AKU BUKAN PEMBUNUH 4

303 21 0
                                    

"cik... kita dah sampai...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. elsa terkejut dari lamunannya. kelihatan konduktor bas sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. dia lihat semua orang sudah melangkah keluar dari dalam bas ekspress itu. hanya dia seorang saja yang masih duduk di situ. dia tidak sedar pun bas yang di tumpanginya sudah sampai di kota kelahirannya. perlahan lahan elsa bangun dari tempat duduknya. dia mengangkat beg pakaiannya lalu dia beredar dari situ. angin petang meniup lembut rambutnya sebaik saja dia melangkah keluar dari dalam bas ekspress tersebut. jam di tangan di perhatikannya secara sekilas. ianya tepat pukul 3 petang. dia memandang terminal bas kuala lumbur yang penuh sesak dengan manusia itu. dia terpaksa berjalan di celah celah orang ramai yang lalu lalang di situ. ketika dia sedang melangkah di situ dia terpandang akan sebuah kereta teksi yang berada tidak jauh dari situ. dia pun segera melangkah menghampiri kereta teksi tersebut. "er... encik boleh hantar saya ke kawasan perumahan sri utama?... ini alamat rumah saya...", cepat cepat elsa memberikan alamat rumah papanya pada lelaki driver teksi tersebut. tanpa banyak soal lelaki itu menyuruhnya masuk ke dalam teksi tersebut. dia mula memandu keretanya. elsa duduk di atas kerusi belakang sambil matanya memerhatikan keindahan kota kelahirannya yang sudah lama di tinggalkannya itu. dia lihat begitu banyak bangunan baru yang sudah di bina. dia tidak menyangka kota kelahirannya semakin maju sekarang. tidak lama kemudian dia pun sampai di kawasan perumahan sri utama yang terletak tidak jauh dari pusat kotaraya kuala lumbur. keadaan di kawasan perumahan sri utama tidak mengalami sebarang perubahan. setiap rumah agam yang ada di kawasan perumahan tersebut di perhatikannya. semuanya sama saja cuma bezanya ada yang sudah di tukarkan warna dinding rumah mereka dengan warna lain

"kita dah sampai cik... cik nak saya bawa cik masuk ke dalam ke?", soal driver teksi itu. "tak payah... saya boleh jalan kaki saja...", balas elsa perlahan lahan. "oh... baiklah....", lelaki tersebut terus memberhentikan keretanya di hadapan sebuah pagar besi yang tinggi tidak jauh dari situ. elsa membayar tambang teksi yang di tumpanginya. kemudian dia melangkah keluar dari dalam teksi itu. elsa memandang rumah agam yang tersergam indah di depan matanya. di situlah dia membesar bersama kakaknya emma. dalam rumah tu juga dia di dera bersama mamanya. elsa cuba untuk melupakan segala peristiwa pahit yang telah terjadi pada dirinya dengan mencuba untuk memfokuskan seluruh perhatiannya pada tujuannya datang ke situ. perlahan lahan dia menekan loceng yang ada di sebelah pintu pagar yang tinggi itu. "ya... siapa awak ni?", kedengaran suara security guard dari pondok jaga bergema di dalam interkom kecil yang ada di situ. "saya elsa lee... anak perempuan bongsu majikan awak sendiri... benarkan saya masuk...", ucap elsa dengan nada suara yang tegas. "oh... er... cik elsa ke tu? oh... maafkan saya... tunggu sekejap... saya akan bukakan pintu pagar tu untuk awak...", ucap security guard itu. elsa terpaksa menunggu di luar pintu pagar tersebut. tidak lama kemudian pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya. perlahan lahan elsa melangkah masuk ke dalam kawasan rumah agam milik papanya. kelihatan pak atan, security guard yang menjaga rumah papanya itu datang  menghampirinya. "cik elsa ke ni?...", soal pak atan cukup terkejut dengan kehadirannya di situ. "yelah...", balas elsa sepatah.

