Rose bangun perlahan-lahan dan menuju ke dapur dengan alasan mahu membuang air kecil. Tetapi sebaliknya, dia merampas talam yang diisi dengan seteko air hot coklat dari tangan Airin. Airin berasa amat terkejut dengan tindakan Rose.Airin beria-ria memujuk Rose supaya tidak memegang talam tersebut. Rose menenangkan hati Airin. Akhirnya Airin mengizinkan Rose memegang talam tersebut. Rose terus menuju ke ruang tamu dengan talam tersebut. "Nah air hot coklat",kata Rose. Abang long memerli adiknya"aik adik rajin pulak kamu hari ini, ni mesti ade something nak minta papa kalau tak, takdenya kamu rajin semacam je".Rose membalas, "biarlah, ni mesti abang long jeles dengan adik kan??".Abang long hanya berkata"macam la abang long tak tahu perangai kamu, dah masak sangat dah".Akhirnya, Rose mengalah. Rose duduk di antara mama dan papanya.
YOU ARE READING
Saat Hadirnya Dia
RomanceRose Qalisya berusia 20 tahun, merupakan seorang gadis yang agak manja telah dijodohkan oleh pilihan ibu bapanya begitu juga dengan dua orang abangnya. Namun di hati gadis tersebut telah ditakhta oleh seorang putera yang bernama Rizz Qayyum. Siapaka...