BAB 6

7K 331 6
                                    

"& then I met you , & slowly but all at once my whole world began to change"— r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"& then I met you , & slowly but all at once my whole world began to change"
— r. m. broderick

.·:*¨༺ ༻¨*:·.

DENGUSAN nafas kuat kedengaran. Dinding yang putih, pancaran sinar dari luar menemani hari aku. Aku memandang tajam dinding yang putih itu. Sesekali aku menghentak belakang kepala aku pula di dinding putih belakang aku.

Penysesalan yang terbuku di hati tidak dapat dibuang. Kalau lah aku tahu, pengakhirannya begini sekali. Tidak akan aku mendekati syaitan bertopengkan manusia itu. Bukan aku yang patut disalahkan tapi mereka punca aku begini !

Air mata di tubir seakan mengalir. Kau lemah Darren ! Kau lemah disebabkan seorang perempuan yang tak hargai kau ! Kenapa kau lemah begini ? Dimana perginya kekuatan yang ada dalam diri kau ?

Sekali lagi hentakan kepala aku lakukan. Sakit, tetapi tidak sesakit hati aku sekarang ini. Suasana di bilik yang suram seakan sesuai dengan diri aku. Bila diingatkan lagi peristiwa itu, lagi banyak dendam yang terbuku di hati.

Kenapa aku yang perlu berada di sini ? Kenapa aku yang terseksa sedangkan mereka di luar sana bahagia tanpa adanya aku ? Pengkhianatan ini sangat perit untuk dihadam.

Aku akan pastikan setelah aku keluar dari sini, mereka yang pertama aku cari. Mudahnya mereka hidup tanpa ada gangguan seperti aku, sedangkan dialah gangguan yang menganggu hidup aku bersama cinta hati aku.

Air mata ditepis dendam. Aku bersumpah seluruh keturunan nya akan mati di tangan aku. Segala rancangan sudah diatur aku dengan baik. Hanya tinggal lagi beberapa bulan sahaja untuk aku keluar dari sini. Semuanya akan baik jika aku tunjukkan kesembuhan aku di sini.

Aku memejam mata. Cuba mengusir bisikan yang berbisik untuk membunuh diri. Belum tiba masanya lagi untuk aku pergi tinggalkan dunia. Aku masih lagi waras untuk sia siakan hidup aku mati dalam keadaan terseksa sebelum mengecapi kebahagiaan.

Darren

Sedaya upaya aku cuba mengusir bisikan halus yang menerpa ke gegendang telinga aku. Bisikan puaka yang menjadikan aku hampir gila seumur hidup. Aku cuba menenangkan hati. Berharap bisikan itu tidak lagi datang kepada aku.

Sayang, awak marahkan saya ?

Mata aku celik kembali. Pantas pandangan aku terarah pada seorang gadis yang sedang ketawa di depan aku. Wajahnya, aku kenal sekali. Hana Audria, dia munculkan dirinya juga akhirnya.

Awak masih marahkan saya ? Bukan salah saya kita jadi begini

Perlahan ketawa bertukar tangisan. Seperti tadi, aku masih merenung figuranya. Tangisan yang kuat itu cuba untuk aku abaikan. Makian di hati cuba ditahan. Bising tahu tak ?!

Mr. Mafia & Mrs. PsychiatricWhere stories live. Discover now