Khai POV
Aku cuba mencelikkan mata aku yang terasa berat. Perlahan-lahan kelopak mata aku terbuka, dan serta merta cahaya yang menyilaukan menerjah masuk menekan anak mata aku.
Aku mengeluh. Silau sangat.
"Finally, Sedar pun." Aku dapat menangkap suara seseorang disisi. Aku mengalihkan pandangan kearah suara tersebut.
Lia, roomate aku.
"Aku dekat mana?" Tanya aku sambil mengerutkan dahi memandang Lia.
"Sila buka mata luas-luas. Kau tengok sendiri kau dekat mana sekarang ni." Balas Lia.
Lia ni boleh kira brutal juga, kasar je bila bercakap. Tapi dia tak macam aku, sebab rambut dia panjang. Kitorang boleh kamcing sebab perangai kitorang yang lebih kurang sama je.
Aku perhatikan sekeliling aku. Putih dan putih sahaja yang aku nampak. Bila aku hendak mengangkat tangan kanan aku, terasa seperti sesuatu mencucuk kulit. Aku pandang.
"Ohhh..." Sebaik ternampak jarum untuk memasukkan air yg melekat pada tangan aku.
"Berapa lama dah aku dekat sini?" Tanya aku lagi.
"Sebulan." Ringkas jawapan Lia.
"Seriuslah!?" Terkejut. Macam nak terkeluar biji mata aku pandang Lia.
Lia ketawa.
"Tak adalah. Sehari je baru."
"Bodohlah kau, ingat lawak!" Aku menunjal kepala Lia. Lia masih lagi ketawa.
"Ala, gurau-gurau pun salah. Dah lah, aku pergi panggil doktor jap." Lia terus bangun daripada kerusi dan meninggalkan aku keseorangan.
Ada sesuatu yg pelik melekat pada hujung kening sebelah kiri aku. Aku mengangkat tangan untuk menyentuh. Tebal.
'Apa benda?'
"Telefon. Mana telefon aku?" Berpusing-pusing aku mencari telefon. Segala bantal, selimut, pasu bunga aku angkat semata nak cari telefon.
Pintu wad ditolak dari luar.
"Lah, dah sihat betul ni doktor. Siap boleh bangun lagi. Woi! Kau buat apa tertonggeng-tonggeng tu?" Panggil Lia.
Aku berpaling ke belakang. Kelihatan seorang wanita berkot putih berdiri di sisinya bersama seorang jururawat. Mereka tersenyum simpul mendengar ayat Lia tadi.
"Hah!? Eh sorry." Cepat-cepat aku membetulkan kedudukan. Mereka menghampiri.
"Doktor nak check kau." Bagitau Lia, aku terus mengangguk faham.
Doktor tu check mata aku, tanya aku pening ke tidak, tanya soalan-soalan senang macam 11×6 berapa? Umur aku berapa? Nama aku apa? Ada sakit dekat mana-mana ke?
Selesai sesi soal menyoal, barulah doktor tu bercakap dengan nurse di sebelah dia. Selepas tu dia pandang aku semula.
"Awak dah boleh keluar tengahhari ni, memandangkan awak dah sihat dan tak ada apa-apa kesan lain. So, awak boleh discharge nanti." Bagitau doktor tu.
"Oh ya, sebelum balik jangan lupa ambik ubat untuk lebam and luka dekat muka awak tu. Tolong datang semula minggu depan untuk kita buka jahitan dekat kening awk tu."
Serta merta aku menyentuh tempat yang aku katakan tebal tadi. Kening aku luka rupanya.
"Ni tarikh appointment dengan list ubat-ubat awak. Jangan lupa datang minggu depan. Saya minta diri dulu."Sebaik berkata, nurse tersebut terus mencabut jarum water drip daripada tangan aku dan menampalkan kapas dan pelekat berwarna putih.Doktor dan nurse meninggalkan kami berdua didalam wad.
"Telefon aku mana?" Soal aku sebaik sahaja kelibat mereka hilang.
"Ada ni dengan aku." Lia menyerahkan telefon bimbit milik aku semula.
"Weh! Kenapa skrin dia pecah?" marah aku.
"Mana lah aku tau, aku dapat memang dah macam tu."
