Setelah 15 minit Rose dan mamanya berbual, Encik Amran telah tiba di rumahnya. Rose berlari dan menyambut kepulangan papanya dengan bersalam tangan papanya. Encik Amran berasa pelik terhadap anak bongsunya itu. Setiap kali Rose mahukan sesuatu ,dia akan melakukan perkara sedemikian, jika tidak batang hidung pun susah nak nampak kerana asyik terperap di dalam bilik. Encik Amran tersenyum melihat kerenah anaknya. "Aik, Rose ni mesti ade something nak bagitau papa kan?",soalan itu ditujukan kepada Rose. "Betul²,pandai la papa Rose ni."Rose menayangkan wajah gembiranya kepada Encik Amran. Tetapi Encik Amran tidak mahu berbincang dengannya kerana Encik Amran berasa amat letih. "Rose, boleh tak kalau Rose bagitau masa nak dinner nanti, papa penat la, lagi pun masa tu ada abang long".Rose berasa gelisah apabila mendengar nama abang long nya kerana abang long merupakan seorang yang tegas. Rose menujukan soalan kepada papanya. "Hurmmm, abang long dengan kak long ada ke??"."Ye, papa ajak mereka dinner sekali, dah lama rasanya abang long tidak pulang ke rumah ni",kata Encik Amran. Rose hanya memberi senyuman terpaksa dan kembali ke biliknya. Encik Amran bertanya kepada Puan Syahida ke mana pergi lagi seorang heronya(abang ngah). Lalu Puan Syahida berkata bahawa abang ngah pergi mengambil tunangnya di tempat kerja. Encik Amran mengangguk dan beredar ke bilik untuk merehatkan dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saat Hadirnya Dia
RomansaRose Qalisya berusia 20 tahun, merupakan seorang gadis yang agak manja telah dijodohkan oleh pilihan ibu bapanya begitu juga dengan dua orang abangnya. Namun di hati gadis tersebut telah ditakhta oleh seorang putera yang bernama Rizz Qayyum. Siapaka...