AKU BUKAN PEMBUNUH 7

262 16 0
                                    

"tuk!.... tuk!... tuk!.....", lamunan elsa terhenti di situ juga sebaik saja dia terdengar ketukan di daun pintu bilik tidurnya. "adik dah siap berpakaian ke tu?...", serentak dengan itu kedengaran suara kakaknya emma bergema dari sebalik pintu bilik tidurnya. "oh... just wait for a second... i'm in the bathroom!...", sahut elsa sambil membaluti tubuhnya dengan tuala di tangan. dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya untuk memakai pakaiannya. "okay...", kedengaran suara kakaknya membalas sahutannya. tidak lama kemudian elsa membuka pintu bilik tidurnya. kelihatan kakaknya emma sedang berdiri menunggunya di luar pintu bilik tidurnya. "sorrylah akak sudah lama menunggu adik dari tadi sebab itulah akak datang ke sini untuk bertanya adik samada adik dah bersiap ke atau pun belum...", tutur emma sambil tersenyum. "its okay... i'm ready now... lets go...", elsa bersuara seraya mengukirkan senyuman di bibirnya. "okay... lets go...", emma pun terus menarik tangan adiknya lalu mereka beredar dari situ. sebaik saja mereka berada di luar rumah emma segera menutup pintu rumah tersebut lalu mengunci mangga pintu dengan anak kunci di tangannya. kemudian dia membawa adiknya elsa masuk ke dalam kereta avanza miliknya. di sepanjang perjalanan menuju ke hospital, emma cuba berbual bual dengan adiknya yang sudah lama menghilangkan diri entah ke mana...
"dik, ke mana adik menghilangkan diri selama sepuluh tahun ini?"
"oh... aku pergi mencari pekerjaan kak..."
"mencari pekerjaan?... adik mencari pekerjaan kat mana pula tu?"
"mencari pekerjaan di mana mana saja asalkan aku dapat mencari sesuap nasi untuk mengalas perut ini..."

"anyway, apa pekerjaan yang adik buat selama ini?"
"aku bekerja macam macam, kak... aku pernah bekerja sebagai seorang pencuci pinggan mangkuk di warung mamak selama setahun. selepas tu aku bekerja di kedai buku selama dua tahun. kemudian aku bekerja sebagai waitress di sebuah restoran selama 3 tahun. setelah berhenti kerja di restoran tu, aku bekerja di sebuah kedai barang selama 2 tahun. selepas aku berhenti kerja di kedai barang tu aku pun terus bekerja di sebuah kelab malam sebagai seorang gadis GRO..."
"apa?.... adik pernah bekerja sebagai seorang gadis GRO di dalam kelab malam?"
"yep..."
"kenapa adik sanggup bekerja sebagai seorang gadis GRO pula?.... bukankah banyak lagi pekerjaan lain di luar sana tu yang lebih bagus daripada bekerja sebagai seorang gadis GRO..."
"memanglah ada banyak pekerjaan lain di luar sana tu tapi aku sengaja bekerja sebagai seorang gadis GRO sebab aku nak dapatkan wang gaji yang lumayan. lagi pun aku mendapat lebih banyak komisen jikalau aku pandai melayan karenah para pelanggan di kelab malam tersebut... so dari situlah aku mendapat wang perbelanjaan yang cukup untuk menyara hidupku seharian..."
"akak merasa hairanlah kenapa adik bersusah payah mencari pekerjaan di luar sana padahal keluarga kita bukannya miskin sangat pun... adik patut bekerja di syarikat papa bersama akak tapi ini tidak adik tinggalkan papa dan akak tanpa sebarang khabar berita... buat pengetahuan adik akak sudah puas mencari adik sana sini selama beberapa bulan lamanya sehinggakan akak tak lalu makan dan kurang tidur gara gara memikirkan adik, tau...",
emma bersuara separuh emosi. ada sedikit airmata bergenangan di tubir matanya.

elsa hanya duduk diam di tempat duduknya. perlahan lahan dia membuka jendela kereta kakaknya. kemudian dia mengambil sekotak rokok dunhill dari dalam poket seluar jeansnya. sebatang rokok di tarik keluar. lighter di capainya lalu dia menyalakan api lighternya. hujung rokok di nyalakan. perlahan lahan dia mula menghisap rokok yang tersepit kemas di bibirnya. "kenapa adik merokok dalam kereta ni pula?..... akak rasa sesak nafaslah kalau ada orang merokok di sebelah akak ni....", tutur emma seraya menutup hidungnya dengan sebelah tangannya. manakala sebelah tangannya pula masih memegang erat stereng kereta miliknya. "akak bukalah cermin jendela kereta sebelah akak tu supaya akak tak sesak nafas...", balas elsa dengan wajah yang selamba. mahu tidak mahu emma pun terpaksa membuka cermin jendela keretanya. aircond kereta di matikannya. "sejak bila pula adik start merokok ni?", soal emma sedikit jengkel dengan tabiat buruk adiknya itu. "aku mula merokok sejak umur 12 tahun lagi...", balas elsa dengan jujur. dia menghisap rokoknya perlahan lahan. asap rokok berkepul kepul keluar dari dalam mulut dan hidungnya. "apa?... adik sudah mula merokok pada umur 12 tahun?... tapi kenapa masa tu akak tak nampak adik menghisap rokok pun?", soal emma cukup terkejut. "sebab aku selalu curi curi merokok di dalam bilik tidur aku. lagi pun aku terpaksa merokok sebab aku merasa tertekan dengan sikap papa yang teruk tu...", tutur elsa dengan nada suara yang tegang sekali. "takkanlah di sebabkan sikap papa yang teruk tu adik sanggup merokok... akak rasa tindakan adik tu salahlah....", tutur emma sambil memandu keretanya. "apa? tindakan aku tu salah?.... jadi tindakan papa yang selalu mendera aku dan mama tu tidak salah ke, hah?", soal elsa dengan wajah yang tegang.

