"Along kenal dia? " "Ofcourse lah kenal. Dia sahabat angah dekat University of Sydney. He's now here because of his dad. Papa dia suruh dia balik untuk uruskan syarikat dia dekat sini. " "Along... Dia berasal dari Sydney ke? Kenapa nampak macam... Familiar sangat ek? " "Daklah... Dia orang sini je. Dia pindah ke sana dulu sebab dia dapat tawaran atas result dia. Angah selalu je cerita dekat along tentang dia. Dia berasal daripada keluarga kaya tapi dia... Hidup tanpa mengharapkan mereka selama ni. Sebab dia nak hidup atas usaha dirinya sendiri. " "Great. Tapi kenapa... He look so familiar to me? Adik kenal dia ke? Dia pernah datang rumah kita ke? " "Ofcourse pernah. Tapi adik tak perasan sebab selalunya dia datang tapi masa tulah adik nak keluar dengan Qisya. " "Oh.. Patutlah. Dahlah, jom shopping. Adik ada banyak benda nak beli ni. Dahlah kita nak tinggal sini 4 bulan." "Yeah... Sounds great. 4 months in Malaysia. "
"Ha, Qisy... Kata nak cerita something. What is it? Open up fast. " Qisya memandang sahabatnya, Aish. "Hmm... I wanted to tell you that... I found the one. I found the one that i'm searching for all this days. " "The one? The one yang ke berapa ni? Dah berapa kali kau jumpa The One tu tapi... Semuanya tak menjadi. " "But i'm sure yang ini akan menjadi. Trust me, babe. I'll make sure, this happens. Walau apa pun terjadi, aku akan kahwini dia. " Aish tergelak kecil. "Kahwin? Bukan ke perkataan kahwin tu tak wujud dalam kamus hidup kau? Bukan kau ni jenis rimas nak stick dengan sorang? Macam mana kau nak kahwin? " "I will, Babe. Kau kenalah percaya pada aku. " "Macam mana aku nak percaya kau kalau kau tak pernah kekal dengan seorang pun BF kau tu? Tak penat bercinta ke kau ni? Aku yang tengok ni pun penat tau tak? " "Aku tak pernah penta mencintai... Hahah. K, babe. Aku nak kau tolong aku." "Tolong apa pula? Yang nak bercinta tu kau ke aku? Hmm? " " Aku nak kau tolong aku, bagitahu pada dia yang aku sukakan dia. Im in love with him, Aish. " "You're in love because... He's handsome? Or because he's rich? Kau kan selalu pentingkan kedua aspek ni. " "But this time, it's different. Aish, kau kena tolong aku untuk dapatkan dia. Kau kan my bffL. Pleasee... " Aish melihat kesungguhan sahabatnya, merayu untuk bantuannya. "Err... I'll think. " "No... Please help me, dear. " "Ok fine. I will. But not now, k? Aku nak rehat dulu. Penat tau tak perjalanan ke sini? " Qisya tersengih. "Yeahh... That's my girl. Thanks, babe. Aku balik dulu, k? Byep... " "Assalamualaikum. " "Heheh... Waalaikumsalam. "
"Tok tok! " Aish membuka pintu setelah menyarungkan tudungnya. "Ya... Cari siapa? " Aish melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapan rumahnya. "Maaf mengganggu. Saya sedang mencari Akmal Hakim. Dia ada tak? " "Err.... Dia ada di dalam. Awak masuk dulu, saya akan panggilkan angah. " Lelaki itu mengangguk.
"Eh Huzair! Alhamdulillah dapat pun jumpa kau. Dah Agak lama weh kita tak jumpa. Kau apa khabar sekarang? " "Alhamdulillah...Aku khabar baik, kau? Nampak macam makin kurus je? " "Eh,aku sihat... Alhamdulillah." Aish mencuri dengar perbualan mereka berdua. "Siapa budak tadi tu?" Huzair bertanya. "Budak kau kata? Dia adik akulah. Hannia. Aish Hannia. " Huzair bagai tersentak setelah mendengar nama pertama wanita itu. Memori tentang Aish kembali menerjah fikirannya. Wanita terindah dalam hidupnya namun setelah lima tahun berlalu, dia masih tidak tahu dimanakah wanita itu berada. Wajah wanita itu juga sedang terpadam sedikit demi sedikit daripada kotak memorinya. "Eh Huzair... Kau ni dah kenapa? Kau ok? Bila kau sampai Malaysia? " "Hmm dah dua minggu. Aku duduk rumah papa sekarang. " "So... How is it? Duduk serumah dengan papa kau? Best? " "It's... Weird. Pelik tapi benar bahawa aku dah mula bersembang dengan papa. And... Yang perempuan tadi tu... I mean, adik kau. Dia study mana? Australia juga? " "Yeah. Why? Dah berminat ke? " "Eh tak tak...Saja tanya. Nama dia macam familiar bagi aku. Ha, yang kau kata nak join aku tu kan... Dalam syarikat papa tu, aku ok je. Cepatlab join aku, baru aku tak bosan sangat. " "Aku memang nak tapi risaulah...Takut daddy tak bagi. Daddy tu bukannya nak lama lama sangat dekat Malaysia. " "Hmm I understand but.. aku boleh try tanya uncle. Uncle takkan marah aku. " "Hmm yelah. Daddy aku tu memang sayang kau pun. Lebih daripada aku. " "Eei merajuk plak. Aku tak reti pujuklah. Aku cuma nak kau dapat pengalaman bekerja dalam syarikat besar tu. Aku tak nak kerja sorang sorang... Im tensioned. " "Hmm yeah. Well... I'll try my Best untuk pujuk daddy. "
Aish menuruni tangga untuk mengambil air apabila tekaknya terasa haus. Gelas dicapainya lalu air dituang. "Adik! Ambilkan air untuk angah dengan kawan angah ni jap. Hauslah. " "Hmm... Ok. " Aish membancuh air kopi untuk abangnya dan sahabat abangnya. "Nah... Minumlah. " Air tersebut dihidangkan di atas meja kepada mereka. "Thanks, dik. " "Err... Thanks Hannia. " Huzair juga bersuara. Apabila mendengar suara Huzair, Aidan menerjah ke dalam kotak memorinya. "Most welcome. " Aish berjalan perlahan ke dapur. 'Itukah dia? Kenapa lain? Dia dah berubah... Dia lain sangat atau....mungkin itu bukan dia. Aidan, kenapa susah sangat untuk aku mencari kau. '
"Angah... Kalau adik nak tanya sikit boleh? " "Hmm tanya jelah. Sejak bila pandai meminta izin nak tanya soalan ni? Just ask, Adik. " "Erm... Apa nama penuh Huzair yang kawan angah tu ek? " "Nama penuh Huzair? Yang adik sibuk nak tanya pasal dia ni kenapa? Dia tanya pasal adik, yang adik ni pula tanya pasal dia. Apa kata korang saling berkenalan je? Angah malas nak jadi orang tengah. " "Orang tanya je pun nak marah. Bagitau jelah nama dia... " "Hmm... Nama dia... "
-Bersambung -
YOU ARE READING
Mencintaimu 💜
RomanceMengisahkan tentang Aidan Huzair dan Aish Hannia yang bertemu tanpa sengaja pada masa lampau dan terjatuh cinta. Cinta mereka dibawa hingga ke jinjang pelamin dengan penuh kebahagiaan walaupun pertemuan itu hanyalah pertemuan sebentar pada masa dahu...