beg pakaiannya terus di angkat oleh pak atan. mereka mula melangkah menuju ke pintu depan rumah agam tersebut. "saya gembira bila melihat awak kembali semula ke sini, cik elsa... rumah ni sunyi sepi sejak awak tinggalkan rumah ni 10 tahun yang lalu... apa apa pun papa awak jatuh sakit baru baru ni... dia kemalangan di jalanraya. akibatnya dia lumpuh seluruh badan... dia kini di rawat di hospital tunku rahmat...", tutur pak atan. "ya... pak cik, saya dah tahu papa saya jatuh sakit... kak emma yang bagitahu saya tempohari...", balas elsa. baru saja mereka ingin membuka pintu rumah itu tiba tiba pintu rumah tersebut di buka orang dari dalam. kelihatan emma sedang berdiri di depan mereka. "elsa???!.... oh my God... you are here!....", emma menjerit keriangan sebaik saja dia melihat adiknya berdiri di depannya. dia terus memeluk adiknya itu. elsa hanya membiarkan kakaknya memeluk dirinya. "tak sangka awak kembali semula ke sini dik... kepulangan awak ni betul betul buat saya gembira dan juga terharu...", tutur emma masih memeluk erat adik perempuannya itu. "saya terbaca mesej awak tempohari sebab itu saya balik ke sini...", balas elsa perlahan lahan. "yeah i know... wow... look at you now... awak sudah membesar dan menjadi seorang gadis yang sangat cantik... awak cantik macam mama juga...", komen emma sambil tersenyum lebar. dia meleraikan pelukannya. "kakak pun apa kurangnya... cantik macam papa...", komen elsa dengan wajah selamba.

senyuman di bibir emma hilang sebaik saja dia terdengar elsa menyebut 'papa' padanya. "bercakap tentang papa, papa masih berada di hospital, dik...", ucap emma perlahan lahan. "yeah i know... sebab itulah saya balik ke sini... saya nak jenguk papa...", balas elsa perlahan lahan. "kalau macam tu marilah kita masuk ke dalam rumah dulu. adik berehat dulu kat dalam bilik selama setengah jam untuk lepaskan lelah adik, lepas tu barulah kita pergi menjenguk papa di hospital, ya...", ucap emma sambil menarik tangan adiknya. tanpa banyak soal elsa mengekorinya langkah kaki kakaknya dari belakang. mereka melangkah masuk ke dalam ruang tamu dengan di temani oleh pak atan. elsa memandang keadaan di dalam ruang tamu rumah itu. ianya kelihatan bersih dan kemas sekali. namun keadaan di dalam rumah tersebut sudah banyak berubah. tidak seperti dulu lagi. perabot lama sudah tidak ada lagi di situ. semuanya sudah di ganti dengan perabot yang baru. elsa lihat potret keluarga masih tergantung kemas di atas dinding. kelihatan papanya bergambar bersama mamanya, emma dan juga elsa. dalam gambar itu mereka kelihatan begitu gembira sekali. siap tersenyum lebar sampai ke telinga lagi tu. mereka bagaikan satu keluarga yang bahagia sekali tapi pada hakikatnya keluarga mereka hancur sebaik saja papanya mula ketagih dengan alkohol.

masih jelas terbayang di sudut matanya bagaimana papanya mendera dirinya dan juga mamanya setiap kali dia mabuk. yang peliknya emma langsung tidak pernah di dera oleh papanya. elsa dapat rasakan bahawa papanya begitu sayangkan kakaknya emma daripada dirinya sendiri. "adik, kenapa adik masih berdiri kat situ pula... marilah naik... saya nak bawa adik ke bilik tidur adik ni...", tegur suatu suara. elsa terkejut dari lamunannya. kelihatan emma sedang berdiri menunggunya tidak jauh dari situ. perlahan lahan elsa melangkah menghampiri kakaknya itu. dia melangkah menaiki anak tangga tersebut satu persatu. ketika dia sedang menaiki anak tangga tersebut dia teringatkan peristiwa di mana papanya menampar pipinya di atas anak tangga itu hanya kerana dia terlupa memungut barang mainannya yang tertinggal di atas anak tangga tersebut. dia hampir saja jatuh bergolek ke bawah akibat terkena tamparan papanya. nasib baik dia sempat berpaut pada slaah satu tiang tangga yang ada di situ kalau tidak tak tahu lagilah apa jadi padanya. elsa berhenti melangkah seketika. peristiwa pahit itu terus terbayang di sudut matanya. "adik... kenapa adik tiba tiba berhenti kat situ?... apa yang adik sedang lamunkan tu?", soal emma ingin tahu. dia memandang wajah adiknya itu. elsa tidak menjawap soalan kakaknya. dia hanya memandang wajah kakaknya. kemudian dia mengorak langkahnya mengekori langkah kaki kakaknya dari belakang. elsa cuba mengusir segala kenangan pahitnya itu dengan cuba bersikap tenang. padahal dalam hati dia merasa tidak tenang. jiwanya tiba tiba saja terasa galau. kepulangannya ke rumah agam tiga tingkat itu seakan akan mengembalikan segala memori pahitnya ketika dia masih kecil.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now