IS 04

1.4K 110 7
                                    


Dicampak tubuh kecil Lisa itu di atas katil bersaiz king milik Jungkook. Urat-urat leher timbul di leher putih Jungkook. Mukanya yang bengis cukup membuatkan Lisa menjadi gerun.

Dicengkam rambut coklat Lisa itu dengan kuat, tertarik kepala Lisa. Lisa tidak berhenti-henti menangis, tanganya memegang tangan Jungkook.

" A-Aw-Awak sakit hiks lepaskan " Semakin kuatlah Jungkook mencengkam rambut panjang Lisa itu. Ditarik-tariknya rambut itu. Terjerit-jerit Lisa menahan kesakitan.

" Kau ni memang murahan kan ?! Dah tau status tu isteri orang buat apa nak menggatal dengan lelaki lain ?! "

" Awak dia tu-- " belum sempat Lisa menghabiskan hujahnya, Jungkook menampar kuat pipi mulus Lisa. Lisa memegang pipinya yang terasa panas itu. Terasa tepi bibirnya basah.

" Kau ! Tidur luar ! Aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni ! " Naik seoktaf suara Jungkook. Diheretnya Lisa sehingga ke pintu. Dibuka pintu lalu dicampaknya Lisa ke luar rumah.

Hujan yang membasahi tubuh Lisa di endahkan. Dalam kesakitan dia gagahkan juga berdiri. Dia menapak ke arah satu rumah yang merupakan rumah orang gaji Jungkook. Ianya terletak di halaman belakang.

Terkejut aunty han, orang gaji Jungkook dengan kehadiran majikanya. Segera dia di bawa masuk ke rumah itu.

" kenapa puan ada dekat sini ? Mana tuan Jungkook ? Saya pergi panggilkan kejap " naik panik aunty han apabila melihat majikanya dalam keadaan sakit speerti ini. Lisa meraih tangan aunty han, dia menggeleng lemah.

" J-jangan, Jungkook tak ada dekat rumah. "

" Bagi saya tidur dekat sini aunty han " pinta Lisa separa merayu. Esakkanya kedengaran. Sebak dada aunty han dibuatnya.

" N-nae, mari pergi bilik puan. Saya ubat luka puan " aunty han memapah tubuh Lisa untuk naik ke atas.

****

Jungkook's pov

Aku meneguk wine untuk kali yang ke tujuh. Gelas kecil itu aku buang ke lantai, retak gelas itu. Suasana di carat club itu sangat hening. Lagu yang bergema kuat aku abaikan.

Tiba-tiba, satu tangan menjalar ke badanku. Kepala aku telengkan ke kiri.

" Mi Young " senyuman terbit di bibirku. Dia melabuhkan punggung di atas ribaku. Tanganya merangkul kemas leher ku. Tangan ku melingkar di pinggang nya.

" You ada masalah ke ni ? Hm ? Cuba cerita dekat i " dia mengusap pipiku perlahan. Mendengar sahaja perkataan masalah, wajahku yang manis tadi terus bertukar menjadi dingin.

Aku menolak perlahan tubuh Mi Young, aku beredar dari  Carat Club yang masih aktif itu. Dengan keadaan terhuyung-hayang aku berjalan.

Tiba-tiba, satu tangan meraih tanganku. Aku menoleh ke belakang.

" Kau kenapa ni Jungkook ? " soal Jimin cuak. Aku tersenyum sinis.

" Jungkook ? Kau mabuk ni. Meh aku hantar balik " Jimin memapah tubuh sasa ku. Aku menggeleng laju. Tubuhnya aku tolak kasar.

" Aku taknak b-balik !! "

" Okay-okay kau balik rumah aku " Jimin memapah ku kembali. Kami masuk di kereta Audi yang tidak jauh dari carat club ni. Kereta Jimin meluncur laju meninggalkan kawasan yang dilimpahi dengan pengunjung itu.

*****

Cahaya matahari yang menorobos ke bilik itu membuatkan aku terbangun. Mata aku gosok perlahan bagi menghilangkan rasa mamai. Jam di telefon aku kerling sekilas.

