Peristiwa yang berlegar di ingatannya membuatkan dia berasa amat malu sekiranya berhadapan dengan suaminya Hakim.
Flashback
Amilyn merasakan tidurnya diganggu. Dia merasakan ada sesuatu yang bermain di kulit mukanya lalu dia menepis benda itu. Benda itu masih mengacau tidurnya. Dia tidak boleh melelapkan matanya lagi sejurus itu dia terus membuka kelopak matanya. Apabila dia bangun dia terus terkejut kerana sewaktu itu dia sedang memeluk Hakim dengan sangat erat. Dia terus menolak Hakim lalu berlalu ke bilik air. Hakim hanya tersenyum melihat telatah istetinya itu.
" Haishh sedapnya orang tu peluk abang ! " usik Hakim dari luar bilik mandi
" Eeeeeeeeee.. Kim jangan ingat Amilyn tidak dengar ! " jerit lyn dari dalam bilik air.
Hakim hanya tergelak lalu bangun dari katil dan mengemaskan katil itu. Ini adalah salah satu cara untuk meringankan kerja isterinya itu
End Flashback
Amilyn berjalan melepasi tangga. Tiba - tiba Hakim berjalan ke arahnya dan Amilyn mengambil langkah pantas untuk melarikan diri. Akan tetapi niat yang dipasang oleh lyn itu telah dipatahkan oleh Hakim sendiri. Hakim dengan pantasnya menarik tangan lyn lalu lyn tertarik ke arah Hakim dan berada di dalam pelukan Hakim.
Deru nafas Hakim terasa di batang leher Amilyn. Dengan ketinggian Hakim yang tinggi itu membuatkan diri Hakim lebih mudah untuk mengawal Amilyn.
Jatung berdetak dengan sangat laju seperti baru mengabiskan track larian 1000m. Akan tetapi lyn berjaya mengawal dirinya.
Keadaan mereka berpelukan sempat dilihat oleh mama dan papa Hakim. Mereka hanya tersenyum dan memberikan ruang kepada anaknya untuk membetulkan apa yang patut dibetulkan.
Dengan perlahan, Hakim melonggarkan pelukan dari badan Amilyn. Dia tidak melepaskan tangan Amilyn kerana dia tahu sekiranya dia melepaskan tangan lyn pasti lyn akan melarikan diri lagi dan masalah ini tidak akan selesai sampai bila - bila.
" Puteri Amilyn " panggil Hakim lembut.
Amilyn melihat ke arah Hakim dan hanya mendiamkan diri.
Hakim yang melihat Amilyn tidak memberikan apa - apa respon terus memulakan bicaranya.
" Jom kita pergi taman dekat laman rumah, kita selesaikan semuanya " ajak Hakim.
Amilyn menaggukan kepalanya sebagai tanda bersetuju dan mengikut langkah Hakim dari belakang.
Taman di laman rumah
Hakim mengambil tempat di bangku yang sudah disediakan itu diikuti oleh Amilyn . Mereka berdua diam membisu untuk seketika waktu ( Maaf ayat saya macam keling)
Hakim memulakan bicaranya selepas lama berdiam diri . " Puteri Amilyn " panggil Hakim
Amilyn yang mendengar namanya dipanggil itu terus memandang ke arah suaminya itu . Dia melemparkan segaris senyuman yang amat manis setelah 5 tahun dia tidak menampakkan senyuman manisnya itu . ( ok ayat keling lagi )
Hakim berasa lega kerana menerimai " respon " dari isteri tercintanya itu
" Sayangku Puteri Amilyn " panggil Hakim
Amilyn memandang ke arah Hakim lalu " ye saya "
Hakim menghembuskan nafasnya. "sayang pertama sekali tolong maafkan abang terlebih dahulu. Abang banyak salah dengan sayang " kata Hakim
Amilyn masih terdiam.
Hakim yang melihat Amilyn tidak memberikan apa apa riaksi terus meneruskan percakapannya.
" Huh.. Abang terpaksa pergi meninggalkan Amilyn dulu atas faktor kesihatan abang juga. Abang tak nak Amilyn sedih sekiranya tahu abang berpenyakit. Alhamdulillah selama 5 tahun abang dekat london, penyakit abang sudah pulih sepenuhnya. Kalau sayang nak tanya pasal perempuan yang selalu dengan abang itu,abang akam jelaskan sekarang. Perempuan itu adalah doktor peribadi yang merawat abang. Abang yang paksa dia suruh berlakon jadi kekasih gelap abang untuk buat Amilyn benci dengan abang.
Abang mintak maaf sayang. Abang tiada masa Amilyn habis spm, hari graduasi dan masih Amilyn susah. Tapi satu sahaja Amilyn kena tahu. Amilyn tidak pernah lepas dari pandangan abang selama 5 tahun itu. Abang hanya perhatikan lyn dari jauh. Kerana abang tahu belum tiba masanya untuk abang kembali ke pangkuan lyn. Tapi sekarang adalah masa yang amat sesuai. " terang Hakim
Hakim rasa ini adalah masa yang amat sesuai untuk dirinya bersama Amilyn " Puteri Amilyn sudikah sayang menerima abang kembali " Hakim confess perasaannya kepada Amilyn
Amilyn tergamam dengan kata - kata Hakim itu. Selama ini dia sudah banyak prasangka dengan suaminya itu. Titisan air mata mula membasahi kedua belah pipinya itu.
" Puteri Amilyn sudikah sayang menerima abang kembali "
Ayat yang diluahkan oleh Hakim membuatkan air matanya menuruni dengan lebih lebat. Dia menaggukan kepalanya lantas terus memeluk Hakim.
" Abang Amilyn rindu abang " kata Amilyn sambil menangis tersendu sendu.
Hakim membalas pelukkan Amilyn lalu menggosok belakang badan Amilyn untuk menenangkannya.
#penulisanbudakii
Hello guys sorry for late update .. Sorry again sebab cara penulisan saya x matang. saya harap awak semua terhibur. Jgn lupa vote dan comment.. Dan selepas ini saya rasa saya terpaksa privatekan story ni sebab saya rasa mcm ada unsur ii cerita dekat nk sama dgn story saya.. Sorry again..
YOU ARE READING
Kau Milikku [✔️]
RomanceTAMAT ! START : 30/12/2017 FINISH : 26/10/2018 " Asalammualaikum walid, perkara apa yang walid ingin membincangkan itu ? " tanya Lyn " walaikumusalam anak walid ni, duduk dulu ? " kata walidnya " sebenarnya walid nak kahwinkan Lyn dengan anak k...