Hari ini merupakan hari terkahir persekolahan bagi pelajar tingkatan 5 SMK Seri Gemilang. Dua orang sahabat karib yang memakai pakaian seragam sekolah itu berborak dengan rancak di tepi kantin. "Aish... Kau nak pergi dah kan? Aku doakan semoga kau akan kekal bahagia walaupun setelah kau berpindah ke tempat baru... Walaupun tempat tu tak ada aku. Kau kena ingat bahawa... Kita akan tetap berkawan walaupun kau dipisahkan daripada aku. Janji aku, kita akan bertemu satu hari nanti. Kau akan ingat pada aku ketika itu. " "Aku akan, Aidan. Kau pun kena ingat... I'll remember you every second in my life. You are the precious gift from Allah to me. Sahabat paling istimewa yang pernah aku ada. Kaulah... Ingat, aku akan tetap bersama kau di sini. Tu dalam tu... Hati kau. " Aish menunjukkan jari telunjuknya ke arah hati Aidan.
"I can't believe that you're leaving me, Aish. Kau begitu penting dalam hidup aku... Perlukah kau pergi? " "Hmm... Takdir dah menentukan bahawa setakat ini sahaja. Aku akan pergi tapi aku akan pulang ke sini semula pada satu hari nanti. Pada hari tu, aku pasti kau akan ingat pada hari ini. Mungkin waktu tu kau dah tak kenal aku tapi... Aku akan tetap kekal dalam ingatan kau. Sampai sini sahaja perjalanan kita bersama di sini. Aku perlu pergi... " "Yeah... Kau kena pergi. Sekarang aku faham erti kau... Siapa kau di sisi aku selama ni. Aku ingatkan kau hanya sahabat biasa aku tapi... Kau lain, Aish. Kau istimewa. Aku hilang dalam bayangan kau. Pergilah. Berbahagialah di sana. Assalamualaikum. " Aish sudahpun mengalirkan air matanya. Sedih... Satu perasaan yang tidak tahu diungkapnya. Hanya tangisan dapat dizahirkan. "Aku minta maaf... Aku pergi dulu. Waalaikumsalam. Aku mohon... Jangan lupa aku. Ini tanda persahabatan kita. Kau sentiasa ada dalam doa aku. Aku doakan semoga kau berjaya dunia akhirat. " Aidan melihat wajah Aish buat kali terakhir sebelum mereka berpisah buat selamanya. Aish akan berpindah ke Australia pada esok hari.
Aish, seorang gadis periang yang sentiasa menceriakan hati Aidan. Kini hanya tinggal kenangan bersamanya. Aidan terfikirkan soalannya pada Aish dahulu. "Aish... Walaupun kita sudah kenal selama tiga tahun, aku tak pernah tahu nama penuh kau. Yang aku tahu cuma Aish. Bagitahulah aku nama kau. " Aish memandang Aidan. "Heheh... Biarlah rahsia. Aku tahu nama aku sedap sangat tapi tak perlu tahu... " "Kenapa pula? Salah ka aku nak tahu? " "Eh tak tapi... Biarlah. Heheh... Aku suka berahsia so... Jangan kecil hati k? " Aidan mengangguk.
Aidan tersenyum kecil apabila teringatkan Aish. 'Kau memang istimewa bagi aku, Aish. Kaulah wanita yang paling rapat dengan aku selepas mama. Kau faham segalanya tentang aku, kau memahami perasaan aku dan kau... Merupakan semangat aku. ' Aidan bermonolog.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Mencintaimu 💜
RomanceMengisahkan tentang Aidan Huzair dan Aish Hannia yang bertemu tanpa sengaja pada masa lampau dan terjatuh cinta. Cinta mereka dibawa hingga ke jinjang pelamin dengan penuh kebahagiaan walaupun pertemuan itu hanyalah pertemuan sebentar pada masa dahu...