Aku Cuma An-Nisa'

229 19 0
                                    

Ya Allah,
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah,
Sehingga dirinya digelar afifah solehah.
Dialah wanita pertama.
Tiada ragu mengucap syahadah.
Pengorbanan bersama Rasulullah,
Susah senang bersama.
Walau hilang harta kerana berdakwah,
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan lamanya sedikit pun tak berubah.
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah.
Baru dihina sudah mengalah.
Ya Allah, tabahkan aku sepertinya.

Ya Allah,
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah,
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda,
Anak yang semulia peribadi baginda,
Tangannya lah yang membersihkan luka.
Tangannya jua yang membersihkan cela.
Pada jasad Rasulullah tercinta,
Gagahnya diri pada dugaan.
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa.
Saat disakiti maki pula mengganti.
Ya Rabbi, teguhkan hatiku sepertinya.

Ya Allah,
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumayyah.

Tukang sisir yang beriman dan,
Keluarga Yasir yang bertaqwa,
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia.
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan.
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia,
Entah mana hilangnya iman di dada.
Ya Rahman,
Kuatkan imanku seperti Masyitah.
Terjun penuh yakin bersama bayi ke dalam kuali mendidih.
Kerana yakin Allah pasti disisi.
Sabarkan aku seperti Sumayyah.
Biar tombak menusuk jasad,
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah,
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim.
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman,
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah.
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri kepada suami,
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari Uhud disambut dengan belakang jasad Abu Talhah.
Ya Allah,
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,
Tinggi nilai cinta pada harga iman.
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa menjadi pilihan.
Ketulusan iman diketepikan Ya Allah.
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya.

Ya Allah,
Jadikan aku sehebat Aisyah Humaira.
Isteri termuda Rasulullah.
Biar dilempar fitnah,
Dia tetap teguh pada ketetapanNya.
Isteri sejati yang memangku Nabi.
Pada saat terakhir baginda,
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan.
Betapa mulia hatimu seorang mujahidah.
Ya Allah,
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah melanda,
Diri mula goyah dan putus asa.
Teguhakn imanku sepertinya,
Ya Rahim.

Ya Allah,
Teringat diri pada Khansa.
Empat orang anaknya mati di jalan Allah.
Dia meratap tangis.
Anak sulungnya syahid,
Anak keduanya turut syahid,
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid.
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad.
Ya Allah,
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedangkan anak tinggal solat pun buat tak kisah.
Berikan aku kekuatan sepertinya.
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaun Adam yang bergelar Khalifah,
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah,
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumayyah,
Mahupun sehebat Ummu Sulaim,
Dan tidak seteguh Aisyah Humaira.
Keran diri cuma An-Nisa' akhir zaman.
Dimana aurat semakin dibuka terdedah.
Dimana syahadah hanya pada nama.
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama.
Dimana batas sentiasa dileraikan.
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan.

Wahai kaun Hawa,
Kita cuma An-Nisa',
Para pendosa yang terbanyak di neraka.
Lantas walau tak setabah para Mujahidah.
Namun tabahlah pada ketetapan Allah,
Kerana padanya ada syurga.
Walau tak semulia para wanita sirah,
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara.
Kerana padanya ada pahala.
Walau tak sesabar para wanita solehah,
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa.
Kerana padanya ada bahagia.

Sesungguhnya Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam.
Bukan untuk ditindas kerana lemah,
Tapi untuk dilindungi kerana indah dan indah apabila tertutup terpelihara.
Kerana disitulah terjaganya syahadah.
Bak mekarnya wanita dalam sirah.
Tuntunlah kami ke arah syurga.
Bicara dari An-Nisa' yang hina.
Makbulkan doaku.
Aamiin Ya Rabbal A'lamin

QuotesWhere stories live. Discover now