"Ala!"
Aku cuba menghidupkan telefon tersebut. Nasib baik cuma retak luar, tak menganggu skrin dalam telefon. Aku menghidupkan internet. Berderet mesej daripada whatsapp masuk.
"Dah jom kemas barang kau, kita balik. Aku banyak benda lagi nak buat. Tak daya aku nak jaga kau lama-lama"
"Eh kau ni kan. Aku baru je bangun, dah nak sakit kan hati aku." Aku menggeleng kan kepala, geram.
"Baru bangun konon. Macam lah kau tu baru sedar dari koma berpuluh tahun. Pengsan sehari je pun. Apa ke lembik sangat kena belasah dah pengsan sehari." Perli Lia.
"Wah mulut kau, buat nya aku koma selama-lamanya. Menangis kau tak ada kawan nak gaduh macam ni. Kau ingat tak sakit ke kena belasah, kau tengok ni!" Aku tunjuk tampalan luka di kening.
"Tak pasal-pasal aku ada parut dekat kening. Lepas ni mesti aku makin macho kan? Ada parut macam gangster-gangster dekat movie selalu tu." Ucap aku bangga.
"Werk! Nak muntah aku dengar. Dah lah kau, cepat kemas barang. Nah baju, pergi tukar." Lia menyerahkan Pakaian kepada aku.
"Jealous kata je lah." Ejek aku sambil berlalu pergi.
"Tukar cepat!" Teriak Lia, dan aku tergelak.
*****
Aku duduk menunggu giliran untuk mengambil ubat di farmasi, sementara Lia membantu mensettlekan bayaran hospital di kaunter.
Sempat aku membaca mesej-mesej daripada whatsapp, malangnya tidak ada satu pun mesej daripada Syakila. Dia tak risaukan aku ke?
"Khairun!" Panggil abang farmasi tu. Aku bangun menghampiri kaunter farmasi.
Setelah satu persatu arahan ubat diterangkan, barulah aku pergi kearah Lia. Dia sudah pun duduk dekat kerusi dihadapan kaunter pembayaran.
"Dah, jom balik." Aku mencapai beg sandang aku di sebelah Lia, lalu memasukkan ubat-ubatan aku ke dalamnya.
"Balik naik apa ni?" Tanya Lia.
"Jalan kaki."
"Kau biar betul!"
"Apa bengap sangat kau ni, naik m grab lah. Kemudahan ada tak nak guna." Bebel Lia.
"Kau panggil grab, aku malas lah." Arah aku kepada Lia. Dia menjeling. Ada aku kisah?
Tiba-tiba sahaja telefon aku berbunyi, menyanyikan lagu 'tak tahu malu'. Ala, lagu atmosfera tu.
Aku lihat pada nama si pemanggil. Elly!?
Aku slide butang hijau ke kanan."Khai!" Tak ada salam, tak ada hello tiba-tiba teriak nama aku.
"Yooo... Apahal?" Aku menggosok-gosok telinga aku yang bingit.
"Awak dekat mana? Saya datang bilik awak pun awak tak ada. Roomate awak pun tak ada." Aku pandang Lia disisi. Lia mengangkat kening, tanda kenapa?
"Kitorang dekat hospital, apasal? Ada benda urgent ke?"
"Lambat lagi ke nak balik?" Gelisah sahaja nada suara Elly dari tadi.
"Nak balik dah ni, tengah tunggu grab sampai. Kenapa ni? Semacam je suara awak."
"Kila!" Sebut Elly.
"Hah! Kenapa dengan dia? Dia masih demam ke? Makin teruk ke? " Dengar sahaja nama Syakila, aku ikut risau. Lia mengerutkan dahi memandang aku.
"Kila! Kila hilang. Dari malam semalam dia tak balik bilik."
"Hah!?" Hati aku dah berdebar.
"Ada cuba call dia tak?" Tanya aku.
"Nak call macam mana, dia tinggalkan telefon dekat bilik. Sekarang ni telefon dia ada dekat tangan saya. Saya ingatkan dia tidur dekat bilik awak, tapi bila pagi ni dia tak balik. Risau saya!"
Aku mengurut dahi. Aduh! Masalah betul.
Sorry sbb lmbt update... Hehehe😘😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...