dia bangga,dia tahu inilah kerja yang dia sentiasa fikirkan,kuasa dia iaitu manipulasi mimpi,mungkin dia telah masuk kedalam mimpi sesiapa dalam squad ni sebelum ini.

'itu fikir kemudian...Sekarang,aku kena fokus dalam misi ni' bisik hati Zakwan.

XERO XEROWhere stories live. Discover now