Chapter 4

3 1 0
                                    

"Nisa,ibu dan ayah tidak mahu kamu menyalahkan diri kamu lagi,semua ini bukan disebabkan kamu,ini ialah takdir Allah SWT,kita harus redha dengan ketentuan Allah",kata ayah dengan sedih.Aku hanya memandang ibu dan ayah yang nazak di bilik hospital yang sama.Aku hanya mengatakan kepada diri aku sendiri bahawa accident ini ialah salah aku,aku yang memaksa ibu dan ayah membelikan aku coklat walaupun telah larut malam dan aku juga tahu yang ayah ialah seorang yang rabun malam.Aku sangat menyesal dan terus nangis di sebelah ibu dan ayah.Tiba-tiba nenek mengajak aku keluar dari bilik itu.Aku tidak mahu keluar dari bilik itu kerana aku mahu menemani ibu dan ayah tapi nenek memengang tanganku dan memaksa aku keluar.Apabila aku keluar,nenek memarahi aku kerana disebabkan aku ibu dan ayah accident. "Ini semua disebabkan kamu Nisa,kau tengoklah ibu dan ayah kamu sekarang,mereka nazak Nisa,kalau mereka meninggal dunia aku hanya akan mempersalahkan kau seumur hidup aku",kata nenek dengan nada yang marah.Aku dengan sayunya berkata "Nek,ini semua ialah takdir Allah itulah yang ayah katakan tadi,"aku berkata sambil air mata mengalir membasahi pipiku.Semasa aku dan nenek sedang bercakap,jururawat memberitahu kami bahawa ibu dan ayah aku telah meninggal dunia sebentar tadi.Aku dan nenek menangis teresak-esak sambil melihat wajah ibu dan ayahku. "Itulah cerita yang sebenar abang dan itulah sebabnya nenek tidak menyukai Nisa",kata aku dengan sayu.Kemudian abang pun memeluk aku dengan kuat sambil nangis teresak-esak,kami dua sangat rindukan ibu dan ayah.Walaupun abang tak pernah hidup bersama-sama dengan aku,ibu dan ayah,abang tetap ada rasa rindu dan kasih terhadap ibu dan ayah.Abang cuma melihat sekeping gambar sahaja untuk mengetahui wajah ibu dan ayah semasa dia pulang ke rumah ini.

Tiada lagi!Rindu?Where stories live. Discover now