Chapter 5

6 1 0
                                    

Selepas keadaan telah tenang,aku bertanya kepada abang tentang bagaimana dia tahu yang dia cuma anak angkat. "Mak dan ayah angkat abang di Kedah yang menceritakan seluruh kisah tetang ibu dan ayah kandung abang di sini",kata abang. "Dulu mak dan ayah angkat abang berkawan baik  dengan ibu dan ayah kita dan mereka pun tahu yang ibu dan ayah tak mampu nak bayar kos hidupan kerana kerja ayah cuma menanam ubi sahaja jadi itulah mak dan ayah angkat abang menolong ibu dan ayah untuk menjaga abang,nenek pun tahu tentang perkara ini",aku mendengar cerita abang itu dengan teliti sekali. "Nenek tak beritahu kamu ke perkara ini",soal abang. "Tak,ibu dan ayah pun tak beritahu",jawab aku. "Tapi kenapa ibu dan ayah tak hantar Nisa je ke Kedah,kenapa abang pula yang dihantar",soal aku lagi. "Sebab kamu ialah seorang perempuan jadi itulah ibu dan ayah hantar abang je ke Kedah",jawab abang dengan tenang sekali.Hermmmmm,keluhanku yang kuat.Sekarang ini abang cuma ada aku dan nenek sahaja.Tibalah masanya abang balik ke Kedah untuk sambung belajar.Tepat pada pukul 9 pagi aku,abang dan nenek tiba di lapangan terbang,abang pergi meninggalkan aku dengan lambaiannya.Keesokan harinya,aku pergi ke sekolah dengan berasa rindu akan abang yang jauh di sana.Nisa!ada suara yang memanggil namaku dengan kuat.Rupa-rupanya itu ialah Anis,kawan baik aku yang selalu ada bila aku susah dan senang.Dia menghampiriku dan kami bersama-sama masuk ke kelas.Semasa sedang berjalan,aku teringat akan abang,aku berasa sedih kerana abang tiada bersama aku lagi.Nisa,kenapa dengan kau ni murung jak dari tadi aku nampak",soal anis dengan bingung. "Tak dah apalah,aku oky",jawab aku dengan rasa ragu-ragu.Kring!lonceng berbunyi menandakan balik sekolah.Aku dan Anis bersama-sama jalan kaki untuk pulang dari sekolah. "Nisa beritahulah aku kenapa dengan kau ni dari mula sekolah sampai habis sekolah kau masi murung lagi",soal Anis dengan berasa ingin tahu jawapannya.aku tidak terkata apa-apa kerana aku hanya teringat akan abang yang aku rindui.

Tiada lagi!Rindu?Where stories live. Discover now