'El bangunlah!' Nadia cuba untuk mengejut Elena yang rasanya sudah tidur mati tanpa sedar dirinya sedang dikejut oleh kawan- kawannya.
'ELENA !'
Tersentak Elena daripada tidur yang lena. Nadia lega kerana Elena sudah bangun daripada tidur.
'Kau ni ! Aku dah pesan jangan tidur lepas asar. Ni dah pukul 7 kau tahu tak? Kau tak nak makan ke? Nanti kau lapar aku tak tahu!' bebel Nadia.
'Kau dah makan ke?' sambil bercakap Elena menggosok biji matanya yang terasa mengantuk.
'Aku makan dah. Aku dah kejut kau tapi kau still tak bangun. Aku pun turun ah dengan budak dorm. Oh by the way, Mila balik harini. Mak dia tak sihat.'
Aku mengangguk sahaja apa yang disampaikan oleh Nadia. Elena terus bangun daripada katil dan mengambil tuala untuk mandi sebelum turun ke surau untuk solat berjemaah.
'Nad. Kalau nak turun dulu, kau turun je la. Kau tahu en aku mandi lama. Penat kau tunggu aku nanti. Kau turun je dulu. Nanti aku jumpa kau kat surau.' pesan Elena kepada Nadia.
'Kau jangan buat gila. Bahayalah. Nak maghrib ni. Aku tunggu kau. Kau mandilah cepat sikit. Nanti lepas habis semua hal, kau mandilah lagi malam kang.'
Walau bagaimanapun, cadangan Nadia tidak diterima oleh Elena. Dia terus sahaja pergi ke kamar mandi dan tetap menyuruh Nadia untuk turun terlebih dahulu. Nadia hanya akur dengan keputusan rakannya itu. Memang Elena seorang yang keras kepala.
'El ! Satu je nak pesan. Kau sorang je nanti. Kalau dengar pape jangan ditegur taw.' tempik Nadia kepada Elena sehingga didengari oleh pelajar lain.
Nadia terus mengambil telekung dan turun ke surau.
*Di Kamar Mandi*
*bunyi pancutan air dalam kamar mandi*
'Eh macam ramai lagi je tak turun. Pandai- pandai je Nad kata takde orang. Ni ramai lagi yang baru nak mandi kot.' bisik hati Elena.
Tiba- tiba salah satu kamar mandi dibuka.
'Eh Elena! Kau baru nak gosok gigi ke? Dah mandi ke belum ni?'
Elena ketawa sebentar kerana soalan yang diberikan itu sangat menggelikan hatinya.
'Aku nak mandi la ni. Sabar lah...' balas Elena mudah.
Elena terus masuk ke kamar mandi yang kosong dan terus mandi tanpa menghiraukan keadaan disekelilingnya.
Sedang membasuh rambutnya, Elena terasa seperti ada yang memerhatikannya tetapi Elena cepat- cepat menepis perasaan itu dan melajukan pergerakannya.
Tiba- tiba ,
'ELENA ! CEPAT DAH PUKUL BERAPA NI TAK TURUN LAGI NI !' tempik seseorang yang tidak dikenalinya.
Elena tidak menyahut dan terus membilas buat kali terakhir .
Sebaik sahaja keluar daripada kamar mandi, dia tidak jumpa lagi manusia yang memarahinya tadi. Elena terus ke dorm dan memakai baju lengan panjang dan terus menyarung telekung. Tudung sarungnya dipegang berserta beg untuk prep setelah selesai solat isyak nanti.
~~~~~
*Di surau*
'Lambat kau El. Kau mandi ke tidur?' tanya Mila yang sedang bergosip bersama- sama rakan dorm lain.
'Eh kau bukan balik ke tadi Mila?' Tanya Elena yang pelik dengan adanya kelibat Mila di surau.
'Aku balik lawat mak aku je sebab demam. Lepas tu aku balik la asrama. Mana boleh cuti suka hati.' Balas Mila.
YOU ARE READING
Sakit
Teen FictionAneh dengan dirinya yang terlalu obses dengan seseorang sehinggakan dia pelik akan perasaannya sendiri. Kisah ini mengisahkan Elena pelajar tingkatan 4 yang terlalu obses dengan Kak Farah sehingga dia sanggup melakukan sesuatu yang memberi impak kep...