IS 01

2K 106 15
                                    

" Kenapa korang semua ni tak tidur lagi ? Dah lewat malam ni. " Satu suara garau bergema di ruang tamu, serta merta 4 orang manusia yang berada di tingkat bawah itu mendongak memandang tuan empunya suara. Masing-masing tersengih kecil kecuali Lisa, langsung tidak beriak.

" Belum mengantuk lagi " Jawab Seulgi sambil melabuhkan punggung di sofa berdekatan. Lisa juga turut melabuhkan punggung nya di sebelah Seulgi sambil tangan dipanjangkan mengambil butir-butir popcorn lalu disuakan ke mulut.

" Pergilah tidur, nanti esok liat hendak bangun " arah appa Jeon, kali ini bernada tegas. Kecut perut Seulgi mendengarnya. Jimin dan Jungkook yang sedang bermain permainan video juga serta merta berhenti.

" Jungkook, bawa isteri kamu tu ke bilik, dia penat tu. " Arah appa Jeon kepada Jungkook. Jungkook mencebik bibir, telefon di simpan ke dalam kocek seluar, lalu dia memboloskan diri diikuti Lisa.

Jk room's

Sebaik sahaja pintu dikunci rapat, Jungkook terus mengalihkan pandangan kepada Lisa yang sedang sibuk membuka aksesori-aksesori yang dihiaskan pada dirinya.

" Kau pack barang-barang kau, esok pindah rumah aku " datar sahaja suara Jungkook kedengaran, tiada intonasi lembut. Lisa yang sedang melihat biasan diri di cermin terus menggeletar satu badan.

Sehabis sahaja Lisa membuka aksesorinya, dia terus mengambil towel bewarna merah lalu dia menapak ke kamar mandi.

Belum sempat Lisa ingin memboloskan diri ke kamar mandi, pergelangan tanganya di rangkul erat oleh Jungkook membuatkan dia berpaling ke belakang.

" Bawa baju salinan kau, pakai dekat tandas " sejurus itu cengkaman di lepaskan. Lisa yang seakan-akan faham terus sahaja mengambil baju pijama nya lalu memboloskan diri ke kamar mandi.

Lisa's pov

Aku mengunci pintu kamar mandi, belakang tubuh aku sandarkan ke pintu, mata di katup rapat, perlahan-lahan mutiara jernih mengalir membasahi di pipi ku. Aku menutup mulut, cuba menahan esakkan.

Ini bukankah airmata kegembiraan atas perkahwinan ku dengan CEO syarikat PUMA, tetapi ini airmata kekesalan kerana menerima si dia sebagai suami ku.

Di mindaku sudah terngiang-ngiang kata-kata yang membuat ku kesal dengan pernikahan ini. Aku jatuh terduduk.

Flashback

Sejurus sahaja mereka keluar dari butik pakaian, Jungkook terus sahaja menarik hujung lengan baju Lisa lalu di bawa ke lorong yang tidak sesak.

Jungkook melepaskan tangan Lisa, dilihat gadis itu yang sudah tercungap-cungap dek kerana perbuatan mengejut Jungkook yang secara tiba-tiba menarik lengan baju nya.

" Kau, suka dengan perkahwinan ni? " Jungkook menyusun kata-kata, tangan kirinya di masukkan ke dalam kocek seluar, lidah di tolak ke pipi.

Lisa meneguk air liur, kesat. Dia terpegun dengan perbuatan Jungkook, sekali pandang, mampu membuat ramai gadis terjatuh hati.

" Suka " itu sahaja jawapan yang diungkapkan oleh Lisa. Dia tidak boleh menafikan, bahawa dia memang suka akan perkahwinan ini, hal ini kerana supaya dia boleh mengurangkan beban ibu bapanya yang selama ini menanggungnya.

Jungkook tertawa sinis, di hatinya sudah menyumpah seranah gadis di hadapanya ini. Ditilik gadis itu dari atas hingga bawah, langsung tiada apa-apa yang menarik perhatianya untuk mencintai gadis itu.

Gadis yang berada dihadapanya langsung tidak sama dengan Mi Young, cinta hatinya. Mi Young dan Lisa sungguh berbeza, Pada pandangan Jungkook terhadap Lisa, Lisa seorang yang tidak pandai berfesyen. Pakaianya sungguh ketinggalan zaman, Lisa juga tidak pernah mengenakan make-up, cukup sekadar berbedak bagi menampakkan yang Lisa tidak suka ber make-up.

Mi Young pula, langsung membuatkan rahang Jungkook membahang. Bukan pada Jungkook sahaja, tapi pada semua lelaki yang berada di luar sana. Jungkook di kira orang yang bertuah kerana telah mengambil hati Mi Young yang susah hendak menerima seseorang itu hadir ke dalam hidupnya.

" Tapi aku tak suka " Lisa kaku. Dia yang sedang membelek-belek baju pengantinya terus sahaja terhenti perbuatanya. Bibirnya bergetar, jantungnya seakan-akan terhenti, peluh ligat meluncur laju membasahi dahi.

" Kau bertuah sebab jadi Isteri aku, tapi kau tak bertuah sebab jadi isteri simpanan aku. Kau simpan sahajalah harapan hendak bahagia dengan aku. Sebab harapan tu akan sakiti kau, aku ada Mi Young, Mi Young sahaja yang boleh buat aku bahagia dan bukanya kau "

 Sebab harapan tu akan sakiti kau, aku ada Mi Young, Mi Young sahaja yang boleh buat aku bahagia dan bukanya kau "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC ❤

Kepada sesiapa yang tak suka Idol X Idol , Taekah minta maaf, Taekah cuma nak buat fanficton Lisa. Dan maaf sebab jadikan Jungkook sebagai hero dia 😢. Jangan marah saya ya Jungkook stan.

S T A T U S

《 ON GOING 》

Isteri Simpanan + LisaWhere stories live. Discover now