"apa pula kaitannya tindakan papa mendera adik dan mama dengan tabiat merokok adik tu pula?.... setahu akak kan papa tak pernah pun mengajar adik merokok...", tutur emma dengan wajah yang serius. "memanglah papa tak pernah mengajar aku merokok sebelum ini tapi sikapnya yang teruk tu mendorong aku untuk merokok.... akak tau tak setiap kali papa mendera aku dan mama aku merasa sungguh tertekan sebab itulah aku merokok... buat pengetahuan akak adik lari dari rumah tu pun di sebabkan oleh sikap papa yang teruk tu... jikalau papa melayanku dengan baik sudah tentu aku tak akan lari dari rumah pada waktu malam tu....", tutur elsa dengan penuh emosi. "oh... jadi adik salahkan papa dalam perkara ini?", soal emma. "yelah!... papa yang buat aku jadi macam ni.... dia membuatkan aku merasa seperti orang asing yang tidak di perlukan di dalam keluarga kita...", tutur elsa dengan pantas. "oh... kenapa adik berfikir macam tu pula?", soal emma dengan dahi yang berkerut. "sebab papa selalu mendera aku. malah dia anggap aku ni bukan seperti darah dagingnya jadi aku rasa macam orang asing saja di depan matanya...", tutur elsa cukup emosi. setitis airmata mengalir perlahan di pipinya. dia segera mengesat airmata yang mengalir di pipinya itu. emma terdiam sebaik saja dia terdengar perkataan adiknya. hatinya terasa tersentuh dengan perkataan adiknya. "dik... akak tahu papa selalu mendera adik dan mama di suatu ketika dahulu tapi akak minta satu perkara saja dari adik... tolong lupakan semua kisah silam yang telah terjadi tu... papa sekarang sedang sakit tenat. kita tidak boleh terus berdendam pada papa... kasihan papa sebab dia lumpuh seluruh badan.... sebaiknya adik lupakan saja kisah silam tu dan maafkanlah kesalahan papa...", tutur emma dengan lembut.

"senang betul akak bercakap, kan... akak nak aku lupakan semua kisah silam tu dan maafkan kesalahan papa tapi luka di hati ini kak.... masih berdarah kak... rasanya luka di dalam hati ini tidak akan sembuh sampai bila bila...", tutur elsa sambil menekan dadanya dengan tangannya sendiri. "adik... tolong serahkan seluruh kelukaan di hatimu kepada Tuhan. Tuhan pasti akan menyembuhkan luka di hati adik tu jikalau adik selalu berdoa kepada-Nya...", tutur emma dengan lembut. elsa tersenyum kelat di saat dia mendengar perkataan kakaknya itu. "macamana Tuhan mendengar doa aku sedangkan aku sudah lama tidak beribadah kepada-Nya?.... aku sudah banyak buat dosa di depan mata-Nya. takkanlah dia sanggup mendengar doa orang yang berdosa macam aku ni....", tutur elsa dengan senyum kelatnya. "Tuhan tu maha penyayang dik... pintu taubat masih terbuka lagi untuk adik.... akak rasa belum terlambat lagi untuk adik bertaubat. apa apa pun akak berharap semoga adik dapat lupakan kisah silam tu dan maafkan kesalahan papa maka Tuhan pun akan mengampuni kesalahan adik tu juga... ingatlah... Tuhan sayang pada semua orang. dia tidak pernah melupakan kita dan Dia tidak pernah meninggalkan kita. hanya kita saja yang selalu lupa pada-Nya dan meninggalkan-Nya....", tutur emma perlahan lahan. elsa hanya duduk diam di tempat duduknya. dia tahu emma masih berpegang teguh pada kepercayaannya kepada Tuhan tapi tidak bagi dirinya. dia masih ingat lagi guru sekolah minggunya pernah berkata setiap orang yang percaya kepada Tuhan mempunyai akar yang kuat di dalam imannya kepada Tuhan. ia akan bertumbuh menjadi pokok yang baik (orang kristian yang baik). namun malang bagi dirinya sendiri, biar pun dia seorang gadis yang di besarkan dalam keluarga kristian tapi bukan akar pokok yang baik bertumbuh di dalam hatinya tapi akar pokok kepahitan pula yang bertumbuh di dalam hatinya. "maafkan aku, kak.... aku tak boleh melupakan kisah silam tu... aku tak boleh maafkan kesalahan papa!.... aku tak boleh, kak.... aku tak boleh....", bisik hati kecilnya dalam diam.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now