Sakit

560 2 0
                                    

SBP Besraya ialah sebuah sekolah berasrama penuh yang dikenali di Putrajaya. Hanya best student sahaja yang layak untuk berada di sekolah tersebut.

Sebaik sahaja keputusan PMR diumumkan, ramai pelajar membuat keputusan untuk memohon sekolah lain bagi mereka yang mendapat keputusan PMR yang gempak ataupun straight A!

Begitu juga Elena. Elena merupakan salah seorang top student di sekolah lamanya di Kuala Lumpur. Elena juga bercadang untuk menukar ke sekolah yang sesuai dengan keputusan PMR yang dimilikinya.

~~~~~

"Tahniah! Anda dipilih untuk memasuki SBP(P) Besraya. Sila lengkapkan segala maklumat sebelum tarikh akhir."

"YAYYYY! Aku dapat sekolah asrama penuh!!!!" Jerit Elena yang kelihatan sangat teruja dan aliran Sains Tulen telah menjadi pilihan utamanya untuk naik ke tingkatan 4. Elena membawa telefon bimbitnya ke ruang tamu untuk menunjukkan kepada mamanya, Puan Salmah.

'MAMAAAAA!' jeritan Elena yang agak kuat sehingga memeranjatkan Puan Salmah yang sedang sibuk memasak di dapur.

'Apa kamu ni adik! Terperanjat mama kamu buat. Ada apa ha?' tanya Puan Salmah.

'Lepasni mesti ibu akan rindu adik sebab nanti adik nak masuk asrama dah... Nah tengok ni mama!' telefon bimbit bertukar tangan kepada Puan Salmah.

Puan Salmah meneliti isi teks yang dipaparkan di skrin telefon. Puan Salmah tersenyum kerana impian anaknya untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tercapai.

'Adik dah ready ke nak masuk asrama? Nak tinggalkan papa dengan abang?' soalan Puan Salmah yang jenis direct ni selalunya membuatkan Elena sedih. Namun, Elena tetap senyum kerana akhirnya impiannya tercapai. Elena telah berjanji untuk belajar bersungguh- sungguh supaya dapat mencapai cita- citanya untuk belajar di luar negara dalam bidang perubatan.

'Mama rasa adik boleh buat ke kat sana nanti? Sebab adik takut kena buli la... Banyak kes pelajar asrama kena buli.' Kini soalan Elena membuat Puan Salmah terdiam.

'Adik nak tahu tak? Mama rasa adik mesti boleh buat sebab adik jenis berani. Adik jangan fikir benda negatif dan just do it. Okay sayang?' pelukan manja diberikan kepada Elena daripada Puan Salmah tapi pada masa yang sama kerisauan mula menghantui Puan Salmah tentang keadaan anaknya kelak.

~~~~~

'Letih betullah duduk asrama ni. Rindu mama hurmm.' keluh Elena yang terasa dirinya seperti sudah penat untuk berada di asrama. 'Macam manalah aku boleh setuju nak study kat sini haihh..'

'Kau bebel apa sorang- sorang ni?' tegur kawanku Nadia. 'Kau asal El? Relax la. Kita kat sini dah sebulan kot. Belajar pun dah mula. Kau nak stress apa?'

'Kau Nad kalau tak bebel memang tak sah kan? Aku bebel untuk kasi diri aku lega. Kau tahu apa! Sibuk je dia ni... Nak turun DM tak? Aku lapar ni!' tanyaku kepada Nadia.

'Sure sis. Aku pun lapar. Dah la tak boleh makan maggi. Apalah nasib kita dalam ni. Macam penjara aku rasa. Tapi kenapa tak boleh makan maggi eh?' tanya Nadia. Aku malas nak hujah tapi aku hanya jawab jawapan ringkas.

