"Aish... Wake up. Kita nak balik Malaysia dah ni. Tak nak ikut mommy balik ke? Mommy dah nak gerak pergi airport. " "Hmm... Mommy, I wanna sleep. Nak tidur kejap je mommy. " "Aish... We're leaving. daddy dah tunggu dekat bawah dah tu. Nak breakfast dengan Aish. Better turun k? I'm going down. " "Hmm... Fine, mom. I'll come. " Aish mengambil tualanya lalu segera masuk ke dalam bilik mandi.
Blouse labuh berserta seluar palazzo disarungkan. Ia dipadankan dengan bawal chiffon berwarna koko gelap. "Mommy Daddy, Along, Angah Assalamualaikum and good morning. " "Assalamualaikum, Adik. Baru bangun ke anak dara sorang ni? Daddy ingat dah bangun awal... Rupanya dibuai mimpi lagi. " "Hehehe Adik dah bangun subuh tadi tapi... Terlena balik. Awal angah dengan along bangun. " "Hmm ingatkan adik dah tak nak bangun daripada katil tu. Harapkan muka je cantik, bangun lewat. " Along dan Angah ketawa serentak. "Sampai hati along dengan angah kan... Adik merajuk sampai esok lah macam ni. " "Alololo, kesian lah dia. Meh along pujuk meh. " Aish memuncungkan bibirnya. "Hmm dah mula dah... Dah makan cepat. Nanti terlepas flight pula. Tak kesampaian lah hajat nak balik Malaysia tu. " Along, Amir Haikal. Berumur 25 tahun. Angah, Akmal Hakim. Berumur 23 tahun Dan Adik, Aish Hannia. Berumur 21 tahun. Sudah lima tahun berlalu sejak mereka berpindah ke Australia. Inilah kali pertama mereka akan menjejakkan kaki di Malaysia setelah lima tahun meninggalkan tanah air tercinta atas tugasan penting ayahnya.
"Alhamdulillah, finally we're here, mommy. Kita nak pergi mana, sekarang? Balik rumah lama kita? Pleasee, daddy. I miss home. " "Hmm well, kita memang nak balik sana pun. So...Daddy granted your wish, adik. " "Yeahhh thank you, daddy. We love you. " Aish memeluk bahu ayahnya.
Pintu rumah dibukanya. Rumah itu kelihatan bersih, kemas, tersusun dan rapi. "Daddy, kenapa rumah ni nampak macam tak di tinggalkan pun... Nampak macam bersih je? Adik ingat rumah yang ditinggalkan ni macam rumah hantu tapi... " "Memanglah bersih, Adik. Rumah ni kan dijaga oleh Mak Milah. Pembantu rumah yang daddy hire tu. " "Ouh ya... Adik lupa."
Surat di atas meja soleknya dipandang. Surat itu mengembalikan memorinya tentang Aidan. "Mana kau sekarang, Aidan. Aku rindu kau nagai nak gila. Memang dah gila dah ni... Gilakan kau. " Telefonnya berdering. "Hello...Assalamualaikum, Who's speaking? " "Tak payah nak speaking dengan akulah. Ni aku, Qisya. " "Oh, Qisya. Kau ada kat mana sekarang? Kau tahu tak aku ni dah sampai Malaysia? " "Ofcourse lah aku tahu. Aku pun ada dekat Malaysia ni. Kau ada mana? Nak jumpa kau... I've something to tell you, babe. " "La kau ada dekat Malaysia gak? Hmm dekat Australia jumpa kau, Malaysia pun jumpa kau. Heheheh macam mana kau nak datang sini? " "Mangkuklah kau ni. Share jelah location. Aku naik grab je. " "Hmm fine. I'll send later. Aku nak rehat dulu. Assalamualaikum. " "Waalaikumsalam... Byep. "
"Hmm Along, what if kita pergi pusing pusing dekat area ni jap. Bosanlah duduk rumah, mommy dengan daddy pun pergi tak bagitahu. Adik nak ikut... " Along melihat Aish. "Adik ni ada ada je kan. Dah pergi siap cepat...Along dengan angah tunggu dalam kereta tau. Kalau adik lambat, kitorang pergi tinggal adik sorang sorang... " "Ok ok... Give me 2 minutes. " Aish berlari menaiki tangga lalu memasuki biliknya. Blouse dan seluar palazzo kegemarannya disarungkan lalu dipadankan dengan tudung bawal hitam yang 'simple'. "Done! Along! Im coming... "
"Adik... Tadi kata nak pergi shopping but what are you doing here? Ini sekolah tau tak? " Aish melihat alongnya. "Along, Adik tahulah ini sekolah dan along perlu tahu bahawa inilah sekolah adik dulu. Sekolah yang membuahkan banyak kenangan buat adik. Sekolah yang... " "Sekolah yang? " "Sekolah yang memberikan adik kebahagiaan yang adik takkan dapat di sekolah sekolah lain. " "Adik...It sounds like you're searching for the happiness. Adik tak bahagia ke sekarang? " "Tak bukan macam tu... Adik cuma... Rindukan seseorang yang pernah menjadi sahabat baik adik di sini. I miss the memories. " "Yeah... Along faham. Apa kata kita pergi shopping sekarang? Lagipun panas dekat luar ni. Jom... " Aish tersenyum. "Yelah, jom. " Sedang Aish berjalan, seorang lelaki yang berjalan bertentangan dengannya terlanggarnya hingga menyebabkan Aish terjatuh. "Aduh... Sakitnya. " "Err...Saya minta maaf, cik. Saya tak sengaja. " Aish melihat lelaki tersebut. "Tak sengaja? Are you serious tak sengaja? " "Yelah tak sengaja. Saya takkan langgar orang kerana sengaja, cik. Saya masih waras. " "Hmm yelah tu. Mata tu awak letak dekat lutut ke? Macam mana awak boleh tak nampak saya yang sebesar manusia ni? " "I'm sorry, miss. Saya dah bagitahu yang saya tak sengaja. I'm already late so... Got to go. Byep. " Setelah lelaki itu berlari separuh jalan, lelaki itu menoleh lalu menjerit, "Assalamualaikum... " Aish kegeraman namun dia menjawab salam lelaki itu.
"Adik, are you ok? " "Im ok... Along nampak tak lelaki tadi tu? Kurang ajar gila... Dahlah langgar lepastu menyakitkan hati pula. He's mad. " "Yang mana, yang pakai baju biru dan tergesa-gesa tadi tu ke? " "Ha'ah... Why? Along kenal dia ke? " "Yeah... Of courselah kenal... " Aish melihat abangnya.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Mencintaimu 💜
RomanceMengisahkan tentang Aidan Huzair dan Aish Hannia yang bertemu tanpa sengaja pada masa lampau dan terjatuh cinta. Cinta mereka dibawa hingga ke jinjang pelamin dengan penuh kebahagiaan walaupun pertemuan itu hanyalah pertemuan sebentar pada masa dahu...