Home Blog Misteri BlogMisteriMitos Misteri Puteri Gunung Ledang, Manusia atau Bunian? By Nenek Kebayan - 5 August 2017 Kisah mengenai Puteri Gunung Ledang telah pun wujud sejak berzaman lagi. Gunung Ledang merupakan sebuah gunung yang terletak di daerah Muar, Johor dan bersempadan dengan Melaka. Lagenda menceritakan bahawa ada seorang puteri yang dikatakan mempunyai rupa paras yang terlalu cantik yang menjaga gunung tersebut dan dipercayai masih mendiami gunung tersebut sehingga kini. Kebanyakan masyarakat Melayu percaya bahawa Puteri Gunung Ledang adalah makhluk bunian yang hidup sejak berabad dahulu dan mendiami Gunung Ledang. Kepercayaan ini dikatakan tidak mustahil bagi masyarakat Melayu kerana bunian juga merupakan antara golongan jin yang diciptakan oleh Allah S.W.T dan hidup di alam ghaib yakni alam yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia biasa. Namun, jika mereka berkehendak, mereka akan menampakkan kewujudan mereka di alam kehidupan manusia. Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang ini masih lagi segar dalam hidup masyarakat Melayu. Bagi mereka yang percaya dengan kekuasaan Allah S.W.T, kewujudan golongan jin yang dikenali sebagai bunian adalah tidak mustahil kerana kekuasaan Allah itu sendiri berada di luar pemikiran manusia. Kepercayaan terhadap Puteri Gunung Ledang sebagai bunian dikuatkan lagi dengan kawasan Gunung Ledang yang merupakan ‘perkampungan’ golongan jin. Menurut Zainurin Sahir yang merupakan seorang pengkaji sejarah di Tangkak, Johor, percaya bahawa Puteri Gunung Ledang merupakan bunian yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Puteri Gunung Ledang ini dikatakan mampu menjelmakan diri sebagai nenek tua bertongkat yang dikenali sebagai nenek kebayan dalam masyarakat Melayu. Puteri Gunung Ledang akan menampakkan dirinya kepada manusia dalam jelmaan nenek kebayan dan kadangkala sebagai seorang puteri yang cantik jelita.
YOU ARE READING
kisah misteri puteri gunung ledang
Mistério / Suspensekisah ini utk mengetahui puteri gunung ledang ini manusia atau bunian