Title : KALUNG
#CIUKS
Chapter 4 (TERUNGKAI RAHSIA)*Di Rumah Aiera*
"AIERAA!!!" Jerit Zahra, Raz dan Meera serentak dan berlari mendapatkan tubuh Aiera yang terbaring kaku di tepi tingkap.
"Aieraa.. kenapa dengan kamu ni? Bangun nak." Kata Meera panik.
"Raazzz.." panggil Zahra ketakutan sambil memegang sesuatu di tangannya.
"😱😱 Iii..ii..ituu." Raz tergamam.
"Kenapa kamu berdua ni? Tolong ibu angkat Aiera dulu." Panggil Meera kuat hingga Zahra dan Raz tersentak dan segera menolong mengangkat Aiera baring di katilnya.
"Apa bendanya tadi tu?!!" Bentak Meera kasar sehingga membuat Zahra dan Raz terkaku di situ.
"Ii..ibuu. Se.. be..nar..nya.. Sebenarnya." Zahra tergagap hendak menjawab pertanyaan Meera.
"Apa sebenarnya! Sebenarnya! Ibu nak tahu sekarang juga apa yang kamu sembunyikan dari ibu?" Tanya Meera lagi garang. Zahra dan Raz duduk menikus di sebelah tubuh Aiera. Raz menarik nafas panjang mencari kekuatannya.
"Sebenarnya kerana ini ibu. Ibu kenal rantai ini?" Tanya Raz pula cuba untuk bertenang. Tiba-tiba Meera merampas rantai itu dan membeleknya.
"Ini. Ini. Mana kamu jumpa benda nie?" Tanya Meera ketakutan.
"Kami ternampak di salah satu pokok hutan yang dekat air terjun, dua hari lepas. Kami betul-betul tak tahu ibu, yang Aiera ada mengambil rantai tersebut. Kami.." belum sempat Raz menghabiskan kata-katanya, Meera sudah memotong cakapnya.
"Apa yang kamu dah buat nie? Kenapa kamu masuk kawasan larangan tu? Kenapa degil sangat kamu ni??" luah Meera sambil menangis teresak-esak. Zahra dan Raz meluru ke arah Meera dan memeluknya.
"Ibuuu.. Raz minta maaf ibu.. Raz dah larang Aiera ke situ ibu, tapi dia degil sangat. Kami takut apa-apa terjadi dekat dia sebab itu kami ikutkan juga dia masuk ke sana." luah Raz dalam tangisan.
"Aiera.. kenapa kamu degil sangat Aiera?? Kenapa kamu ikut macam ayah kamu? Kamu tak kasihan ke dekat ibu??" Rintih Meera dengan esak tangisan yang semakin kuat.
"Apa maksud ibu? Ikut ayah?? Ibu kata ayah meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu kerja dulu??" Tanya Zahra kebingungan. Meera menggeleng-gelengkan kepalanya dengan lemah dengan tangisan yang masih bersisa.
"Ibu terpaksa sembunyikan segala-galanya untuk kebaikan Aiera. Ibu tak nak dia pergi mencari ayahnya. Tapii.." kata Meera tanpa dapat menghabiskan kata-katanya lalu menangis lagi.
********FLASHBACK*********
"Abang, jangan abang. Jangan pergi ke sana abang." Rayu Meera pada suaminya Aiman.
"Meera. Abang kena pergi ke sana. Bukan orang lain yang hilang kali ini Meera. Adik abang sendiri Meera. Abang kena selamatkan dia. Abang kena cuba." Balas Aiman sambil mengemas peralatan yang akan dibawanya.
"Kenapa mesti abang? Alongkan ada. Abang tak kasihankan saya? Tak kasihankan anak kita?" Meera masih lagi merayu agar Aiman membatalkan niatnya untuk ke kawasan larangan itu. Aiman memaut bahu Meera yang masih lagi menangis. Di usap lembut untuk menenangkannya isterinya.
"Sayang. Abang harap sayang faham. Abang sayang sangat dekat Meera dan Aiera. Tapi abang seorang saja lelaki dalam keluarga abang. Ini tanggungjawab abang juga, sayang." Luah Aiman sedih. Meera menatap wajah suaminya.
"Tak apalah abang. Meera benarkan abang pergi tapi dengan 1 syarat." Kata Meera sambil mengelap air matanya.
"Syarat apa itu sayang?" Tanya Aiman lembut.
YOU ARE READING
KALUNG (COMPLETE)
HorreurCerita hanyalaa rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan, itu mungkin secara tidak sengaja. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aiera seorang gadis remaja yang happy go lucky. Enjoy and have fun wi...