'Risau nanti bodoh.' Tergelak Nadia bila terdengar jawapan yang tak masuk akal itu.

~~~~~

'Naddd!!! Cepatlah nanti kita terlambat kelas PJ kang! Kau nak kena denda ke? Ish kau ni!' keluhku kepada Nadia yang terlewat bangun pagi pada hari Khamis persekolahan.

'Sabar kejap boleh tak? Bukannya cikgu ada pun. Lekk ah!' balas Nadia. Sebenarnya Nadia sudah masak dengan sikap Elena yang seorang tepati masa. Elena juga amat disayangi oleh guru- guru di sekolah ini kerana sikapnya yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada orang lain terutama sekali adik- adik.

'Kau tido lewat lagi ke semalam? Kau selalu tido lewat buat apa ha? Ada- ada je kau buat an semalam!' Aku menyambung lagi bebelan walaupun Nadia sudah pun berada di depan mata. Nadia hanya tersengeh dan membiarkan Elena membebel sepanjang perjalanan ke padang sekolah.

*Di Padang Sekolah*

'Eh mana semua orang? Bukan PJ selalu kat sini ke?' soalan Nadia membuatkan aku terhenti langkah untuk ke padang sekolah. Aku memerhatikan sekeliling padang dan terus memberi idea untuk ke gim sekolah. Nadia hanya mengikut sahaja dan bergegas ke sana.

Sebaik sahaja sampai di gim, semua pelajar kelasnya sedang melakukan sesuatu tetapi masih belum diketahui apakah yang dilakukan.

'Mila! Weh... Korang buat apa ni?' tanya Nadia.

'Oh Nad. Ni ujian SEGAK la.. Korang lambat eh? Pergilah timbang berat pastu ukur tinggi. Lepas settle tu korang ikut je apa yang dia tulis dalam ni. Sebab korang lambat so tak boleh nak buat serentak la.' balas Mila.

Mila merupakan seorang lagi rakan kepada Elena dan Nadia. Beza Mila dengan kami ialah dia seorang yang penakut dalam apa jua perkara. Contohnya, pagi tadi Elena menyuruh Mila tunggu bersama- sama sementara menunggu Nadia selesai mandi tetapi Mila tidak berani. Jadi, tinggal Elena seorang sahaja yang menunggu Nadia. Tapi tak pernah pula kami terasa dengan Mila sebab Mila akan memberikan sebarang maklumat yang kami tertinggal.

'Elena. Kita ukur tinggi dulu la.' arahan Nadia kepada Elena. Tetapi Elena menggeleng.

'Rugi. Kita dah lambat. Kau agak je berapa tinggi and berat kau last timbang.' jawab Elena selamba.

'Kau gila ke. Nanti kena kira untuk dapatkan BMI. Aku nak tahu gak, aku normal atau gemuk.' balas Nadia. Elena hanya tersenyum dan membiarkan Nadia mengukur terlebih dahulu kemudian baru dirinya.

'Ok settle. Now kita buat push up dan segala benda ni. Kita boleh buat serentak sebab aku ada stop watch. Nanti aku tengok bape minit pastu aku suruh stop, kau stop. Ok?' tanya Nadia. Elena hanya mengangguk faham.

'Kau ni macam coach aku lak en. Bagus la kau ni.' perli Elena. Nadia hanya tersengeh malu.

Pelajar kelas Elena telah selesai melakukan ujian SEGAK dan hanya tinggal Nadia dan Elena sahaja. Itu pun ada lagi dua senaman je yang belum selesai.

'WEHHHHH! Bape lama lagi kena tahan ni! Aku dah tak larat la!' Jerit Elena.

'Sabar jap. Lagi setengah saat je. Cuba tahan sikit...' balas Nadia.

Mila menjadi pemerhati yang setia melihat gelagat rakannya itu. Tergelak pun ada juga melihat Elena seperti kebudak- budakkan yang dipaksa untuk bersenam.

'Aku surrender! Aku tak larat weh! Seriousss ni!' Elena terus terbaring atas padang futsal itu sambil bernafas tercungap- cungap.

Nadia masih meneruskan plank sehingga cukup seminit.

'Kau ni El... Lagi bape saat kot. Rugi betullah kau ni.' Nadia berkata. Elena tidak membalas sebaliknya terus mengambil air dan meminumnya dengan rakus.

'Perhatian kelas. Mari sini semua. Cikgu nak cakap sikit ni.' suara Cik Salina kedengaran dari arah dalam gimnasium sekolah. Kami semua masuk ke dalam gim sebelum ada yang dimarahi.

'Okay. Dah dapat semua keputusan? Siapa yang normal tu cikgu ucapkan tahniah dan kekalkan. Bagi kekurang berat, sila tambah berat supaya menjadi normal balik. Ha ini serious! Bagi yang terlebih berat dan obes. Sila turunkan berat badan anda dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan rajin- rajinkanlah bersenam.

Sebelum saya lepaskan awak semua. Minggu depan kelas PJ akan digantikan dengan subjek Kimia. Jadi, minggu depan kamu terus ke makmal dan tak perlu pakai baju sukan. Itu sahaja. Semua boleh bersurai.' jelas Cik Salina.

Sebenarnya itu biasa kalau subjek tak teras digantikan dengan subjek teras di sekolah. Masing- masing nak kejar silibus dan latih tubi. Sekolah cemerlang perlu menjaga ranking supaya dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

SakitWhere stories live. Discover now