#14-Special Pendosa 1💕

548 51 0
                                    


Klik media..

Seorang Pendosa..


AKU

Seorang pendosa tanpa noktah.
Aku kotor dengan dosa.
Hidup aku dipenuhi dengan nanah cairan api neraka.

Siapa aku?

Seorang pendosa.

Mungkin semua orang ingat dosa aku ni hanya kecil.

Tapi semakin banyak dosa kecil ini, semakin besar dosa aku?

Jijik?

Tiada siapa yang jijik kerana tiada siapa ketahui dosa aku melainkan Tuhan.

Semuanya silap aku. Semua kekhilafan datang dari aku sendiri. Aku masih seorang pendosa. Kini dan mungkin.. selamanya?

Solat?

Aku dah lama tinggalkan solat. Sedekah? Pernah kah aku bersedekah? Minta maaf kalau ada buat silap? Langsung tak pernah. Ego aku tinggi melangit.

Aku kejam. Aku jahat. Aku zalim.

Tapi, kesemua itu aku buat bukan kepada sesiapa tapi aku kejam, jahat dan zalim pada diri aku sendiri.

Aku mencipta neraka untuk aku!

Hinanya aku. Kejinya aku.

Tapi tiada siapa nampak kekotoran ini.
Mereka sangka aku mulia.
Mereka sangka aku suci.

Tapi tahukah mereka?
Aku penat menampung semua dosa.

Kehidupan aku gelap. Hitam.
Semuanya penuh dengan titik dosa.


Aku masih tertanya-tanya,

Masih ada peluang untuk aku berubah?
Masih ada sinar untuk aku?
Adakah Tuhan masih sayangkan aku?
Adakah syurga masih boleh menerima manusia seperti aku?

Aku masih sesat dalam dunia ini.
Aku masih tidak jumpa jalan ke syurga.

Aku jahil.

Aku jahil tentang agama.
Aku tidak mengetahui tentang Islam.
Benda basic aku tahu. Tapi yang terperinci?

Kejahilan aku, menbuatkan aku tak tahu untuk beribadah kepada Allah.

Kejahilan aku, membuatkan aku tidak tahu erti setiap ayat Al Quran.

Aku tak mahu salahkan Tuhan.
Aku tak mahu salahkan Nabi.

Tapi,
Semua kesalahan ini,
datang dari aku sendiri.

Aku!

Aku lah pendosa.

Aku pendosa tanpa noktah.

Masih adakah gelaran hamba Allah pada diri aku?




































Special💕

Bersambung..

B A N G K I TWhere stories live. Discover now