PART 3

457 28 0
                                    

Title : KALUNG
#CIUKS
Part 3~

MEERA~

"Cepat laa." Panggil Aiera. Mereka berpandangan dan sama-sama mengejar Aiera. Tidak lama selepas itu mereka tiba di rumah Aiera.

"Okay laa Aiera. Kami balik dulu yer." Kata Raz yang ingin segera pulang. Badannya terasa lemas kerana peluh yang membanjiri tadi.

"Ehh. Tak nak naik dulu ke?" Tanya Meera yang dari tadi memerhati gelagat tiga sahabat dari tingkap ruang tamu.

"Tak apa laa ibu. Raz dengan Zahra nak pulang dulu. Takut mama marah nanti. Dah senja sangat ni kan." Balas Raz. Aiera diam membisu tanpa apa-apa reaksi. Zahra menyentuh lembut bahu Aiera. Aiera seakan tersedar menoleh ke arah Zahra.

"Nak pergi mana?" Tanya Aiera tiba-tiba.

"Kita orang nak balik Aiera. Kau ni mengelamun je. Dah laa pergi mandi rehat. Kita orang minta diri dulu. Kami jalan dulu yer ibu. Assalamualaikum ibu." Kata Zahra.

"Waalaikumusalam. Baik-baik jalan tu." Kata Meera.

"Baik ibu." Kata Raz dan Zahra serentak. Meera menoleh pada Aiera pula.

"Ehh. Budak ni. Kejap je hilang. Haihhh." Bebel Meera bila tidak melihat kelibat Aiera.

"Aiera! Aiera!! Cepat mandi. Nanti turun makan sama-sama." Jerit Meera di depan pintu bilik Aiera.

"Iyaa ibu." Balas Aiera. Tidak lama kemudian Aiera keluar dari bilik dan masuk ke bilik mandi. Meera hanya memerhati dan menunggu.

Meera tetap menunggu Aiera dari tadi. Dia mengerling jam di dinding rumahnya.

"Ishh budak ni. Dah sejam mandi tak siap lagi ke? Nak kena ni." Kata Meera geram menunggu lama.

Dia bangun dan menuju ke arah toilet. Tetapi langkahnya terhenti bila dia terdengar Aiera seperti berborak dengan seseorang. Di amati betul-betul suara siapa itu.

'Aku suka kawan dengan kau. Kau buat aku gembira.' Aiera.

'Uuggrrmmm uuggrrmm.' Unknown.

"Aiera!!" Jerit Meera bila merasa sedikit aneh dengan Aiera.

"Yaa ibu." Balas Aiera.

"Lama lagi ke? Ibu dah lapar." Meera.

"Dah siap ni." Aiera keluar dari bilik mandi. Meera tercengang melihat Aiera yang laju berlalu pergi. Cepat-cepat Meera masuk ke dalam bilik mandi untuk melihat sendiri dengan siapa Aiera bercakap.

"Aikk. Perasaan tadi aku dengar dia bercakap dengan someone. Tapi ini tak ada siapa pula. Hurrmm cakap dengan telefon kot. Biarlah." Kata Meera cuba menyedapkan hatinya.

"Ibu!" Tegur Aiera mengejut.

"Astaghfirullah al'azim.. Kenapa kau ni? Terkejut ibu tahu tak." Bebel Meera geram.

"Hehehehe dah tu ibu tu. Aiera tunggu dekat dapur, ibu tak sampai-sampai.. hehehe tu laa Aiera saja kacau ibu." Kata Aiera sambil tersengih-sengih.

"Haiihh kamu ni, kalau kata ibu nak membuang tadi macam mana? Boleh terbantut tau. Hahahaha." Meera.

"Hahahaha dah terbantutkan? Jom makan. Biar lancar balik. Hahahaha." Aiera ketawa bersama ibunya. Dan kemudian mereka sama-sama ke dapur.

'Nampak normal pula. Fikiran aku saja kot.' Bisik Meera di dalam hatinya.

'BAMM!!' Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu di ketuk kuat seolah-olah di ketuk guna sesuatu.

"Issh siapalah tu? Ketuk macam nak bagi pecah pintu. Haiihh kamu makan dulu. Ibu pergi tengok kejap." Kata Meera. Tiba-tiba Aiera bangun.

KALUNG (COMPLETE)Where stories live. Discover now