Mata ku meliar memandang segenap ruang bilik ni. Ini bukan bilik aku ataupun bilik Lisa.

Tengah kusyuk aku teliti dekorasi-dekorasi yang terdapat pada bilik ini, Tiba-tiba pintu dikuak dan terpampanglah wajah Jimin yang sedang menatang dulang. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

" Nah " dihulurnya segelas air mineral. Huluran bertukar tangan lalu dengan rakusnya aku meneguk air tersebut. Jimin menghulurkan pinggan yang berisi 3 keping pancake beserta madu yang sudah siap di tuang di atas pancake tersebut.

" Kau mabuk semalam "

" Kau ada apa-apa masalah ke ? " soal Jimin sambil memandang ku yang sedang menjamah sarapan pagi. Aku menghabiskan sisa pancake sejurus itu mataku melirik ke arah Jimin. Aku sekadar menggeleng.

" Kau tak akan sentuh benda tu kalau kau tak stress, ni mesti ada something yang kau sorokkan dari aku "

" Lisa " entah mengapa, terbit pula nama gadis itu dari ulas bibirku ini. Mendengar sahaja namanya membuatkan aku mendengus perlahan. Apa yang aku buat semalam ?

Aku melepaskan tekanan kerja ku terhadap Lisa, aku melepaskan semua kemarahan ku terhadap Lisa walaupun dia tidak bersalah.

Tak payah fikir pasal dia, dia just isteri simpanan kau.

Terus sahaja aku mematikan segala rasa serba salah ku terhadap Lisa. Dia kan isteri simpanan ? Jadi tidak salah jika aku berbuat sedemikian.

" Aku okay, tak ada apa-apa yang perlu aku bagi tahu dekat kau. Aku balik dulu ea ? Cakap dekat Seulgi thanks untuk pancake tu dan thanks sebab bagi aku tidur dekat rumah ni "

Aku terus mencapai kunci kereta lamborghini dan telefon bimbit lalu beredar dari perkarangan rumah Jimin.

****

Tukk tukk tukk

Aku mengetuk sebanyak tiga kali pintu  rumah aunty han yang terletak di halaman belakang rumah ku. Aunty han menguak perlahan pintu, senyuman diberikan kepadaku. Aku tersenyum nipis.

" Ada Lisa tak dalam tu ? " soal ku sambil leher dipanjangkan. Aunty han mengangguk.

" Semalam puan Lisa datang rumah aunty dengan keadaan yang teruk. Entah apa yang jadi dekat rumah tuan, ada pencuri masuk kot. Tapi bila aunty tinjau, tiada apa-apa barang yang hilang atau rosak. Semua nampak tersusun rapi. Bila aunty tanya, puan Lisa cakap dia jatuh dekat bilik air. Tapi tak akan lah sampai lebam-lebam, tepi bibir luka ? "

Aku mengetap bibirku. Aunty han memberi laluan untuk aku masuk. Aku mendaki tangga dan menuju ke bilik yang terletak di hujung selang dua bilik. Aku menguak pintu perlahan. Kelihatan Lisa sedang lena di buai mimpi. Ada juga esakkan yang kedengaran.

badan aku tundukkan sedikit bagi separa, badan Lisa aku angkat dan dengan berhati-hati aku membawanya ke rumah ku. Kedengaran dia mengadu kesakitan, teruk sangat ke aku pukul dia semalam ?

Tiba-tiba telefon dikocek seluar ku bergetar, aku mengambil telefon itu.

My Love ❤

Aku tersenyum suka. Ditekan punat hijau lalu aku dekatkan telefon bimbit ke telinga.

" Sayang i miss you "

TBC ❤

Taekah minta maaf sebab lambat update, nah this is for you my readers ♡

And and Thanks for 33 reads and 13 votes ❤, i love you guys ! Teruskan support Taekah yang masih ingin berkarya ni.

Isteri Simpanan + LisaWhere stories live. Discover now