Terdapat beberapa kesilapan wanita tentang aurat:
Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua : Bertudung tetapj ber' T-Shirt ' berlengan pendek.
Ketiga : Bertudung tetapi baju dan skirt terbelah kainnya.
Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'. ( yang macam ni boleh dikatakan macam takda pakai apa-apa ataupun telanjang )
Kelima : Bertudung tetapi menayangkan jambul.
Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke brlakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan dan tidak memakai stoking.
Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan sehingga menampakkan kulit lengan.
#HenshinMuslimah.
