IS 02

1.5K 102 10
                                    

Lisa yang sudah lengkap berpakaian pijama itu duduk di hadapan meja solek. Rambutnya yang masih lembab itu di keringkan.

Matanya tidak lepas memandang Jungkook yang sedang duduk di birai katil sambil menghadap laptop. Jari jemari runcingnya menari-nari di atas papan kekunci, sesekali dia membetulkan kaca mata bulatnya yang terlorot.

" Kau kenapa pandang aku macam tu ? " tersentak terus Lisa dari lamunan, dia segera mengalihkan pandanganya ke atas riba. Soalan tadi di biarkan tanpa jawapan. Jungkook mendengus geram. Dia meletak laptop nya di katil. Dia bangun dan menuju ke arah Lisa.

Di tarik tangan Lisa menyebabkan dia langsung terbangun dari duduknya. Tanganya dicengkam kuat oleh Jungkook, Lisa mengadu kesakitan, tanganya memegang tangan Jungkook, cuba untuk melepaskan cengkaman.

" A-awak s-sakit isk " Bergelinangan air mata Lisa saat cengkaman makin dikuatkan. Wajah bengis Jungkook dipandang dengan pandangan yang redup. Apa salah dia ?

" Kau tak ada hak nak pandang aku. Kau jijik ! Aku tak suka manusia sampah macam kau pandang aku ! " seoktaf suara Jungkook naik. Terhinjut bahu Lisa kerana takut. Hanya kerana mata hazel Lisa memandang lelaki itu, dia boleh marah sebegini rupa ?

Airmata hampir-hampir sahaja tumpah, dia mengesat airmata di tubir matanya. Dia tidak boleh menunjukkan yang dia lemah di mata lelaki seperti Jungkook.

" Kau dengar sini eh. Hanya Mi Young sahaja yang boleh pandang aku ! Dan bukanya kau ! Kau tak layak. Kau sampah ! Aku jijik dengan perempuan murahan macam kau ! Lahir dari keluarga yang kurang berada "

Jungkook melepaskan cengkaman. Dia meraup kasar wajahnya. Lisa yang jatuh terduduk dipandang sepi, dia mengambil kunci keretanya lalu keluar dari bilik itu bersama laptop nya.

Hilang terus mood Jungkook hendak menyiapkan kerjanya di bilik itu. Lisa menangis sepuas yang boleh, dia memegang tanganya yang terasa sengal itu.

" Apa salah aku ? " soalan itu balik-balik keluar dari bibir mungil Lisa. Sepanjang malam itu, dia hanya menangis, meraung, dan tidurnya hanya bertemankan kesedihan. Hanya bulan, bintang dan semua yang berada di bilik itu dapat menyaksikan perilaku Jungkook terhadap Lisa.

TBC ❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC ❤

Sorry for shortchapter 😢, Taekah janji ini yang terakhir :'*) aku pun banyak kali fikir okay nak pub this chapter or not sebab em pendek sangat 😩

Isteri Simpanan + LisaWhere stories live. Discover now