AKU BUKAN PEMBUNUH 9

207 16 2
                                    

tidak lama kemudian mereka pun sampai di wad pesakit lelaki. emma segera membawa elsa ke salah satu bilik pesakit lelaki yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan emma membuka pintu bilik wad tersebut. kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di atas katil dengan hos hos kecil masuk ke dalam rongga hidungnya dan juga lengan kirinya. lelaki itu sedang tidur lena. kelihatan mak cik rita sedang duduk di sebelah katil lelaki tersebut. "selamat petang mak cik rita... guess what?... elsa sudah kembali ke sini untuk menjenguk papa, mak cik..", tutur emma dengan penuh teruja. "oh yakah?... oh syukurlah awak sudah kembali ke sini, elsa... mak cik fikir awak sudah lupakan kami semua... maklumlah awak sudah lama menghilangkan diri tanpa sebarang berita...", tutur mak cik rita. dia bangun untuk memeluk elsa yang sedang berdiri di sebelah kakaknya saat itu. elsa memeluk wanita tersebut dengan senyuman terukir di bibirnya. "aku tak pernah lupakan korang, mak cik... aku cuma sibuk dengan pekerjaanku. jadi aku tak ada masa nak mengkhabarkan korang keadaan aku di rantau orang. by the way, macamana keadaan papa sekarang, mak cik?", soal elsa ingin tahu. dia memerhatikan keadaan papanya. "keadaannya sudah stabil sekarang. cuma dia tidak dapat bergerak lagi. seluruh tubuhnya sudah lumpuh. hanya matanya saja yang boleh bergerak gerak. anggota tubuhnya yang lain sudah lumpuh seratus peratus...", tutur mak cik rita perlahan lahan. tidak lama kemudian mereka melihat tuan lee membuka matanya.

"eh... papa sudah tersedar dari tidur lenanya lah.... selamat petang pa.... tengok... siapa yang datang ni?... jeng... jeng... jeng... elsa sudah ada di sini, pa... dia datang untuk menjenguk papa...", tutur emma dengan penuh bersemangat sekali. dia menarik lengan kiri elsa supaya dia berdiri di depan mata lelaki tersebut. elsa terdiam kaku di saat dia memerhatikan wajah papanya yang pernah menyakitinya beberapa tahun yang lalu. lelaki itu kelihatan tidak berdaya dan langsung tidak dapat bergerak. hanya matanya saja yang bergerak perlahan memerhatikan mereka di situ. matanya merenung tepat ke wajah elsa. "dik... cakaplah sesuatu pada papa...", bisik emma di telinga adiknya tapi elsa hanya diam membisu. dia merasa tidak berapa senang apabila dia melihat papanya merenung wajahnya dengan mata kuyunya. cepat cepat dia memalingkan wajahnya ke arah lain. "kak... mak cik..... boleh tak korang tinggalkan aku bersendirian dengan papa dulu?", soal elsa perlahan lahan. "oh baiklah... mari mak cik, kita keluar sekejap...", ajak emma. tanpa banyak soal mak cik rita pun bangkit dari tempat duduknya. dia melangkah mengekori emma dari belakang. elsa segera menutup pintu bilik rawatan VIP itu sebaik saja dia melihat dua insan itu melangkah pergi dari situ.

"tentu papa fikir yang aku bersedih apabila melihat papa jadi begini, kan?.... secara jujurnya, aku tak merasa sedih pun, pa... malah aku merasa gembira apabila aku melihat papa jadi begini... tentu papa nak tahu apa sebabnya, kan?... sebab dulu papa selalu berlaku kejam dan tidak baik terhadap aku dan mama... malah papa menganggap aku ni macam anak haram hasil perkongsian mama dengan bekas kekasihnya and guess what?... aku tak pernah lupa akan itu semua, pa... bertahun lamanya papa mendera aku dan mama sehinggakan aku dan mama menderita akibat perbuatan kejam papa tu...", elsa berhenti bersuara. dia memandang wajah papanya. papanya kelihatan sedih apabila dia mendengar perkataannya itu tapi elsa hanya mencebikkan bibirnya. "tak usahlah papa menunjukkan reaksi sedih macam tu sekali. semuanya itu tidak lagi berguna, pa... dulu semasa aku dan mama bersedih papa tidak pernah pun meminta maaf atau pun memujuk kami... apatah lagi mengesat airmata di pipi kami. malah papa menambahkan lagi kesedihan di hati ini. papa tidak pernah menyatakan kasih sayang papa pada mama dan juga diriku. paling paling pun papa memaki hamun aku dan juga mama dengan sesuka hati papa... papa tahu tahu tak betapa pedihnya hati ini apabila papa berlaku kejam terhadap diri ku dan mama... aku dapat rasakan yang papa begitu membenciku dan juga mama....", elsa berhenti bersuara buat beberapa ketika. dia menelan air liurnya yang terasa pahit seperti hempedu itu.

setitis airmata mengalir di pipinya. cepat cepat dia mengesat airmata di pipinya. "aku menangis pun papa tidak pernah pujuk. apatah lagi bila aku jatuh sakit, papa langsung tidak pernah menghantar aku ke klinik atau pun hospital. malah aku tercedera pun papa tidak sibuk hendak merawat luka di tubuhku... begitu juga dengan mama. papa buat tak tahu saja apabila aku dan mama berada di dalam kesusahan... pendek kata papa langsung tak ambil peduli tentang diriku dan juga mama. yang papa tahu cuma minum mabuk mabukan sampai papa tak sedar diri. masa itulah papa marah padaku dan juga mama. papa pukul aku dan mama sesuka hati papa sehinggalah aku merasa tertekan dan mama pula keguguran. kemudian mama bunuh diri di sebabkan mama tidak tahan dengan sikap papa yang teruk itu.... anyway papa tahu tak betapa sedihnya hati ini apabila aku terpaksa kehilangan mama di sebabkan papa selalu menyakiti hati mama... papa tahu tak kepedihan dan kesengsaraan di hati ini di saat papa terus menerus menderaku setelah mama meninggal dunia?... bukannya papa ambil kisah pun tentang hati dan perasaanku.... yang papa tahu papa minum mabuk mabukan sampai sanggup menderaku berulang kali. pernah satu kali aku terfikir lebih baik aku bunuh diri saja dari terus di dera oleh papa tapi setelah aku fikirkannya semula aku tidak jadi membunuh diri... sebabnya?... sebab tak ada gunanya aku bunuh diri sedangkan aku masih mahu hidup di muka bumi ini. so demi mengelakkan papa dari terus menderaku aku pun terpaksa melarikan diri dari rumah... bertahun lamanya aku membawa hati yang luka ini, pa... aku berharap semoga Tuhan membalas segala perbuatan kejam papa terhadap diriku dan juga arwah mama di suatu hari nanti... and guess what?... akhirnya Tuhan telah pun membalas perbuatan kejam papa tu... sekarang papa terlantar di hospital akibat lumpuh seluruh badan. baru padan muka papa tu... papa tahu tak ini adalah hukuman Tuhan terhadap orang yang kejam seperti papa...", tutur elsa dengan penuh emosi. dia berdiri di dekat katil papanya sambil merenung tajam wajah papanya. tuan lee kelihatan sedih apabila dia mendengar perkataan anak gadisnya itu. ada airmata mengalir perlahan membasahi pipinya. "apa?... papa menangis?... ouwh... tak perlulah papa menangis... memang layak pun papa terima hukuman yang berat macam ni supaya papa cepat sedar bahawa papa tak boleh berlaku kejam terhadap ahli keluarganya sendiri...", tutur elsa dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now