<BAB 2>

1 0 0
                                    

             Beliau terbangun dari tidur dan terlihat seperti beliau tidur di dalam gua.Bajunya koyak-rabak.Beliau tidak ingat apa yang berlaku malam tadi.Beliau lihat tangan dan kemeja dalamnya dipenuhi darah.Beliau langsung tidak ingat apa yang berlaku malam tadi.Beliau berjalan keluar dari hutan.Nasib baiklah telefon bimbitnya masih ada.Beliau melihat paparan pada skrin.Beliau melihat muka beliau dan terlihat bayangan orang lain.Bayangan tu berbicara dengan Dr.Jekyll.

"Dr.Jekyll....Kau adalah penggantinya,hahahahaha" kata bayangan itu.

"siapa kau? apa kau nak?" tanya Dr.Jekyll.

"nama aku Hyde,Kau boleh panggil aku Mr.Hyde...Mungkin kau tak kenal aku secara jelas...Tapi,aku adalah kau...Aku adalah sifat negatif disebalik semua sifat positif kau...Kau tak pandai kawal aku,kau akan binasa...Hahahahahahahahaha" kata bayangan bernama Hyde itu dengan penuh riang.

"aku nak kau keluar dari badan aku sekarang jugak..." arah Dr.Jekyll pada Hyde.

"kau takkan dapat halang aku...Hahahahahahaha" kata bayangan bernama Hyde itu lalu terus lenyap.

         Dr.Jekyll terus keluar dan mencari Steven selepas mendapat panggilan dari Steven mengatakan bahawa Steven sudah sampai.

sewaktu didalam kereta.

"Doktor...doktor pergi ke mana? sampai 3 hari tak balik rumah...saya risau sangat..." Tanya Steven dengan kerisauan sambil memandu keretanya.

"kenapa kamu risau sangat? saya tak kemana lah! saya cuma ada urusan kecemasan..." kata Dr.Jekyll

"bukan apa doktor...Doktor tau tak apa jadi kat bandar? lagipun doktor ada banyak kajian nak diselesaikan..." terang Steven lagi.

"apa yang terjadi kat bandar?" tanya Dr.Jekyll.

"bandar kita diserang oleh raksasa...Tak tau la raksasa apa...Tapi,orang awam kata raksasa tu serupa serigala jadian...raksasa tu dah bunuh lebih 15 orang awam dalam satu malam..." terang Steven lagi.

"hmmm...Itu saya akan cuba cari jawapan" kata Dr.Jekyll selepas dengar berita dari Steven.

          Mereka sampai di rumah Dr.Jekyll beberapa minit kemudian.Dr.Jekyll masuk kedalam rumah dan terus duduk diatas sofa kesayangannya untuk berehat.Steven sudah pulang,kerana banyak kerja dia ingin lakukan.

         Dr.Jekyll naik kebiliknya untuk mandi dan membersihkan diri.Selepas itu,dia terfikir dia ingin ke makmal untuk menyiapkan tugasannya yang berlambak itu.

            Setelah bersiap,Beliau ingin melihat jika ada panggilan masuk kedalam telefon bimbitnya.Beliau terlihat ada nombor yang tidak dikenali telah menelefonnya.Beliau menekan nombor tersebut untuk membuat panggilan semula,secara tiba-tiba paparan pada telefonnya terpadam.Dr.Jekyll terkejut dan mengetuk-ngetuk skrin telefon bimbitnya.
Secara tiba-tiba,bayangan wajah Mr.Hyde keluar di paparan skrin telefon bimbitnya.

"hai doktor....Apa khabar doktor?...Hahahahahahaha" sapa Mr.Hyde pada Dr.Jekyll.

"kau....Apa lagi kau nak? kau dah buat aku bunuh 15 orang yang tak bersalah,tau tak? kau tak puas hati lagikah? jangan ganggu hidup aku lagi!" gertak Dr.Jekyll pada Mr.Hyde.

"rileks doktor,bertenang...Kau akan rasa puas lepas kau buat semua ni...aku dah tolong kau...Hahahahahahah!" kata Mr.Hyde pada Dr.Jekyll.

"DIAM!!!aku tak nak dengar apa kau cakap!" gertak Dr.Jekyll.

"HAHAHAHHAHAHH...KAU TAKKAN DAPAT HALANG AKU...SEMUA NI AKAN BERKAHIR LEPAS KAU DAH JUMPA KESALAHAN DAN PERBUATAN TERJAHAT KAU...DAN,INGAT...AKU ADALAH KAU...HAHAHAH" kata Mr.Hyde lalu terus lenyap dari paparan.

"BERAMBUUUUUUS!!!!" jerit Dr.Jekyll pada skrin telefon bimbitnya.

            Dr.Jekyll duduk sambil mengurut-urut kepalanya.Pening hendak memikirkan masalah yang makin bertimbun dalam hidupnya.'Apa akan jadi selepas ini' bisik hati Dr.Jekyll.

AKU DALAM DIAWhere stories live. Discover now